Resipi Perapan Ayam Goreng Mudah

Resipi perapan ayam goreng ni variasi dari apa yang Shai buat sebagai tambahan kepada perapan ‘piawai’ kunyit dan garam. Perapan yang ada ni pun dengan bahan yang sedia ada di dapur, sekadar cincai perap dan goreng – menjadi juga. Jadi dalam post ini Shai kongsikan aja. Semoga membantu!

Sebelum itu, resipi perapan ini Shai gunakan dengan frying pan sahaja. Nak guna pemanggang ajaib pun boleh (Shai tak guna dah kerana menggunakan dapur induction sekarang ni), insya Allah rasa grilled chicken yang lembut seperti yang biasa dapat dalam memanggang makanan.

Oven takda. Tak terbeli lagi woo..

Kelebihan Resipi Perapan Ayam Goreng Mudah

Pastinya kelebihan yang utama adalah menjimatkan masa kita.

Dengan minimum perapan dalam 10 minit (lagi lama lagi bagus, bergantung kepada resipi) lepas perap, goreng dah pun siap. Atau nak lebih mudah, boleh potong dan asingkan bahagian ayam mengikut amaun yang biasa dimakan, dan perap siap2 dalam ziplock/bekas tupperware untuk disimpan dalam freezer. Bila perlu, hanya keluarkan portion yang di ingini untuk thawing, sebelum menggoreng.

Gambar bahagian ayam yang telah di perap. Mudah kan? Klik sini jika mahu lagi banyak tips pengurusan bahan dapur yang Shai buat sendiri di rumah

Perlu di ingat tip utama: isi perapan perlu dalam keadaan kering sebelum ditambah bahan perapan, kerana lebihan air akan cairkan bahan perapan, nanti ganggu dan melambatkan proses menggoreng – tak cantik nanti.

4 Resipi Perapan Ayam Goreng Mudah

Selain standard garam dan kunyit.

Dan resipi ini akan ditambah dari masa ke semasa. Resipi yang disenaraikan di sini adalah yang Shai biasa buat setiap minggu untuk memudahkan kerja memasak. Nak grand2 tunggu weekend ja haha.. gambar takda juga. Nanti rajin ambil Shai post link insta di sini.

Pastinya juga, resipi perapan ini boleh digunakan untuk daging, ikan, dan seafood.

Senarai-Resipi-Simple-Atkins-Fasa-1 mommyloyye

Perapan ini juga boleh digunakan dengan isi daging lain, seperti filet salmon. Klik link untuk resipi lain, khusus untuk yang berdiet Atkins

Kunyit Dengan Paprika (Atau Serbuk Cili), Dan Mixed Herbs

Resipi yang jumpa tanpa sedar, dalam bulan lepas. Sangat sedap sebab ada rasa tangy lemony dengan herbs yang ada (cilantro, oregano, thyme dll) dengan sedikit pedas dari serbuk paprika/cili. Kunyit itu sekadar filler, jadi nisbah kunyit tak lebih daripada gabungan nisbah serbuk cili/paprika dengan mized herbs.

Beli je mixed herbs Tesco punya pun sedap. Shai gunakan dalam resipi salad tuna juga (tapi dikata sebagai habuk kayu……)

Sos Tiram, Kicap, Dan Sedikit Kunyit

Sedikit variasi dari perapan ‘piawai’. Perapkan dengan sos tiram dan kicap sehingga menyaluti keseluruhan isi sebelum ditambah sedikit serbuk kunyit (cukup debu-debu dia cover sudahlah), sebelum digoreng. Sesuai untuk resipi nasi ayam.

Hati-hati agar menggoreng dengan masa yang biasa diambil (Shai punya 10 minit setiap sisi ayam, 3 minit untuk garingkan luar permukaan) kerana marinate sos tiram dan kicap yang buat ayam bewarna kehitamaan tu kita ingat sebagai hangit.

Dengan Tepung Jagung

Ni biasa Shai guna untuk buat cendawan goreng tepung. Hanya pukul telur dan masukkan sedikit sos tiram dan seulas bawang putih yang diketuk. Rendam isi ayam dalam campuran telur tadi dan sadur dengan tepung jagung setebal mungkin. Buat 1-2 kali sebelum goreng. Rasa berlemak dan garing.

Chup! Yang fasa 1,2 dalam Atkins jangan gatai buat resipi ni kerana ia tak lulus. Hehe.. Sebabnya ada di sini.

Kalau ada idea resipi perapan ayam yang sesuai, kongsi-kongsilah di komen ya, untuk manfaat bersama.

Semoga membantu!

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge