Petua Kulit Cantik yang Biasa Shai Guna

[Not a promotion post] Sebut pasal kulit cantik ni rasanya dah merata-rata produk yang ada.  Dari yang nak putih pinkish sampai ke hilangkan parut dan jeragat, as well as anything that falls in between.

Dalam post ini Shai bukan nak cerita produk secara khusus dan promo, melainkan sekadar berkongsi apa yang Shai pakai selama ni untuk jaga kulit.  Lagipun Shai memang minat, serta dah lama menulis dalam niche health and beauty, serta guna ilmu yang ada untuk study produk betul2 sebelum guna. Harapnya membantu korang serba sedikit, bagi idea ka ikut kesesuaian kulit sendiri.

wow, kalau dalam 24 jam kulit gebu putih camni pun i loike!

Kulit Shai jenis combination – berminyak di hidung, dan umumnya normal di bahagian lain. Jadi nak memilih produk kena ambil kira part berminyak tu sebab ya Rabbi pori2 kat situ expanded habis kalau dah tersumbat dengan blackheads. Amatlah annoying.

Antara Produk Penjagaan Muka yang Digunakan

Seminggu sekali untuk deal dengan pori2 tersebut, Shai gunakan masker hidung yang Thai tu. Menjadi juga setakat ni.  Dia punya azab bila tarik kertas tu hehe.. Sampai berair mata.  Tapi puas hati guna sebab hampir kesemua whiteheads blackheads tertarik keluar.  Hambik ko.

Antara produk muka yang digunakan. Botol kuning tu minyak zaitun+minyak castor, boleh dipakai hujung rambut ke hujung kaki.

Pencuci Muka

Untuk rutin penjagaan kulit harian, Shai mulakan dengan pencuci muka dan Shai gunakan Oxy.  Setakat ini memuaskan hati –  cleanser ni ada micro beads untuk scrub off dead skin cells (common in oily skin)  namun cukup lembut untuk kulit normal (jangan ditonyoh kulit tu sampai merah dah lah.  Sakit kulit tu haha),cukup digosok lemah lembut gitu.

Toner/Penyegar

Shai tak guna apa2 toner.  Dan kali terakhir ialah Shai gunakan toner Aiken yang mengandungi tea tree oil (bahan tradisi untuk bunuh bakteria kulit dan kecutkan jerawat sejak berzaman).  Agak pedih di kawasan berminyak, agaknya ia tanda toner tu dok bunuh bakteria yang ada. Adik Shai yang satu muka dia berminyak, pakai toner tu macam pedih terbako.  Betul lah tu, too much for oily skin.  Jadi kalau nak guna, ambil setitik dua di cotton pad yang dibasahkan dengan sedikit air untuk cairkan,untuk mengurangkan kesan pedih.

Pelembab

Untuk pelembab.  Ia bergantung kepada situasi juga.  Memandangkan sebahagian masa Shai di rumah untuk urus rumah, bisnes dan anak, Shai biasa guna pelembab/essence fair and lovely sahaja.  Sapu sehingga ia cepat meresap ke dalam kulit dan tepek bedak sikit untuk elak melekit.  Tak tahu orang lain, tapi Shai pakai krim ni, finish dia agak powdery jadi tak perlu bedak banyak.

Hehe bedak pun guna bedak budak tesco ja.  Yang susu/peach tu.

Jika memerlukan untuk keluar, Shai biasanya gunakan BB cream, jenama Garnier. Finish agak bagus, takda white cast (biasa berlaku pada produk yang ada zinc oxide/titanium dioxide) dan coverage medium. Sekarang Shai mix bb cream tersebut dengan pelembab Garnier juga, untuk full cover and extra pelembab.  So far so good!

Kalau dah kat hidung berminyak tu haruslah ada blotter untuk menyerap minyak.  Cukup sekeping untuk tekap di hidung tu.

Sejak sekolah menengah dah pakai, hanya bawa sekeping (1 pack ada 60,jadi tahan dua bulan: guna duit poket sendiri woo) untuk tekap serta takmo kena pow dengan budak sekolah heh heh..

Mekap?

Untuk mekap, not really sebab tak cukup masa, hanya bb cream serta tinted lip balm yang paling hampir untuk dikatakan sebagai mekap. Sekadar ada maybelline clear smooth dan juga Revlon lipstick.

Tunggulah dah boleh automate bisnes, insya Allah ada masa nak melaram atau better yet, outsource personal stylist terus.  Doakan ya.

Pemakanan

Semestinya bila nak menjaga kulit agar maintain, bab pemakanan kena diambil kira juga sebab apa yang masuk dalam perut, dekat kulitlah dia tunjuk. Sungguh!

Shai kongsikan di sini sepintas lalu apa yang Shai ambil seharian bermula dari sarapan:

  • sesudu minyak zaitun sebelum breakfast (telan walaupun payau berminyak)
  • air masak cukup sepanjang hari (3 liter)
  • vitamin C sebiji sebelum tidur (antioksidan cepat menyerap dan lebih berkesan sewaktu tubuh sedang pulih waktu tidur)

Makanan di kanan lebih bermanfaat untuk kulit kan?

Itu saja yang konsisten. 😉 Testimoni? Ada komen kata I flawless lah, tanya Naz ni adik lah muehehe… Cubalah tips yang dikongsikan ini dan adjust ikut kesesuaian kulit. Insya Allah, menjadi untuk korang jugak. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge