Flash Cards: Arahan Mudah untuk Anak

Dalam beberapa hari ini agak jenuh juga nak minta/berikan arahan mudah pada Naz. Loyar buruk satu hal, suka sangat menyorok dalam tilam dan bantal bertimbun lepas tu acah-acah panggil ‘ummi’. Sekali sekala orang akan kata nak bermanja. Kalau dah setiap kali dan waktu kalut macam mana? Cue/flash cards lah jawapannya.

cue flash cards mommylotte

Menggunakan Flash Cards Untuk Arahan dan Permintaan

Asal Shai terjumpa pun dalam Pinterest, lengkap dengan printable dan bagaimana ia membantu ibu untuk anak ikut arahan dan permintaan. Secara psikologi, anak tak makan saman dengan mak sebab dia rasa selamat, relaks, dan boleh bermanja dengan maknya (alahai..nak kena cubit betul ni), maka dengan penggunaan kad ini adalah untuk mempengaruhi mindanya seolah-olah ada orang berautoriti yang memberi arahan yang sama seperti ibunya, jadi anak kemungkinan besar akan ikut. 😉

Nampak tak permainan dia. muehehe..

Kebaikan Menggunakan Flash Cards untuk Arahan dan Permintaan

Antara kebaikan menggunakan flash/cue cards kepada anak

  • Anak akan memahami arahan/apa yang perlu dibuat
  • Anak akan tahu apa yang boleh dijangka dalam sesuatu rutin; kurang kebarangkalian untuk panik atau tiba-tiba moody merajuk tak nak ikut arahan (ni agak menggeramkan)
  • Anak berasa secara tak langsung dalam kawalan, seolah-olah dia sendiri lakukan rutin tersebut tanpa menunggu arahan ibunya (psikologi sikit)

Flash/Cue Cards yang Shai Sendiri Buat

Kad-kad ini tak perlu perfect setanding Fisher Price pun, namun cukup agar visualnya mudah, simple, dan boleh difahami anak (try buat these cards in Van Gogh paintings memang jenuhlah). Untuk itu, Shai usahakan buat sendiri, dengan arahan yang biasa di rumah dan mudah di ikuti.

Tak cantik, tapi at least seragam dengan color-codingnya dan comel lukisannya. hihi..

Yang penting, masterpiece ini di laminate sebaik mungkin sebab tak kuasa aku nak lukis balik semula kalau basah dan/atau kotor. :__)

flash cue cards mommylotte

Mohon abaikan arahan/gambar yang kelako tu. hehe

Saya Juga Mahu Cue Cards Ini Shai!

Untuk cue cards ini, Shai ada scan dan save dalam bentuk pdf untuk memudahkan anda print sendiri. Gambar ini juga editable, maka anda boleh masukkan arahan anda sendiri yang biasa digunakan dalam keluarga dengan gambar yang sedia ada. Jika mahu, boleh komen dengan emel anda sekali, untuk Shai emelkan.

Nak laminate pun boleh, komen sekali lah nanti Shai kira kos pos nya. 🙂

Ada cadangan untuk gambar baru? Komen di bawah dan Shai buatkan.

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

2 Comments

    • Benar tuan. Anything for the kids rasanya. 😀 Yang penting mudah kerja ibu bapa nak beri arahan mudah pada anak haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge