Review: Megakidz Funland. Best Dan Berbaloi Tak?

 Special je untuk dia, dan biarkan Naz main lari and basically having his time of his life sampai puas, sampai dia melepuk tidur kepenatan. Dan apa nak buat bila rasanya semua tempat di KL/Selangor kami dah explore?

Takkan nak pergi Ikea lagi, dah sampai tahap boring jadinya kerana tiada apa yang baru. Hehe.. (pergi pun, hanya bila senarai dalam shopping list di website ikea ada stok penuh barulah kami p). Nak bawa Naz mandi manda di Templer Park pula, jenuh nak mendaki bukit hampir 4 tingkat.

KLIK SINI untuk baca pengalaman dan tips di Templer Park 😀

Jadi untuk mudah Shai refer kepada pakcik Google untuk ‘khidmat nasihat’.

Tempat yang sesuai untuk kanak-kanak di hujung minggu

Banyak tempat yang dicadangkan di website ini, namun ia tak berapa sesuai untuk Naz pula, antaranya mendaki bukit, wall climbing, dll. Haha.. Last-last Shai tengok review di Megakidz Funland, di MidValley Megamall.

megakidz fun (1)
besar giler gelongsor woo

Dari dulu lagi Shai tahu dan telah bertanya di tempat permainan kanak-kanak ni, namun yang buat kita agak keberatan ialah ia agak mahaiii.. RM100 sekali masuk, dan ia termasuk dengan makanan disediakan (mengikut umur).

Takpalah, kami decide untuk pergi dulu, kalau masih tak mahu masuk pun takpa, MidValley tu cukup luas untuk Naz lari. Malah dulu dia boleh lari nari North Court ke South Court pun steady je dia. T.T

Tiba di Megakidz Funland

Teruja pula tengok senarai harga di Megakidz Funland ni. Berdasarkan umur, untuk bayi di bawah 2 tahun harganya RM25 sekali masuk, manakala 2 tahun dan keatas RM50 sekali masuk, dan kedua-dua harga ini berserta sekali dengan seorang penjaga (tambahan penjaga dikenakan RM5 seorang). Makan dan minum jika mahu boleh dibeli di kedainya di bahagian dalam.

Wow RM50 sekali masuk kira oke sangat lah tu. Pulun berkampung lama dalam tempat mainan beso ni. Hehe..

Jadi umminya pun temanlah Naz di dalam. Yang kelakarnya, awalnya meronta-ronta tak mahu masuk ke dalam, nak berdukung dengan abahnya. Tapi Shai paksa dukung dan bawa masuk, tunjukkan Naz ke tempat mainan yang ada.

megakidz fun (2)

Bercahaya mata Naz, terus hilang marah dan tak peduli umminya dah. -.-”

Antara mainan dan fasiliti yang ada di Megakidz Funland

Boleh kata banyak dan sejujurnya Shai pulak excited tengok. Huu..ada gelongsor tinggi 2 tingkat rumah kot. Teringat dulu naik gelongsor serupa camni di Genting ketika darjah dua dulu (Genting outdoor dia masih licin untuk direnovate, tinggal indoor je yang ada).

genting
Ketika kami pergi ke Genting dengan idea spontan, dan ambil risiko kerana tak sediakan apa sangat pun sebelum pergi. hati kering betul. KLIK SINI untuk baca.

Sabo je lah Naz masih takut-takut nak cuba gelongsor tinggi yang ada, hanya berani main gelongsor cinonet ni. Isy..

Terdapat juga mini cinema, lengkap dengan beberapa seat seperti di wayang, dan juga ruang luas untuk kanak-kanak baring menonton dengan selesa. Cerita pun best juga, sempat Shai dan Naz tengok Shrek 3 dan Kungfu Panda 1 (tu pun 10 minit jer).

megakidz fun (7)

Ada juga bahagian yang disediakan khas untuk Kinetic Sand. Nak masuk tapi bayaran di sini dikenakan RM15 per jam pula (bayaran asing). Dan masa tu tak yakin dengan Naz lagi, takut dia makan pasir tu pulak.

megakidz fun (8)

Oke lah, officially boleh dah belikan Naz kinetic sand dan playdough. Alhamdulillah. 😀

Review dan kesimpulan

Overall, Shai agak berpuas hati dengan kemudahan yang ada. Staf alert dengan kanak-kanak dan jaga keselamatan permainan. Dan syarat yang dikenakan untuk bayar sekali masuk, bolehlah untuk berkampung lama sedikit, bagi anak main dengan bebas sampai puas. Naz main dekat 5 jam juga. Hehehe..

Balik tu Naz tidur habis! ^^v

Tips ke Megakidz Funland

  • Pastikan anak dan penjaga yang nak teman dah kenyang sebelum masuk
  • Sediakan sebotol susu dan roti untuk anak, in case dia lapar tengah bermain
  • Stokin untuk anak dan penjaga juga perlu ketika masuk
  • Masuk awal agar dapat memanfaatkan RM50 per entry sepenuhnya 😛
  • Enjoy!

signature-mommylotte 2

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge