Persediaan Untuk Ramadan Yang Shai Buat

Tak macam dulu-dulu, Shai lebih suka tunggu bulan puasa dari hari raya. Selain amalan masa ni berganda-ganda dapat pahala, makanan pun sedap sebab banyak jenis lauk boleh dicuba. cuma tu lah, nak tahan masa siang hari tu boleh lembik juga badan (tambah lagi Shai ni jenis makan kerap – kuat makan sebenarnya). Jadi mungkin cara persediaan ini juga boleh membantu anda juga.

Letak Target Nak Apa Sebagai Persediaan Untuk Ramadan Ini

Target Al-Quran

Untuk permulaan, nak buat persediaan untuk ramadan ini adalah dengan set target dulu bulan ni nak capai apa. Selalunya Shai akan set target nak khatam al-Quran within the month (gigih jugak aku mengaji malam-malam terakhir tu kalau tak dapat catch up. Kebas kot), yang kemudiannya dipecahkan mengikut hari. Contohnya ada orang buat satu malam 1 juz, boleh juga setiap solat fardhu n sunat baca ayat/mukasurat sekian-sekian.  🙂

Target zikir harian

Target zikir harian juga dibuat. Selalunya sambung seperti biasa ja. Kalau korang ada apa-apa hajat atau tujuan tertentu, boleh cari dan pilih mana-mana kalimah/nama Allah yang sesuai sebagai zikir harian korang.

Contohnya ya Salam untuk perlindungan, ya Razzaq untuk keluasan rezeki, dll. Ada kat app asma-ul-husna.

Nak capai hajat/wishlist?

Berkaitan hajat pula. Ada apa-apa hajat yang korang nak, Shai amat cadangkan agar ia disenaraikan dahulu (berjela pun takpa), lepas tu pindah senarai tersebut dalam satu bentuk doa.

Boleh mula dengan Bismillah, istighfar, then selawat, baca fatihah pada mak ayah korang, then bacaan doa dengan senarai tu sekali. 😀

Masa dah terbiasa baca doa tu, mana tahu masuk waktu alpha boleh makbul? Masa doa tetiba feeling sampai menangis kan. Tu tanda doa mustajab lah tu. Yeay!

Senaraikan dan tulis doa ini sebagai doa setiap kali solat fardhu dan sunat

Solusi Untuk Capai Target

Selepas set target, seterusnya adalah dengan mencari solusi untuk memudahkan diri capai target. Contoh Shai tulis ni dari perspektif seorang ibu yang handle 2,3 bisnes juga – so I know the feel of busy. Sediakan bahan makanan siap2, maklumkan kepada keluarga target anda, serta latih tubuh untuk lebih cergas.

Contohnya, sebelum puasa detoks tubuh siap-siap agar masa puasa tak lelah sangat (puasa tu bersifat detoks juga) kerana sewaktu toksin dikeluarkan agak azab juga.

Untuk cadangan detoks yang sesuai dengan diri, klik sini

Melatih diri adjust jadual tidur dengan masuk tidur awal selepas isyak. Mata letih je cepat2 lah tidur – secara tak langung aktiviti yang bukan keperluan dihadkan sebagai persediaan untuk ramadan ni. Ketahui juga berapa tempoh tidur yang korang perlukan untuk aktif (test dengan app sleep cycle yang ada) jadi korang tahu pukul berapa wajib masuk tidur.

Tips tidur awal, bangun awal Shai buat

  • Setiap petang akan workout 30 minit untuk push kapasiti tubuh – bermaksud lepas isyak konfom dah berdengkur bila mata start pedih.
  • Malam tidak minum/makan sebarang kafein.
  • Simpan phone jauh2 dan baca buku/komik instead

Ya, even komik doraemon. heh heh

  • Kat hidung tu calit sedikit minyak lavender. Hehe..
  • Istighfar banyak2, doa banyak2 minta Allah nak bangun awal

Bagaimana dengan persediaan korang nak berpuasa tahun ni? Shai doakan ramadan tahun ni korang boleh ace je, dan doa korang semuanya makbul oleh Allah. 😃

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge