Tips Memilih Planner Yang Sesuai

Blog post ini berguna jika anda masih tercari-cari dan sedang memilih planner yang sesuai. Dalam kata lainnya, korang menung scroll2 dekat henpon atau komputer cari planner yang berkenan – yang comel, tapi mahal giler; yang ni ikut bajet, tapi buruk pulak, yang ni elok dah, tapi preorderlah pulakkkkk… selalu gitu kot. Hehe.. takpalah kira tu pun satu tanda yang agak baik kan?

Sebab itu bermaksud korang nak planner yang korang nak guna betul-betul, yang korang sayang sangat bawa ke hulu ke hilir dan walaupun ia dah lunyai rabak pun korang tetap sayang sangat nak jaga sebaik mungkin. 😉

Untuk itu, Shai sertakan beberapa panduan ringkas dan berguna untuk korang, dalam aspek pemilihan planner yang sesuai dengan diri.

Tips Memilih Planner Yang Sesuai, Mengikut Saiz Dan Jenis

Memilih Planner Yang Sesuai Mengikut Tujuan

Dan membeli apa-apa haruslah dimulakan dengan tujuan (atau dengan bahasa mudahnya, nawaitu).

  • Korang nak beli planner untuk diri tu, untuk guna kat rumah je ke atau untuk kerja korang je? Nak letak kat satu tempat ja ka (meja pejabat, contohnya) atau nak bawa ke hulu ke hilir hatta masa masa berdating sekalipun?
  • Korang aje nak guna atau tok laki/bf/tunang/mak korang pun guna sekali? Korang nak catat apa? Nak lukis sekali (samada sketch atau watercolor terus?).

Rajin sungguh melukis n watercolor ni

  • Korang suka saiz buku jenis kecik2 atau gedabak yang boleh lindung dari cahaya matahari atau hujan? (melampau beno bunyi ni).

Perbandingan saiz. Rujukan: morganlefaestrinkets.blogspot.nl

  • Korang suka bentuk yang boleh cabut dan ganti balik dalam satu cover ja (macam filofax style atau traveler’s notebook tu), atau suka yang lumpsum terus macam buku tulis? Nak yang dah siap print bentuk atau kosong ja, biar korang yang buat semua sendiri?
  • Ada bajet maksimum tak? Atau main bedal dulu sebab nak mula pertama kali?
  • Korang nak planner korang dari material tertentu? Sesetengah mungkin suka yang kulit sebab tahan lama, atau tak kisah walaupun sekadar plastik ja.

  • Ada design yang tertentu? Sebab sekarang ni trending orang menggunakan planner jadi yang kawaii comey-comey dah makin banyak di pasaran. Haruslah, yang kawaii ni tak sesuai kalau dibawa sewaktu meeting pejabat kan? Ambil kira design planner yang boleh sesuaikan dengan kegunaan korang.

Tuliskan se-detail mungkin untuk tentukan ciri-ciri planner memenuhi apa yang korang nak catat dan track.

Dan jangan risau, betapa kompleksnya planner tu pun mesti wujud dekat dunia ni. Boleh adjust.

Contoh Cadangan Planner Yang Sesuai

Planner yang biasa dan dah lama wujud ada ciri-ciri dan keunikannya tersendiri.

Metal Ring

Kalau hias gini, tak lah boring planner ring ni

Pro: Biasa ada dalam saiz A5 dan A6. Brand yang terkenal adalah Filofax. Biasanya ada cover dia dengan banyak poket. Kelebihannya kertas isi tu banyak dijual di kedai buku dari popular sampailah ke kinokuniya, dan veris tahun depan dah dijual setiap Disember.

Kertas isi tu ada peta dunia, monthly layout, weekly layout dll. Korang beleklah dekat kedai buku tengok. 😃

Con: Agak boring. Tapi sesuai jika dibawa ke urusan rasmi. Dan korang boleh hias ikut comel mana korang nak pun kalau tak kisah.

Kurangnya, sebab besi ring tu, nak tulis kat ruang tengah agak leceh (lagi-lagi yang saiz kecik), jadi ada kemungkinan membazir ruang di situ.

Shai dulu drool dengan filofax domino black dengan standard warna nude tu. la ni tak lah. Leceh nak dibawa ke mana-mana. Makan banyak ruang untuk kita hehe..

Buku Nota Biasa

Pro: buku nota biasa untuk semua saiz dan jenis. Banyak dijual di mana-mana jadi tak risau. Untuk yang khas (yang ada coral tersendiri, dan layout tersendiri) ada dijual, dan pastinya semakin biasa ada (jadi tak risau sangat kalau dah habis, tahun depan likely ada kalau nak sambung pesen yang sama).

Buku nota ni ada pelbagai jenis: hardcover, softcover, spiral, stapler, thread (guna benang agar buku terbuka cantik dan leper) dll mengikut citarasa korang.

Con: kalau buku nota biasa mungkin kosong, korang kena lukis dan tulis layout sendiri – pastinya tidak kisah jika korang ada sistem tersendiri.

Traveler’s Notebook

Planner yang menggunakan buku nota yang biasa juga (stapler atau thread) dan sistem ini dihasilkan oleh Midori Traveler’s Notebook. Saiz asal yang di keluarkan oleh syarikat ini adalah regular size (lebih kurang ¾ daripada lebar A5), namun syarikat lain pun tiruvasi sistem ini, dengan pelbagai saiz selain regular ni.

Pro: sistem yang sangat mudah dan tahan lama, anda boleh letakkan beberapa buah buku nota ikut fungsi masing-masing dalam satu cover sahaja, dengan 1 tali elastik. Sekarang trend traveler’s notebook ni, ada saiz A5, A6, pocket dan personal ikut saiz filofax, ada ring dalam tu jugak ala-ala filofax Domino. Sebab nota semua ikut kategori masing-masing siap2, anda boleh cabut ja buku nota dan masukkan yang lain – kalau dah habis guna, senang.

Buku nota yang dikenali sebagai insert ni, ada pelbagai saiz dan jenis juga. Nak kosong, dotted, line standard atau halus, kertas putih, kertas acid-free, kraft paper… banyak pilihan agar memudahkan kita nak mix-and-match yang sesuai dengan kegunaan diri.

Seller online banyak jual homemade insert ni. Contohnya di Etsy.com. Di lazada pun ada tak silap

Kalau cover kulit, tahan lama lah. Harga ori punya ada juga RM200, pilihan lain anda order sendiri kedai kulit sini, atau gunakan PU leather, atau boleh ja DIY sendiri!

Shai dulu test DIY juga, saiz A5. Guna regular baru ha..tak susah-susah nak memilih planner yang sesuai, seperti pengalaman Shai gunakan banyak jenis planner dulu. Jadi boleh sangat-sangat korang cuba.

Macam banyak je tulis pasal traveler’s notebook ni. Hehe..Macam promot juga, tapi tu lah, ni sistem yang Shai gunakan sekarang ni, untuk tugas yang banyak selain jadi ibu ni. Senang dan seronok nak bawa kemana-mana juga.

Shai gunakan sistem bullet journal ini dalam traveler’s notebook Shai. Boleh baca lanjut di sini untuk ketahui bagaimana ia membantu Shai buat planning, untuk 3,4 kerja sekaligus

Con: jika anda nak longgokkan banyak buku nota, mungkin akan jadi tebal lajak dan anda perlu adakan cover customize sendiri. Macam Shai order sendiri, guna wide size untuk regular, baru boleh muat maksimum 5 buku nota yang 60m/s tu. buku nota mungkin kena buat sendiri atau beli yang khas sebab saiz regular tak banyak (sekarang ada dah trending ramai yang pakai.

Cuma tu lah, kalau regular ni agak halus buku nya. Kot2 lebih suka buku nota beso cam A5 kan. Hehe..

Kesimpulan

Semoga membantu korang dalam memilih planner yang sesuai dengan diri. Shai doakan dengan asbab blog post ini, urusan hidup korang berjalan lancar dengan bantuan planner memudahkan hidup korang. Inshaa Allah. Share post ini dekat fb korang jika bermanfaat!

Rujukan sini. Kredit gambar di Pinterest.

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge