Sakit Perut Sehingga Pedih – Mungkin Ia Tanda Sakit Gastrik

Sakit gastrik ini datang tanpa disedari, ada pula yang dah tahu kerana itu yang ibu bapa mereka alami, kerana ada tanda jika anda sakit gastrik ini. Untuk itu, Shai kumpul dan ringkaskan info yang berkaitan mengenai penyakit ini, dalam blog post yang mudah. 

Tanda Sakit Gastrik: Simptom yang Biasa Dialami

Biasanya yang mengalami sakit gastrik ini (dan juga dari yang Whatsapp Shai untuk konsultasi sakit gastrik) mengalami sakit perut yang amat sangat (senang kata, azab). Kembung perut dan rasa berangin, kadang-kadang kalau teruk tu ia berlaku selepas makan, sewaktu tak makan, ada yang sampai pedih hulu hati jadinya. Loya? Memulas? Dah biasa ye dok. Macam yang baru berlaku sept 2017 ni.

Sakit woo..

Dan sakit-sakit semua ni akan datang balik tanpa kita sedar…

Yang perlu diperhatikan juga bila selalu dah sakit gastrik ini, bila ada tanda bahaya ia datang, apabila dah melarat.

Tanda Sakit Gastrik yang Bahaya

  • muntah biasa dan muntah darah. Loya berpanjangan
  • darah bewarna hitam di muntah dan juga ketika membuang
  • kesukaran bernafas, tiba-tiba je semput
  • rasa nak pitam
  • selera makan berbeza dengan ketara
  • berat turun dengan ketara tanpa sebab (jangan syok dulu ni)

Kalau ada tanda seperti ni, haruslah ke bantuan doktor dengan segera, Asid perut yang terhasil dalam sakit gastrik tu pH3 tau, boleh tembus perut jadinya.

Punca Anda Mengalami Tanda Sakit Gastrik Tersebut

Terdapat pelbagai kemungkinan dari sakit gastrik ini, dan berbeza mengikut individu. Antaranya adalah seperti bakteria H.pylori namanya yang buat onar di dinding perut dan usus, menghasilkan ulser.

Jika anda kerap mengambil ubat penahan sakit jugaboleh menjadi punca, dan juga ubatan lain yang berisiko melemahkan sel-sel di dinsing perut, memudahkan ia terhakis.

Klik sini: Untuk senarai umum makanan/minuman yang sesuai untuk sakit gastrik.

Jika Dibiarkan Sakit Gastrik Ini

Boleh berlaku pendarahan teruk di dalam tubuh. Salah satu tanda kalau keluar darah kehitaman, tanda anda mengalami pendarahan dalaman. Jangkitan kuman juga berlaku kerana kuman yang buat onar tu lah hasilkan jangkitan di ruang terbuka.

Gini rupa berlubang ulser

Kesimpulan

Ramai juga yang Whatsapp Shai isu gastrik ini, maka Shai hasilkan entri ini untuk memudahkan anda, ambil tindakan sewajarnya. Untuk yang mengalami sakit gastrik, sebaiknya elakkan terus apa-apa sahaja yang boleh trigger gastrik tersebut agar ia tak datang kembali. Insya Allah.

Klik sini, jika anda memerlukan penawar segera gastrik (yang boleh didapati di dapur sahaja) jika ia semakin teruk.

Klik sini untuk mengetahui makanan yang anda boleh ambil, untuk mengelakkan dari terkena sakit gastrik lagi (selain pisang dan epal ini)

Konsultasi gastrik dengan Shai?

Sebagai salah satu ikhtiar yang mudah dan cepat untuk gastrik, klik sini atau whatsapp Shai terus di 017-915 3260,  Shai akan buat konsultasi yang sesuai dengan keperluan dan keutamaan diri, serta bajet anda. Cuma tahan sabarlah ya sebab kalau Shai konsult ni akan berjela-jela punya cerita untuk bantu korang dapat info yang penuh (selain tak reti nak adjust2 info, asal berkait semua aku cerita. haha)

Perbincangan simptom dan langkah pencegahan gastrik. Banyak lagi whatsapp chat gini, panjang berjela semuanya 😛

Sumber rujukan: MayoClinic dll.

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge