Motivasi: Satu Masa Untuk Diri Sendiri

Salah satu amalan yang biasa Shai lakukan pada setiap minggu adalah mengadakan masa untuk diri sendiri. Biasalah, menjadi ibu ni, kerja kita bermula di saat anak belum bangun pun, dan sehinggalah anak kita tidur. Hehe..

Dan hari-hari buat macam ni, silap hari bulan kita jadi samada makin bosan nak buat atau makin blur dengan diri sendiri (mungkin Shai kot camtu. Hehe).

Satu Masa Untuk Diri Sendiri (2)

Tujuan Masa untuk Diri Sendiri

Tujuannya mudah, kerana ia untuk memberikan masa dan peluang yang solid kepada ibu-ibu untuk recharge dan ambil berat dengan diri sendiri. Dan seperti yang kita ketahui, jadi ibu ni, kerja tak akan berkesudahan, dan ada sahaja benda yang perlu dilakukan.

Tak percaya? Cuba perhati next time bila anda sekeluarga pulang ke rumah setelah berjalan jauh/balik kampung, siapa yang akan terus ‘melompat’ melakukan tugas rumah seperti longgok baju yang telah dipakai dan menjerang air? Hehehe…

Satu Masa Untuk Diri Sendiri (1)

Manfaat Masa Untuk Diri Sendiri

Sekurang-kurangnya, dengan masa untuk diri sendiri, si ibu berpeluang untuk mengadakan masa yang special untuk dirinya, dan melakukan hobi yang dia suka dan bermanfaat untuk diri sendiri.

Aktiviti yang dipilih adalah terpulang kepada si ibu, dan ia akan memberikan masa untuk melegakan fikiran untuk sementara waktu, ambil berat dengan diri sendiri, dan membetulkan fokus dan perspektif dari rutin harian yang berulang-ulang.

takdalah nak terkejar-kejar melakukan pelbagai perkara ye dok
takdalah nak terkejar-kejar melakukan pelbagai perkara ye dok

Lepas aktiviti khas untuk si ibu, diyakini si ibu akan lebih bersemangat untuk sambung semula pelbagai tugas rutinnya.

Bagaimana Nak Adakan Masa Diri Sendiri Tu?

Masa khas untuk si ibu ni memerlukan sedikit penyesuaian dengan ahli keluarga dan semestinya sokongan dari anak-anak dan suami amatlah diperlukan.

Give your mother a break, please!:P

Mungkin si ibu boleh cadangkan satu blok waktu di hari sekolah .

Tips Dan Cadangan Idea Untuk Diri Sendiri

Idea mengadakan masa yang khas untuk diri sendiri ada macam-macam dan semestinya ikut citarasa diri, namun personally Shai amat rekomenkan aktiviti-aktiviti yang menguatkan kelebihan diri (tengok movie ke apa, masa tu biarlah sambil aktiviti lain seperti melipat baju. Hehe), contohnya:

  • Membaca buku motivasi ibu-ibu sambil dengan kek/kopi kegemaran di kafe
  • Berendam dalam air garam suam untuk detoks
  • Berurut dan betulkan apa yang perlu (kena minta suami sponsor nih)
  • Senaman yang sesuai dengan diri (kalau buat betul-betul memang puas rasanya)
get slim jadi kurus thin fit
Sambil-sambil masa untuk diri sendiri, sambil tu boleh mantapkan body. Oke kan?
  • Window shopping di pusat beli belah, sambil catat apa-apa item yang menjadi idaman.

Kesimpulan

Percayalah, langkah ini pastinya membantu anda sebagai ibu untuk recharge dan menjadi lebih bersemangat untuk menguruskan syurga rumah anda.

Stressed blond woman vacuuming the living-room
Info tambahan, khas untuk ibu-ibu yang mahukan cara mudah untuk elak rasa terbeban, apa bila menguruskan rumah. KLIK SINI

Sebagai point tambahan, cer KLIK video ini. Insya Allah, mesti anda sebak tengok T.T

signature-mommylotte 2

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

4 Comments

  1. jarang nak ada kan masa utk diri sendiri.
    anak ramai la kata kan ha ha ha…
    yes, always weekend, time anak2 lom bangun.
    berkemas… menyusun… mengelap…
    and sejak 2-3 bulan lepas, aida provide satu masa gi facial emas 🙂
    gi urut…
    alhamdulillah 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge