Resipi Jimat Masa Yang Mudah, Shai Punya

Hehe ni bukan Shai punya sangat, memandangkan resipi2 ini Shai ubah dan cubajaya ikut selera sendiri (rich, full taste punya), dari resipi yang mak kita ajar. Harapnya resipi ini membantu korang juga, sebab bermula dengan bahan asas dan sedia ada di dapur.

Cara Shai Memasak

Nak bagitau dulu, resipi jimat masa yang Shai gunakan ini, adalah sangat simple dan takda rambu-ramba sangat. Maka kebiasaannya Shai masak menu-menu yang ada di pada hari bekerja, hanya hujung minggu sahaja Shai asingkan untuk masak yang grand sedikit (selalunya tak pun sebab mesti keluar jalan-jalan. Heh heh).

Resipi Jimat Masa Yang Mudah, Shai Punya

Namun yang pasti, Shai usahakan juga memasak sendiri walau sekadar ayam goreng cuma, sebab fikir elok air tangan ibu sediakan untuk rumah. Takpalah, nanti adalah cara lain Allah tolong. 😃

Dan bila memasak juga, Shai selit sekali dengan pelbagai hacks jimat masa, untuk Shai maintain perkembangan kerja sambil mengurus rumah dan anak (klik sini untuk kalau nak baca dengan lebih lanjut ya).

Contohnya setiap minggu selepas membeli lauk dan barang dapur, Shai akan asingkan mengikut portion yang biasa dimakan ikut hari, berdasarkan menu yang telah dirancang (termasuk bahan tumisan sekali senang). Jadi jimat masa nak defrost daging beku.

Bahan Yang Diperlukan Dalam Resipi Jimat Masa

Bahan asas yang Shai gunakan ini adalah (untuk 3-4 orang makan):

  1. Bawang besar dan putih yang dikisar (nisbah 4 biji bawang besar:3 ulas bawang putih, untuk 2 lauk)
  2. Cili giling, sos tiram, cuka epal (guna jenama heinz), kicap manis
  3. Gula dan garam
  4. Paket serbuk adabi (kurma untuk lauk kurma, kari untuk lauk kari/gulai dll)

Resipi Jimat Masa

Ayam Masak Kicap

  • Tumis 3 sudu besar tumisan bawang besar dan putih pada 2 sudu minyak masak.
  • Letak kicap secukupnya (lagi banyak, lagi lah pekat), tumis sehingga naik minyak.
  • Letak potongan ayam (medium size), tutup periuk api sederhana selama 20 minit
  • Balikkan ayam dan biar selama 20 minit lagi, tanpa ditutup (boleh tambah sedikit air kalau kuah kering tak ikut citarasa). Boleh tambah potongan bawang dan cili untuk tambahan
  • Ayam masak, perisakan dengan garam dan gula, tutup. Makan dan kenyang.

Ni resipi jimat masa favorite Shai dan Naz. 😉

Ayam Masak Kunyit

  • Tumis 3 sudu besar tumisan bawang besar dan putih pada 2 sudu minyak masak.
  • Letak serbuk kunyit secukupnya (lagi banyak, lagi lah pekat), tumis sehingga naik minyak.
  • Letak potongan ayam (medium size), tutup periuk api sederhana selama 20 minit
  • Balikkan ayam dan biar selama 20 minit lagi, tanpa ditutup (boleh tambah sedikit air kalau kuah kering tak ikut citarasa). Boleh tambah potongan bawang dan cili untuk tambahan
  • Ayam masak, perisakan dengan garam dan gula, tutup. Makan dan kenyang.

Ayam Masak Merah

  • Tumis 3 sudu besar tumisan bawang besar dan putih pada 2 sudu minyak masak. Letak hirisan halia dalam 0.5cm tebal
  • Letak cili giling secukupnya, tumis sehingga naik minyak. Letak secikit cuka epal ½ penutup heinz tu
  • Letak potongan ayam (medium size), tutup periuk api sederhana selama 20 minit
  • Balikkan ayam dan biar selama 20 minit lagi, tanpa ditutup (boleh tambah sedikit air kalau kuah kering tak ikut citarasa). Boleh tambah potongan bawang dan cili untuk tambahan
  • Ayam masak, perisakan dengan garam dan gula, tutup. Makan dan kenyang.

Ayam Sambal

  • Goreng ayam, ketepikan
  • Ambil sedikit minyak goreng tadi. Tumis 3 sudu besar tumisan bawang besar dan putih
  • Tambah cili giling 3 sudu besar, sos tiram 2 sudu, dan kicap manis 1 sudu kecil. Tumis sehingga naik minyak
  • Letak potongan ayam (medium size), tutup periuk api sederhana selama 20 minit
  • Balikkan ayam dan biar selama 20 minit lagi, tanpa ditutup (boleh tambah sedikit air kalau kuah kering tak ikut citarasa). Boleh tambah potongan bawang dan cili untuk tambahan
  • Ayam masak, perisakan dengan garam dan gula, tutup. Makan dan kenyang.

Untuk resipi ayam goreng lain, klik sini

 

Ayam Gulai

  • Tumis 3 sudu besar tumisan bawang besar dan putih pada 2 sudu minyak masak. Hingga naik bau
  • Tumis buah pelaga, kayu manis kecil, bunga cengkih dan lawang (dalam 1 sudu kecil campuran rempah tersebut)
  • Letak serbuk kari secukupnya, tumis sehingga naik minyak. Letak secikit cuka epal ½ penutup heinz tu
  • Letak potongan ayam (medium size), tutup periuk api sederhana selama 20 minit
  • Balikkan ayam dan biar selama 20 minit lagi (tambah hirisan kentang jika suka), tanpa ditutup (boleh tambah sedikit air kalau kuah kering tak ikut citarasa). Boleh tambah potongan bawang dan cili untuk tambahan
  • Ayam masak, perisakan dengan garam dan gula, tutup. Makan dan kenyang.

Ayam Sup

  • Tumis 3 sudu besar tumisan bawang besar dan putih pada 2 sudu minyak masak. Hingga naik bau
  • Tumis buah pelaga, kayu manis kecil, bunga cengkih dan lawang (dalam 1 sudu kecil campuran rempah tersebut)
  • Letak serbuk sup secukupnya, tumis sehingga naik minyak.
  • Letak potongan ayam (medium size), tutup periuk api sederhana selama 20 minit
  • Balikkan ayam dan biar selama 20 minit lagi, tanpa ditutup (boleh tambah sedikit air kalau kuah kering tak ikut citarasa). Boleh tambah potongan bawang, sayuran seperti lobak dan bayam dan cili untuk tambahan
  • Ayam masak, perisakan dengan garam dan gula, tutup. Makan dan kenyang.

Ayam Kurma

  • Tumis 3 sudu besar tumisan bawang besar dan putih pada 2 sudu minyak masak. Hingga naik bau
  • Tumis buah pelaga, kayu manis kecil, bunga cengkih dan lawang (dalam 1 sudu kecil campuran rempah tersebut)
  • Letak serbuk kurma secukupnya, tumis sehingga naik minyak. Letak secikit cuka epal ½ penutup heinz tu
  • Letak potongan ayam (medium size), tutup periuk api sederhana selama 20 minit
  • Balikkan ayam dan biar selama 20 minit lagi, tanpa ditutup (boleh tambah sedikit air kalau kuah kering tak ikut citarasa). Boleh tambah potongan bawang dan cili untuk tambahan
  • Ayam masak, perisakan dengan garam dan gula, tutup. Makan dan kenyang.

Telur Kicap/ Sayuran Stir Fry

  • Tumis 3 sudu besar tumisan bawang besar dan putih pada 2 sudu minyak masak. Hingga naik bau
  • (optional) Tumis buah pelaga, kayu manis kecil, bunga cengkih dan lawang (dalam 1 sudu kecil campuran rempah tersebut)
  • Tambah kicap, biarkan sehingga naik minyak
  • Tambah telur yang digoreng tadi, dengan hirisan bawang dan cili. Masak selama 10 minit
  • Makan dan kenyang.

Mee/Mihun Goreng Basah/Kering

  • Tumis 3 sudu besar tumisan bawang besar dan putih dalam 2 sudu minyak
  • Tambah cili giling 3 sudu besar, sos tiram 2 sudu, dan kicap manis 1 sudu kecil. Tumis sehingga naik minyak
  • Tambah mee/mihun/kuey teow yang yang telah sedia kembang sedikit demi sedikit
  • Tambah sayur seperti lobak, cili padi, mixed veggies; daging ayam/daging kecil, fishball, telur dadar
  • Masak dalam 15 minit. Tambah bahan perisa jika perlu atau masak lagi sehingga kering
  • Makan dan kenyang

 

Untuk ekstrak kick, buat blended budu yang mak kita ajar ni. Kick giler!

Jika mahu idea resipi lagi, ada resipi perapan ayam mudah yang Shai kumpulkan di sini.

Point Penting Dalam Resipi Jimat Masa

  • Sangat sesuai dimasak ketika bulan puasa, lagi2 untuk sahur sebab lauk ni simple ja
  • Boleh juga dimasak sekaligus dan simpan dalam peti, panas ikut portion bekas yang perlu (untuk lauk yang tidak menggunakan santan) kerana makin lauk tu kering makin tahan. Untuk selamat makan dalam tempoh 4 hari.
  • Tempoh masak untuk lauk ayam generally 30 min api sederhana (Shai guna induction jadi maaf tak boleh confirm for sure)
  • Jika nak kuah banyak, letak blended bawang lebih sikit. Shai guna dalam 3 sudu bukit. Ada kuah sikit, ada kering sedikit.

Kalau korang ada resipi jimat masa yang nak dikongsi, komen di post ini ya. Boleh kita kongsi manfaat sama-sama. 😀

Share di fb korang untuk kawan-kawan (dan yang lelaki sekali) boleh dapat idea dengan resipi ini. 😛

Semoga membantu!

*gambar takda. Takda masa nak selfie tiap kali #donememasak kot. Memandang kerana post ini ada, Shai akan ambil dan upload ya. 😀

 

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge