Bagaimana Nak Gunakan Teh Hijau Untuk Kurus

Biasa kita lihat antara tips untuk mudah kurus adalah dengan menggunakan teh hijau sebahagian pada pelan pemakanan, kan? Contohnya seperti dalam diet atkins, detoks, malah seperti dalam post Shai kongsikan 10 cara untuk kurus dengan mudah (janji konsisten). Jadi macam mana teh hijau ni berfungsi bila dia dah masuk dalam badan kita?

Apakah kandungan teh hijau?

Secara asasnya, adalah kerana dalam teh hijau mempunya kandungan kafein yang agak signifikan untuk memberi kesan dalam penurunan berat badan, iaitu pembakaran lemak dan kecekapan dalam bersenam. Tidak sebanyak kopi, namun masih mencukupi.

Dia ada sejenis kandungan iaitu EGCG (Epigallocatechin gallate); benda ni lah yang akan tingkatkan metabolisme kita.

Dari segi antioxidan pula, nama catechin. Ni salah satu rahsia kenapa orang jepun comel lotte tau (pun intended here. Hihi).

selain diet tinggi ikan, teh hijau juga amalan tradisi wanita jepun

Disclaimer

Teh hijau yang dimaksudkan ini adalah pure teh hijau tau, samada dalam bentuk teh uncang tu, atau dalam bentuk supplemen (green tea extract namanya). Bukan teh hijau dalam CoolBlog ke, Matcha Frappucino ke, apatah lagi dalam Kit Kat. Jangan gatal makan coklat tu lepas tu bising kenapa tak kurus. Cit.

Apa manfaat teh hijau untuk kurus?

  1. teh hijau mengandungi bahan untuk pembakaran lemak
  2. berfungsi untuk cernakan sel-sel lemak (adipose) untuk masuk ke dalam salur darah yang halus tu, dengan signal sistem saraf melalui kandungan EGCG tu
  3. pada masa sama juga tingkatkan kecekapan hormon berkaitan dalam pembakaran lemak (ni kalau gabung dengan lecithin yang kerjanya cernakan lemak jadi double effect ni)
  4. meningkatkan kadar metabolisme, walaupun ketika rehat. Cara lain tingkatkan metabolisme di sini.
  5. mengurangkan selera makan, kerana kandungan kafein yang ada

Lemak yang tercerna keluar ini, akan digunakan seperti untuk kerja-kerja berat atau dibuang terus. Jadi untuk boost kasi power, lepas minum green tea ni boleh rajin terlebih sedikit overhaul satu rumah. Hehe..

Dan yang best, lemak yang teh hijau ni aim biasanya yang kat perut buncit tu, dan juga lemak yang menyaluti organ kita (visceral fat. Ni bahaya tau). Wow!

Klik sini untuk workout power tahap gaban, dan boleh siap dalam masa 7 minit sahaja.

Berapa banyak cawan teh hijau harus diambil untuk kurus?

Untuk beri kesan terbaik dengan teh hijau untuk kurus, anda sebaiknya minum dalam 2,3 cawan sehari. (1 cawan ada dalam 1250-300 mg catechins, serta 10-60 mg kafein)

Diet apakah yang sesuai untuk ambil teh hijau

Secara asas kerana teh hijau itu tidak ada pantang mana, anda boleh ambilnya bersama-sama diet pilihan anda. Selalunya yang diet atkins akan ambil teh hijau, sekali dengan cuka epal sebagai komponen utnuk kurus. Supplemen itu bergantung kepada keperluan anda.

Klik sini jika anda perlukan supplemen untuk cepatkan hasil diet anda, mengikut bajet.

Bagaimana Shai gunakan teh hijau untuk maintain kurus?

Pada Shai, teh hijau ini wajib lah kot. Selain ada manfaat kesihatannya sendiri, Shai juga gunakan untuk maintain kurus. Shai ambil secawan pada waktu petang (biasanya masa tu metabolisme kita lemau) dan lepas tu workout dalam 30 minit gitu, 6x sehari. Yeah

Dan dengan teh hijau, Shai gabungkan dengan amalan kurus lain, seperti di gambar ini. Dan bestnya, ia juga bersifat detoks!

Klik gambar ini untuk 9 lagi amalan kurus yang mudah dan murah untuk diamalkan

Korang macam mana? Pernah ambil teh hijau untuk kurus tak? Payau sikit rasanya kan, tapi lama-lama biasalah. Nak sihat kot hehe..

Semoga membantu! Share di fb korang kalau bermanfaat tau. 😀

Sumber. 1, 2

 

 

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge