Tips Makeup Anda Untuk Tahan Lama

Seperti tajuk yang ditulis ni, Shai kumpulkan beberapa tips yang berguna untuk pastikan makeup anda tahan lama. Siapa yang suka tiap 15 minit kena masuk toilet untuk touch up sepenuhnya, jangan klik blog post ini. Hehe..

Penyediaan Untuk Makeup Anda Tahan Lama

Skrub

Sebelum mula makeup, penting untuk anda pastikan kulit muka anda selicin yang boleh, dan ia boleh dicapai dengan rutin skrub dan exfoliation rutin ini penting untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati (antara penyebab utama makeup anda bercapuk tau) agar permukaan kulit yang rata. Kulit yang rata dan halus, bermaksud makeup anda tahan lama! Amalkan rutin ini sekalipun bukan untuk makeup, agar kulit anda sentiasa segar dan berseri-seri.

Seperti kertas pasir, penggunaan skrub bertujuan untuk melicinkan permukaan kulit agar ia sekata. Jangan korang guna kertas pasir untuk skrub muka sudahlah

I is selalu skrub dengan St.Ives apricot (tu pun pow arwah papa punya je kot) tiap Ahad. Jadi masa hari Isnin pergi sekolah tu ada lah juga orang kata muka I berseri-seri (I still remember who you are, thank you). Wuuu…

Pelembab

Lindungi kulit anda dahulu dengan pelembab yang sesuai dengan jenis kulit. Selain rutin ini memang pun untuk bagi makeup tahan lama, rajin guna pelembab untuk pastikan struktur kulit anda terjaga, terlindung dari kotoran dari luar, dan semestinya memastikan kulit anda sentiasa, lembap.

Kulit yang lembap elok biasanya kelihatan gebu sebegini (walaupun kulit masih ada bekas parut/jerawat sekalipun). Klik sini untuk ketahui tips yang Shai sendiri gunakan untuk dapatkan kulit (hampir) sebegini

Nota: kulit yang lembab bermaksud hydrated and moisturized. Topup kadar lembapan tersebut dengan minum air masak yang cukup, hasilnya kulit anda tak cepat kendur tau. Bacaan lanjut mengenai pelembab, klik sini.

Primer

Primer ini rutin tambahan yang dipakai sebelum bedak asas. Ia berfungsi untuk bagi bedak asas itu lekat dan terletak cantik, agar makeup anda tahan lama, walaupun muka anda cepat berminyak atau kering sekalipun. Primer didapati dalam pelbagai jenis yang boleh disesuaikan mengikut jenis kulit (contohnya mattifying kalau muka cepat berpeluh dan berminyak, pore minimizing kalau pori-pori besar gedabak, color-correcting kalau ada tompokan warna tak sekata dsbg).

makeup tahan lama contour

Rutin ini wajib jika anda nak gunakan teknik makeup seperti contour. Klik sini, untuk teknik contour yang simple

Primer juga didapati untuk keseluruhan muka, bibir, dan juga untuk mata (eyeshadow primer). Dan khusus untuk primer mata dan bibir, warna lagi terang dan centik, selain tahan lama.

Concealer

Item ini wajib kalau parut/cela di wajah jelas sangat. Concealer perlu digunakan terus sebaik sahaja dah set primer itu pada kulit (dalam beberapa saat gitu) untuk elakkannya jadi bergumpal.

Setting Makeup

Item ini digunakan untuk set makeup anda, agar ia tahan lama, dan melindungi makeup tersebut daripada bahan-bahan luar yang akan menganggu makeup anda. Anda boleh set samada dengan setting powder atau setting spray, hanya pastikan makeup anda dah siap betul-betul sebelum menggunakannya.

Turutan item makeup secara asas. Klik sini untuk baca lebih lanjut

Artikel berkaitan: apa nak buat bila bedak makeup korang pecah retak seribu? Klik sini untuk tips jimat ya.

Kesimpulannya, Berbaloikah Agar Makeup Anda Tahan Lama?

Berbaloi jika anda mahu cara yang terbaik untuk kelihatan cantik (lagi-lagi jika ada event yang besar dengan banyak kamera) pada masa sama anda tidak mahu membazirkan banyak masa untuk makeup sahaja (banyak kerja lain nak buat lagi kot).

Kim pun dekat 2 jam bermekap, kita dapat 2 minit untuk mekap sahaja pun dah cukup bersyukur hehe.. Namun untuk keseluruhan rutin ini, jika dah mahir tidak lebih dari 15 minit pun. 😉

Untuk bacaan lanjut mengenai makeup serta tips, klik sini saja. Untuk makeup tips khusus untuk ibu, di sini tau.

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge