Post Sentap: Curi Ilmu Bisnes

Disclaimer: Entri ini agak sentap sket. Salah satu prinsip yang Shai amat-amat pegang, ialah menghormati ilmu tak kira dari mana pun ia datang. Kerana ilmu itu datang dari pelbagai ciptaan Allah, jadi bagi Shai wajarlah untuk kita letakkan ilmu yang kita dapat tu di tempat yang tinggi sket. Sebabnya mudah ja, keberkatan dalam hidup.

Lagi-lagi bila membabitkan dalam bisnes, Shai percaya apa yang Allah berikan adalah jawapan dan jalan kepada niat kita (in this case, niat yang baik-baik lah hehe). Contohnya kalau kita berniat dengan berniaga ni untuk sponsor haji mak ayah kita 6 bintang, niat baik camtu mesti punya Allah akan bagi jalan dan ilham pada kita.

Allah kan business partner kita.

Jadi secara tak langsung, apa sahaja ilmu yang kita dapat akan dilihat Allah dan ia termasuklah juga ilmu-ilmu bisnes yang kita kumpulkan sepanjang kerjaya kita sebagai berniaga.

allah cukup untuk kita

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Curi Ilmu Bisnes?

Maksud curi ilmu bisnes ni mudah sahaja; ilmu yang kita amalkan tu gunanya untuk benda lain yang tidak sepatutnya seperti yang diniatkan pada awal lagi. Apatah lagi untuk menggunakannya pada jalan yang salah.

Titik Kelabu Dan Rasionalnya – Tak Salah Kan? Bukan Curi Pun

Betul juga, kerana once kita dapat ilmu tersebut secara logiknya ia menjadi hak milik kita, namun perlu kita ingat, walaupun tuan/puan pemberi ilmu tu hanyalah sebagai perantara, yang datang dengan keizinan Allah, ilmu yang dikongsikan tuan/puan tersebut bukannya murah.

memberi ilmu umpama memberi duit juga. kerana setiap ilmu ada nilainya

memberi ilmu umpama memberi duit juga. kerana setiap ilmu ada nilainya

Dan kita tak tahu berapa banyak peluh keringat, air mata, masa dan tenaga yang telah dihabiskan untuk mendapatkan ilmu tersebut (takkanlah mentor yang memberi tu nak mukadimah dengan cerita kisah sedih setiap kali nak share ilmu. Jenuh gak nak dengarnya) 😛

Ilmu ini harta/produk intelek juga. Sama mahalnya dengan harta/produk fizikal.

Muliakan ilmu, hormati asbab pemberinya juga. Barulah berkat. 😀 Dan tak salah pun nak minta izin daripada tuan pemberi, tanda kita menghargai masa yang telah diluangkan pada kita.

Insya Allah, berkat ilmu dan berganda-ganda pulangan dari ilmu tersebut.

signature-mommylotte 2

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

8 Comments

  1. Assalamualaikum ..

    Betul apa yg Puan Shai kongsikan. Banyak-banyak perniagaan adalah berjual beli dgn Allah jugak. Semoga Allah sentiasa perbaiki niat ini.

    Saya Pengedar produk shaklee dari miri sarawak.
    sila jemput ke blog saya yg comel di http://www.ainazulkifli.com.

    heee. terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge