Diastasis Recti – Masalah Rahim Wanita yang Mungkin Terlepas Pandang

Terdapat satu kondisi atau masalah rahim yang dinamakan sebagai diastasis recti – kondisi otot perut di tengah (core abs) yang terbuka dan longgar, biasanya berpunca daripada bersalin (otot bahagian tersebut yang mengalami regangan maksima selama 9 bulan 10 hari). Regangan ini, tidak berkesan dengan rutin senaman biasa (seperti sit ups) sebaliknya hanya akan memburukkan lagi keadaan. 

diastasis recti masalah rahim jenis

Kredit gambar dari PInterest: midwiferytraditions.re

Antara tanda-tanda anda mengalami diastasis recti dan masalah rahim jenis ini

  • mudah sakit pinggang/belakang
  • mudah terkencing
  • kegemukan di bahagian perut bawah
  • kes yang teruk, rahim jatuh kerana otot tak stabil menampung

Bolehkah masalah rahim ini dipulihkan sediakala?

Diastasis recti ini boleh dipulihkan dengan amalan berpantang yang betul. Sebaiknya anda sendiri boleh memastikan yang anda tidak mengalaminya dengan langkah berikut.
 
1) Baring dengan lutut dibengkokkan
2) Gunakan tiga jari dan tekan di atas pusat secara menegak
3) Angkat kepala, leher dan bahu anda. Dan rasa ruang kosong yang ada di atas pusat dengan jari anda tadi, dan periksa berapa lebar dan panjang ruang kosong tersebut (dengan jari anda).
4) Jika ada, tentukan kondisi diastasis recti yang anda alami yang sepadan dan dapatkan rawatan sewajarnya.
Agaknya inilah satu manfaat rutin berpantang, untuk elakkan otot kembang macam ni. Selalu ingat bertungku, berbengkung ni untuk buncit di luaran ja. o.O
 
 diastasis recti masalah rahim
Share ramai-ramai info ini untuk manfaat bersama ya. Benda ni kita tak perasan pun kan?

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge