Bersenam 7 Minit Sehari Dah Cukup Dengan 7-Minute Workout

Kalau dulu biasa kita dengar senaman selama 20 minit, tiga kali seminggu? Somehow dari pemerhatian Shai kekerapan itu agak tak praktikal, khususnya bagi yang sibuk. Lagi-lagi kalau tiga kali seminggu biasanya lepas rutin ketiga dan nak tunggu minggu depan punya nak bermula masa tu dah hilang momentum nak bersenam. Betul tak? Mungkin sebab itu, 7-minute workout lebih sesuai.

7 minit dalam sehari, dalam seminggu dah kira 49 minit. Namun efektif kesannya lebih dari tradisinal tiga kali seminggu. Di mana ia mengandungi 30 saat, 12 jenis senaman yang berbeza untuk bahagian dada dan lengan, pinggul dan kaki, serta (haruslah) perut, dengan rehat 10 saat di antara rutin tersebut.

Bunyi pun macam semput kan? Itu yang dicadangkan saja dan senaman ini jenis high intensity, sebab itu ia dikatakan rutin yang efektif. Untuk bermula 7 minit dengan sekadar regangan dinamik (dynamic stretching, biasa dalam rutin memanaskan badan) pun cukup. At least there’s something than nothing!

Kalau suka, boleh ulang rutin ini. Dan sebaiknya selepas rutin 7 minit ini akhiri dengan sedikit cool down untuk alirkan asid dalam otot keluar, untuk elakkan kejang otot. Jenuh mencari minyak angin nak mengurut nanti.

Kebaikan dan Kelebihan 7-Minute Workout

  • Dia 7 minit sahaja πŸ˜›
  • Rutin yang terkandung, dengan sela masa rehat yang pendek berfungsi untuk tubuh kita push dalam zon bakar lemak (yeay boleh kurus!)
  • Senaman ini juga gabungkan strength training, sambil membakar lemak boleh membina otot (dua kali yeay!)
  • Dan boleh buat di ruang tamu rumah. Tak perlu keluar. πŸ˜€
  • Tanpa perlu alatan tambahn. Senaman ini, menggunakan berat anda sendiri sebagai momentum (janji dibuat dengan betul)

Shai juga amalkan 7-Minute Workout

Kerana itu Shai berkongsi. Shai buat dalam harian sebab sibuk kot. Buat pula sambil menyuap nasi anak hehe.. kadang-kadang yang kecik ni nak menyempit sama, jenuh nak buat crunch dengan dia atas perut kita. XD

Shai gunakan fitbit (baca review di sini) sewaktu senaman untuk tahu progress. Malah Shai tulis dalam planner siap-siap untuk tengok perkembangan Shai dalam fitness.

Fitness is a choice, not a privilege

Rutin ini juga Shai kupas dalam ebook Atkins untuk Ibu Menyusu edisi ketiga. Klik gambar ini untuk info lanjut.

Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, edisi ketiga dan terakhir.

Ebook ini bermanfaat jika anda

a) seorang ibu yang mencari cara terbaik, sihat dan selamat untuk kurus,

b) yang baru nak berjinak2 dengan diet Atkins tanpa rasa pressure, sebelum progress ke Fasa 1 kemudiannya, atau

c) yang sekadar mahu ia sebagai langkah awal untuk elak terkena kencing manis dan sakit jantung, yang datang dari pemakanan tidak sihat/keturunan genetik.

Screenshot kandungan seluruh ebook ini. Banyak kan? Lengkap untuk kegunaan anda πŸ˜€

Ebook ini agak tebal, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar. Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup.

Sementara dalam pembikinan, Shai amat alu-alukan feedback dan idea dari anda. Jadi mohon idea bernas dari anda. Insya Allah idea yang berguna boleh Shai tawarkan ebook ini secara percuma. Maklumat lanjut di sini.

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge