Vision Board: Bagaimana Impian Shai Tercapai Dengan Cara Ini

Biasa dengar vision board ini? Ia adalah satu kaedah untuk kita tunjukkan impian kita dengan menggunakan apa sahaja yang kena dengan diri kita. Berkait juga dengan Law of Attraction, apa sahaja yang selari dengan diri, insya Allah akan menarik dengan cepat, kerana berada dalam frekuensi yang sama.

Apa Itu Vision Board?

Secara spesifik, ia adalah satu kaedah untuk senaraikan impian kita, dan dengan board ini biasanya ia berbentuk gambar, keratan kertas (terdiri daripada gambar dan quote/perkataan yang kena dengan kita).

Basically, what feels right is what clicks with your vibes.

Jadi boleh dikata juga, nak apa sahaja yang best, jadi perlulah naikkan lagi frekuensi vibration kita, dengan elemen-elemen positif.

Apa Yang Perlu Untuk Hasilkan Vision Board

Bagaimana Cara Membuat Vision Board?

Tak banyak pun sebenarnya, anda boleh bermula dengan apa yang ada dahulu. Paling penting ialah diri anda sendiri ada sewaktu membuat vision board. Contohnya anda memang ada papan kenyataan yang boleh guna paku tekan tu, gunalah. Anda ada buku nota kecik 555 yang masih kosong? Tulislah dalam tu. Anda nak letak gambar impian anda dalam album di facebook? Buat ajo. Janji buat.

Yang penting diri anda. Dan hadirkan diri anda waktu tu (dah macam pakar motivasi pulak cewah).

Bagaimana Diri Anda Penting Dalam Buat Vision Board Ini

Perasan tak ada waktu anda rasa meremang semacam, naik semangat tiba-tiba, atau rasa kosong, rasa dekat pada Allah, that’s the right situation for creating your own vision board. Kerana waktu itu adalah waktu alpha, waktu mustajab untuk doa dan minta padanya. Ada Rasulullah saw sebut tentang ini, mengenai 3 tanda mustajab doa.

Waktu alpha inilah yang perlu, dan ia datang dari diri anda.

Mintak ja1111. Dapat ke tidak tu Allah tentukan untuk kita. Yang penting kita minta sebab Allah suka kalau kita minta padaNya. Lepas tu serah padaNya.

Ada Tips Tak Untuk Buat Vision Board?

Personally, Shai punya tips ialah anda hanya perlu percaya. Ni bukan sekadar board apa-apa je kot, tapi lebih kepada satu asbab/tools untuk tunjuk kepada Allah yang anda nak sekian-sekian.

Anda boleh bermula dengan benda yang simple dan kecil untuk bermula. Contohnya mula-mula nak anak dapat top 10 masa periksa akhir tahun ini, nanti dah dapat dengan izin Allah, upgrade pula dengan anak straight A SPM nanti. πŸ˜€

Begitu juga di rumah, mula-mula nak set pinggan mangkuk tahan lama, nanti upgrade lah pula dengan kabinet dapur dengan rumah yang cantik. ye dok.

Kereta, rumah ka, makeup palette collection, even portfolio saham sekalipun, tulis aja yang kena dengan diri.

Dan board ini bersifat universal, tak semestinya item dan material nyata; benda abstrak juga boleh ja. Contohnya nak keluarga sihat dan kuat walaupun dah tua, tulis impian tersebut dan letak di vision board tersebut.

Pengalaman Shai Sendiri Buat Vision Board

Banyak juga board seperti ini yang telah Shai buat, di mana Shai letak di planner, dalam jurnal kesyukuran, dan juga di pinterest – sebab senang nak save gambar2 dan quote yang berkenan.

Dan bestnya, baru juga Shai perasan beberapa benda Shai dah dapat. πŸ˜ƒ

Buku ini Shai baru beli di BBW tempoh hari. Insya Allah Shai akan buat review buku ini untuk panduan bersama
Board pinterest khas untuk Shai save item yang nak dibeli. Kasut hitam putih, nude lipstic, dan juga cardigan jenis waterfall dah dapat, selari dengan tone warna yang Shai nak ikut color palette ini. Syukur sangat

Shai hanya save, dalam hati doa nak benda ni. dan Shai simpan tak fikir apa lagi (kira dah serah pada Allah lah ni hehe). Dapat pula tak disangka, bila buka pinterest ni balik baru perasan.

Shai doakan anda juga mencapai impian anda melalui vision board ini. Insya Allah.

Semoga membantu!

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge