10 Amalan dan Tips Kuruskan Badan

Pelbagai jenis tips kuruskan badan yang ada di internet, yang mana satu sesuai dengan anda? Kerana untuk turunkan berat badan yang berlebihan memerlukan kita ambil kira pelbagai faktor/sumber untuk mendapatkan hasil terbaik dan sihat (lagi-lagi kalau urgent sampai 10kg dalam sebulan). Jika tidak, alamatnya berat badan akan naik mendadak semula, memberikan kesan tak baik untuk jangka panjang. Jadi sebaiknya biarlah berterusan dan (haruslah) selamat, dan ini antara tips kuruskan badan yang Shai sendiri amalkan untuk turun dan kekalkan berat badan.

Amalan dan Tips Harian Kuruskan Badan

Mengambil 1 Sudu Besar Minyak Zaitun Sehari

Pengambilan harian minyak ini membantu untuk membaiki tekanan darah, menaikkan kolesterol baik, dan mengimbangi kadar glukos dalam tubuh yang membantu untuk kita rasa kenyang dengan lebih lama, secara tak langsung mengurangkan selera.

Amalkan 1 sudu besar minyak zaitun (sebaiknya jenis extra virgin) sebelum sarapan untuk kesan terbaik, kenyang dengan lama.

Makan Jamu Dengan Konsisten

Pengambilan jamu/bahan herba dengan tetap juga membantu untuk kita mendapatkan berat badan yang ideal dan kekal. Hormon wanita yang bercelaru akan menganggu proses tubuh serta hormon lain yang berkaitan dalam pencernaan lemak, yang mengakibatkan kita mudah naik berat badan, apatah lagi secara mendadak.

Sebaiknya amalkan jamu yang telah serasi secara berterusan walaupun setelah habis berpantang untuk menstabilkan hormon dan dalaman tubuh kita. Macam tak percaya jamu pun boleh menjadi salah satu tips kuruskan badan yang berkesan kan?

Mengamalkan Air Detoks Seperti Air Rebusan Halia Dan Serai

Mana-mana bahan detoks yang boleh dicampur dalam air dan serasi adalah yang terbaik untuk anda. Namun halia dan serai ini adalah 2 bahan masakan yang popular, dan sangat bagus untuk membantu anda mengurangkan berat badan. Halia digunakan untuk membuang angin dalam badan, memanaskan tubuh dari dalam, dan mengurangkan perut buncit; manakala serai pula berfungi untuk mengurangkan kolesterol dan glukos dalam darah serta membantu usus dalam proses detoksifikasi.

Amalkan 2 bahan ini dalam air rebusan (boleh dicampur bersama daun pandan, manjakani, dan gula batu untuk merawat dalaman wanita) atau ditambah ke dalam teh hijau untuk meningkatkan kesan penurunan berat badan.

Minum Teh Hijau

Teh hijau adalah salah satu tips kuruskan badan yang sangat popular, dan  dikenali ramai sebagai salah satu cara untuk menguruskan badan (khususnya di bahagian perut iaitu visceral fat) kerana ia mengandungi sedikit kafein yang berguna untuk menggalakkan tubuh membakar lemak dan berfungsi meningkatkan metabolisme tubuh dengan polifenol catechin.

Amalkan secawan teh hijau (boleh juga dicampur sehiris halia, serai 1 diketuk, satu sudu kecil cuka epal, atau perahan limau kasturi) sebelum sarapan atau waktu petang.

Mengamalkan Gaya Pemakanan Yang Sihat

Semestinya untuk kurus dan kekal kurus, makanan yang kita ambil seharian memberi kesan kepada bentuk tubuh kita (malah boleh dikatakan sehingga 70% kesannya).

Antara tip yang boleh diamallkan dalam pemakanan seharian adalah dengan mengutamakan karbohidrat jenis kompleks (oat, roti gandum, beras perang) sebelum jenis bertapis (roti putih, nasi putih, kuih bertepung, mee dan bihun), menjadikan sumber makanan berprotein (ayam/telur/ikan/daging) sebagai makanan utama,pengambilan serat yang mencukupi, serta sayuran/ulaman untuk vitamin, mineral, serta sifat alkali untuk tubuh mencernakan lemak dan toksin dengan berkesan.

Menghadkan Pengambilan Karbohidrat Kurang Dari 50g Sehari

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan karbohidrat (samada kompleks atau bertapis) kurang dari 50 gram sehari (anggaran saiz 1 cawan) membantu tubuh untuk membakar lemak yang tersimpan dalam lapisan kulit sebagai sumber tenaga.

Malah gaya pemakanan seperti ini terbukti untuk menstabilkan tekanan darah, kadar glukos dalam tubuh dengan konsisten (yang menyebabkan kencing manis dalam jangka panjang jika tidak dijaga), serta mengurangkan kolesterol ‘jahat’ (LDL) dan trigilserida dalam salur darah (yang boleh menyebabkan sakit jantung).

Amalkan amaun ini sekiranya anda mengalami masalah metabolik/diabetik atau mahu kadar penurunan berat yang cepat dan selamat. *untuk ibu yang sedang menyusu dan juga sedang menjaga pemakanan, julat ini perlu sedikit tinggi untuk penghasilan susu ibu yang mencukupi (anggaran dalam 80-120g).

Air Masak Yang Mencukupi

Kerana tubuh kita terdiri daripada 70% air, adalah wajar untuk kita minum air masak yang mencukupi untuk keperluan tubuh kita. Air yang cukup akan menjadikan tubuh kita lebih efisien, lebih bertenaga, kurang sakit kepala, dan juga membantu kita dalam proses kurus dengan kesan lebih baik.

Sebaiknya pastikan air masak yang diambil adalah mencukupi (anggaran 3 liter sehari atau mengikut keperluan tubuh anda) dan kurangkan minuman manis dan berkafein; atau sebaiknya elakkan terus.

Adakan Satu Diari Makanan Untuk Kenal Pasti Diet Harian Kita Dengan Konsisten

Diari makanan (food journal) amat berguna untuk kita mengenal apa yang kita ambil dalam seharian, serta sebab kita mengambilnya (berguna untuk orang yang cenderung makan dengan banyak saat emosi – seperti saya 😝).

Diari makanan boleh sahaja dalam bentuk sebuah buku nota kecil (buku 555?) atau untuk lebih mudah dengan penggunaan aplikasi diet tracker seperti MyFitnessPal.

Secara psikologi, amalan ini akan membantu anda cenderung memilih makanan yang sihat, tahu apa yang kita ambil, serta mengikut peraturan diet dengan berkesan.

Prinsipnya: If You Don’t Write It, Don’t Eat It.

Menjalani Kehidupan Yang Aktif

Menjalani kehidupan yang aktif tak memerlukan anda keluar berjoging setiap hari di taman atau perlu berada di luar rumah setiap masa. Kuncinya adalah agar kebanyakan masa anda terisi dengan pergerakan yang kerap, menumpukan satu masa khas untuk bersenam walau sekadar 10 minit, dan bergerak secara bertenaga sepanjang hari (ia membantu tubuh untuk masuk ke zon pembakaran lemak).

Tidak Stress

Jika anda mahu untuk kurus, jangan stress kerana ia akan menyukarkan anda untuk buang lebihan berat badan tersebut.

Tekanan akan menganggu pelbagai proses tubuh, serta untuk turunkan berat badan yang berlebihan memerlukan kita ambil kira pelbagai faktor/sumber untuk mendapatkan hasil terbaik dan sihat (dipanggil cortisol) menjadikan tubuh kita cenderung untuk menyimpan nutrisi yang diambil dalam bentuk lemak dan bukan untuk mencernakannya (waktu ini tubuh masuk ke survival mode dan ia bersiap sedia sekiranya perlu bercatu makanan/berlapar). Tidak perlu stress dalam proses kurus ini kerana tubuh anda sedang mengambil masa untuk menyesuaikan diri ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

Kesimpulan Dengan Tips Kuruskan Badan Ini

Anda tidak perlu mengamalkan kesemua yang dikongsikan sebelum ini, memadai bermula dengan tip yang mudah (samada mudah didapati dan mudah diamalkan) bagi anda, sebelum anda menambah tip-tip yang lain.

Tip kuruskan badan seperti perkongsian ini, dan juga pelbagai info yang berkaitan ada dikongsi dalam ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, khas untuk ibu-ibu yang mahukan solusi terbaik untuk mencapai berat ideal, dan kekal dengan berat tersebut.

Kerana Shai percaya, nak kurus dan mendapatkan berat seperti sebelumnya adalah tidak mustahil untuk kita semua.

KLIK gambar ini untuk mendapatkan maklumat lanjut, serta mengetahui samada ebook ini sesuai untuk kegunaan anda

Pada yang mahukan terus ebook finale yang mempunyai 70 m/s ini, terus whatsapp Shai terus di 017-9153260 dengan Kod EBOOK EDISI KETIGA, dan Shai akan maklumkan anda cara menggunakan ebook ini, berkongsi sedikit tips untuk bantu anda kurus, dan langkah seterusnya.

Pakat-pakat juga share post ini ya. Dengan tips kuruskan badan yang sangat mudah. Jom kita kurus dan mantap sama-sama, insya Allah. 🙂

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge