Satu Manfaat Bacaan Al Quran, Yang Pasti Anda Tak Sangka

Manfaat membaca Quran sememangnya tidak dinafikan kepada kita. Dari segi doa, kemudahan dalam pelbagai urusan, mencapai hajat (contohnya rezeki), dan juga menjadikan diri kita lebih baik, Quran ini dijadikan sebagai amalan harian, yang kadang-kadang kalau kita tak baca walau satu ayat, mesti rasa kosong je.

Dan yang agak magik dan susah nak percaya ni, salah satu manfaat bacaan Quran yang Shai sendiri, tak percaya juga.

quran1

Amalan membaca Quran ini juga termasuk dalam salah satu rutin harian yang digalakkan untuk dibuat dalam grup besar Shai, namanya masterchecklist. Awal-awal tu buat, biasa-biasa jelah, alang-alang benda baik apa salahnya kita ikut ye dok.

Masa tu, Shai tak ambil pot sangat, hanya follow je (kerana masih newbie dalam berbisnes cabang lain ni) dan sambil-sambil tu boleh jadi target untuk Shai khatam Quran lagi sekali.

Keberkatan Masa Melalui Membaca Quran

Mentor bisnes Shai ada pesan mengenai pengurusan masa (dan salah satu kerisauan yang banyak ibu2 supermom utarakan), atau secara spesifiknya, โ€˜memanjangkanโ€™ masa.

contoh erin condren planners

pengurusan masa itu wajib sejak bergelar ibu. KLIK SINI untuk baca tips dan idea memulakan planner pengurusan sendiri.

Huh?

Macam guna alat Doraemon panjangkan masa pulak. Biar betik. For real ke?

Shai agak skeptikal lah permulaannya. Entah nak percaya ke merapu je semata-mata benda ni. ๐Ÿ˜› tapi memandangkan banyak perkongsian dan nasihat dari pelbagai mentor lain mengenai โ€˜memanjangkanโ€™ masa, maka Shai cuba buat juga. Tak banyak mana pun, hanya 10 ayat sehari, selepas solat.

Hasil Dan Manfaat Membaca Quran

Serius berkesan!

Awalnya tak percaya tapi lepas beberapa kali amalkan menjadi dengan berterusan, alhamdulillah. Takdalah tetiba Doraemon keluar laci meja lepas tu bagi alat panjangkan masa (kalau gitu konfom Shai dah tambat Doraemon tu dok rumah je) tapi ia lebih kepada keberkatan masa, yang membuatkan kita rasa masa berlalu dengan sangat lama walau pada hakikatnya masa itu tetap serupa.

24 jam untuk semua orang, tak lebih, tak kurang. ๐Ÿ˜‰

Erti keberkatan masa dari sini, Shai dapati masa Shai terisi dengan pelbagai aktiviti yang berguna, dan Shai dapat menyiapkan pelbagai kerja dalam satu-satu blok masa (katakan, 2 jam ka). Kiranya super produktif gitu, masa yang terisi Shai gunakan dan yang syoknya, apa yang dirancangkan semuanya dipenuhi.

takdalah nak terkejar-kejar melakukan pelbagai perkara ye dok

takdalah nak terkejar-kejar melakukan pelbagai perkara ye dok

Kepuasan tak terkata hendaknya. ๐Ÿ˜€

Dan tidak perlu khatam satu juzuk pun (kalau sempat boleh je), hanya beberapa ayat al-Quran pun dah cukup. Biasanya Shai akan habiskan 10 ayat selepas zuhur, kadang-kadang sempat 5 ja, namun manfaatnya tetap berkesan untuk Shai. Syukur alhamdulillah.

Khas untuk ibu-ibu dan sesiapa sahaja yang mengeluh tidak cukup masa, insya Allah tip ini akan membantu anda, sebagaimana ia membantu Shai. Cubalah. ๐Ÿ˜€

signature-mommylotte 2

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge