Tip Jimat Masa, Packing Baju 1 Malam

Kegemaran shai sekeluarga bila nak berjalan-jalan di hujung minggu adalah keluar dari bandar. Dan selalunya tak rancang pun – kebanyakannya adalah spontan dan lebih kepada exploration on the go. Untuk itu shai sentiasa bersiap sedia dengan buat satu cara memudahkan iaitu dengan packing baju untuk 1 malam dalam beg, sebagai langkah bersedia. Yelah, jadi perempuan banyak benda kena fikir. Dengan anak?Untuk kuatkan lagi poin. Ni antara jalan-jalan yang kami pernah p (yang kebanyakkannya spontan habis)

Dapat makan mentarang perghh..esoknya migrain haha

  • Pergi ke taiping sekali untuk lihat taman tasik taiping sana. Best!

Kebaikan packing baju 1 malam cara ini

Khusus untuk ibu, sekurang-kurangnya lega satu perkara apabila satu benda dah tersedia betul tak? Jadi bila ada sesuatu perkara atau dibuatnya ada emergency, setel kerja sebab keperluan anak pun tersedia sekali. 😀

Dan baju packing 1 malam ini juga boleh digunakan ketika:

  • Pergi mandi di pantai/swimming pool/air terjun
  • Bermalam mengejut di mana-mana (kot2 nenek tak bagi balik sebab rindu pada cucu ka. Hehe)

Senarai cadangan seperti shai buat untuk packing baju 1 malam

*untuk ibu dan anak 1 orang. Korang gandakan sendiri, dan sesuaikan ikut umur (anak 6 bulan tak sama dengan 6 tahun)

Baju untuk packing baju 1 malam

Untuk ibu

  • 1 set baju tidur (t shirt dan seluar hitam cotton)
  • 1 kain batik
  • 1 t shirt
  • 1 tudung basahan

Untuk anak

  • 1 set baju tidur
  • 1 set baju jalan (t shirt dan seluar khakis/seluar cotton pendek sahaja)
  • 3 diaper

Alat lain

  • 1 tuala
  • 1 pack wet tissue
  • 2 plastik sampah kecil

Alatan keperluan untuk packing baju 1 malam

  • Berus gigi, ubat gigi travel
  • Deodoran kecil
  • Pencuci muka botol kecil dan sabun buku kering kecil
  • 1 plastik kecil
  • Lip balm tinted, bedak bayi
  • Bb cream dan bedak compact
  • Minyak zaitun sebotol untuk pelembab 1 badan

Alatan ekstra yang mungkin membantu

  • Basic H buat dalam botol kecil untuk mudah basuh baju anak (kalau terkucil lebih/termuntah sampai baju lebih takda). Nak beli Basic H boleh pm Shai di fb ni (untuk SM, biasa dalam 2 hari sampai, SS, 5 hari)
  • Minyak halau nyamuk (shai buat sendiri dengan campur minyak zaitun sedikit, lavender, dan bunga cengkih)
  • Tinted lip balm (pun buat sendiri. Guna baki lipstick untuk buat baru) nak tip diy2 ni, bagitau nanti share.
  • 2,3 kopi/teh uncang, simpan dalam bekas ziplock. Kalau ada gula sachet lagi bagus
  • lampu suluh
  • plug 3 pin yang ada 3 tempat cucuk tu (tak tau nama apa)

Kesimpulan

Tidak perlu sempurna ya, janji keperluan dalam packing baju 1 malam ni adalah mencukupi sewaktu travel (kemas dan tak sememeh tu lagi penting kot). Nanti Shai share strategi untuk tidak pening padan warna baju untuk lebih mudahkan kerja. 😃

Semoga membantu ya. Jika ada idea baru Shai akan tambah nanti di post ini.

 

 

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge