Review App Forest: Untuk Pengurusan Masa Dengan Pokok yang Comel

Shai obsessed dengan segala tool yang melibatkan pengurusan masa, dan setiap hari, Shai cuba jaya dan perbaiki sistem agar ia menjadi satu rutin yang membantu Shai buat kerja. Tidak pressure mana, sekadar overwhelmed sebab banyak kena pegang (itu pun, Shai amat bersyukur. You’re doing what you love, at least). Allahuma inni as aluka al afiyah – moga Allah mudahkan setiap urusan dunia ini untuk akhirat dengan Mu. Okay, back to story and review.

Begini cara Shai bekerja sekarang. Tak termasuk mainan anak bersepah di sekeliling meja, dan laptop sebagai fokus utama

Aplikasi yang Shai gunakan untuk track progress Shai dalam bekerja adalah dengan nama Forest. Dan asalnya dari Shai bosan nak track dengan manual ayng kadang-kadang kita kalut takda masa, namun pada masa sama Shai perlu track masa yang diambil ketika bekerja untuk tengok kecekapan (tinggikan output sebanyak mungkin) dan untuk pastikan Shai tak bertangguh atau mengelak kerja.

Kelemahan peribadi. Kalau dah overwhelmed mula lah nak mengelak atau cepat distracted lari momentum – cabaran di rumah dan homeschooling anak heh..

Jadi nampak dah cabaran yang ada, jadi Shai cari, window shopping di play store untuk solusinya.

Review App Forest

App Forest ini, membantu untuk kita fokus buat kerja dengan angle yang berbeza – dengan tanam pokok. Jenis pokok yang ada berbeza dengan masa yang anda set (haruslah, makin lama masa makin grand dan beso pokoknya). Dan selepas bermula, pokok itu dari biji benih akan membesar jadi pokok.

Catch – anda perlu fokus waktu itu kerana jika anda buka apa-apa app lain, pokok itu mati.

Jumlah pokok/bush yang ada pada hari itu berkadar dengan jumlah masa yang anda set untuk fokus – kelebihan untuk anda track perkembangan anda mengikut hari untuk tahu berapa lama anda boleh fokus kerja secara anggaran.

app forest review
Comely GUI dia, dan mudah penggunaanya

Selepas tamat, ada reward berbentuk coin, yang jika dikumpul boleh digunakan untuk upgrade rupa pokok/bush yang ada (lihat bawah).

Siapa Yang Perlukan App Forest Ini?

Mengikut pengalaman Shai, selain berguna untuk kegunaan umum untuk bantu kita fokus, ia juga sesuai untuk:

  • Orang yang sibuk dengan pelbagai kerja, dan mahu tahu tugas apa mengambil masa berapa lama
  • WAHM yang mahu keep track jumlah kerja dan masa yang telah dibuat
  • Sesiapa yang mengalami kemurungan/anxiety, boleh track perkembangan ketika buat kerja, sedikit demi sedikit
  • Sesiapa yang bekerja menggunakan teknik pomodoro
  • Sesiapa yang mempunya masalah fokus yang terhad dan cepat distracted, gunakan app ini dan set pada sela masa yang pendek

Selain itu, seronok tengok pokok-pokok ini membesar tau. Apalagi tengok progress kita dalam bentuk pokok berbanding carta pai. Hehe..

Review penuh app ini

Review Shai Menggunakan Produk

Sangat berpuas hati kerana user-friendly dan GUI yang comel. Shai guna hari-hari untuk tengok masa yang diambil. Malah tengah tulis blog post pun guna app ni tau. Untuk rating, Shai beri 10/10.

Banyaknya pokok.. Tu Pokok yang ada rumah, burung, dan bunga tu kena unlock baru dapat tau.

Link download. Android. Iphone

Review tambahan di sini.

App tracker progress apa yang korang pakai pula? Share ya, mana tahu membantu kita. 😀

Semoga membantu!

 

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge