Lagi Power Dari Moyang Kita

Berita terkini dikejutkan dengan budak perempuan bawah umur baru sahaja melahirkan anak yang tidak cukup bulan (kemungkinan besar dari kekurangan nutrisi pada bayi yang dikandung). Tatkala kita sibuk-sibuk nak tahu tentang siapa penderma yang begitu bermurah hati bersedekah sebanyak tu, kini kita pula (yang kebanyakannya ibu) menarik nafas membaca berita sebegini. Suka?

perempuan tua moyang

Terang-terang Shai bila baca berita begitu tersentuh sangat baca. Namun isu seperti ini dah boleh dijangka, dari masalah pemula seperti pergaulan bebas tanpa batas (ikut Islam lah, bukan tak boleh borak dengan lelaki kalau perlu pun) yang seterusnya bawa kepada penghasilan anak luar nikah.

Masalah kitaran ini akan berulang ja, Cuma akan lebih ‘maju’ dengan semakin muda perempuan yang jadi mangsa (?) tak kira rela/paksa.

Trend Masa Kini, Lebih Maju Daripada Atuk Nenek Kita

Jika dulu kita agak mencebik bila bercerita atuk nenek moyang kita berkahwin awal (biasa yang perempuan umur 14 gitu dan lelakinya 15-17 tahun). Seolah-olah jumud dan tak berkembang, apatah lagi mereka biasanya kahwin sesama sepupu kan.

Ya sedikit jumud diakui.. dan Tun M ada kupas mengenai isu ini dalam Dilema Melayu, kerana persekitaran tersebut tak berapa kondusif untuk perkembangan intelek anak, walaupun niat mereka baik-baik belaka.

dilema melayu tun mahathir.JPG
buku yang elok dibaca oleh setiap orang. kerana situasi kita dalam dilema juga

Tujuan kahwin awal ni, biasanya sebab mak bapak dah alang-alang kenal, nak merapatkan lagi silaturrahim dengan perkahwinan (kan kerajaan Johor buat gini dengan kerajaan Kedah dan Acheh ye dok).

Bezanya mereka dengan generasi kini, ialah malu yang masih menebal. Jarang sungguh lepas kahwin terus ‘buat’, apatah lagi yang kahwin tu masih lagi muda remaja, masih manja lagi dengan mak dan opahnya, masih terkial-kial nak belajar memasak lauk pauk yang advance sket (masak nasi bakar ikan tu dah biasa buat dah).. kerana itu, kebiasaanya anak pertama mereka dalam 1,2 tahun selepas bernikah.

Apa beza dengan kita?

Baru kenal 3 hari kenal ikut wechat dah berani naik motor dengan lelaki (yang mungkin dah plan siap-siap dengan 10 orang member dia). Allahu..

common sense pleasee
common sense pleasee

Puncanya?

Shai pernah kupas sedikit mengenai isu ini, iaitu oversexualization in kids, di mana ia lebih fokus pada perempuan untuk jadikan mereka lebih seksual (atau bahasa mudahnya, gediks).

Tak perlu mula dengan kangkang kaki pun. Hanya cukup dengan pakaian sendat tayang segala apa yang perlu ditayang tapi tutup apa yang perlu ditutup aka berpakaian namun bertelanjang.

Dan perempuan di expect untuk jadi gedik-gedik manja pada semua lelaki dan action2 sket dengan perempuan lain, seolah-olah dia lah paling cantik, paling hebat, paling terangkat.

Pada masa sama, lelaki tak dididik untuk menjadi pemimpn/imam mengikut kapasiti yang dia ada, serta bertanggungjawab pada amanah dia.

anak yang comel, fitrahnya ia tetap perlukan orang agak melindungi dirinya
anak yang comel, fitrahnya ia tetap perlukan orang agak melindungi dirinya

Hasilnya?

Anak luar nikah, sumbang mahram bagai sudah biasa. Belum kira buang anak tu merata-rata, sampai sanggup kerat 18 (oke, Shai hiperbola kan sedikit).

Atau kes yang agak ringan namun tak boleh dibiarkan; dara anak perempuan hilang dalam sehela nafas sahaja. Dan belum kira lagi memori pahit dipermainkan lelaki jalang (baru aci) dan perempuan akan gunakan ayat standard: “lelaki semuanya sama ja!!

Pedih dibaca namun inilah realitinya. Shai baca banyak kes mengenai isu ini dan ada ja kenalan dan kawan Shai melalui perkara sebegini rupa.

Kesian tau, kerana masalah sebegini boleh ja diatasi namun ramai memilih enteng dan untuk ambil mudah dengan ayat standard kita “tak apa”.

Lepas berlaku baru nak teriak satu dunia.

salah satu benda yang mungkin berlaku pada ibu mengandung. ^^v
salah satu benda yang mungkin berlaku pada ibu mengandung. ^^v

Bagimu Wanita

Dan bagi Shai sendiri, frust kerana khusus bagi wanita, kita punya kapasiti yang sangat kuat dan tak perlu nak ikut serta merendahkan standard mana-mana lelaki yang tahap hampas dengannya.

Kerana Allah mahukan kita pilih pasangan yang sekufu, kita boleh gunakan kekuatan yang ada untuk menyokong lelaki pilihan kita (melalui perkahwinan lah. Mana boleh casual gitu jer..). manakala kelemahan yang ada pula insya Allah mampu di didik dan diperbetulkan oleh imam kita tu. ^^v

telanlah ubat mengandung ferum ni diwaktu anda dah bersedia dan bukan kerana terpaksa,disebabkan kesilapan sendiri.
telanlah ubat mengandung ferum ni diwaktu anda dah bersedia dan bukan kerana terpaksa,disebabkan kesilapan sendiri.

Takkanlah asal kerana ayat madah sweet korang dah terlentok terus. Ayat madah, muka hensem atau sado semua boleh develop ja, yang penting adakah minda lelaki tu serasi dengan kita dan mampu pimpin kita? Yelah, lelaki pilihan tu nanti jadi bapak anak-anak kita kan..

Jika anak yang terhasil, adakah anda sanggup jaga? adakah anda sanggup lelaki pilihan anda tu jaga? atau anda tak kisah dia lepas cuci tangan dan menghilangkan diri?

gst to babies n children (6)
barang keperluan anak pun kena GST sayangg

Untukmu Lelaki

Ada 9 akal pun tak berguna kalau hanya fokus pada 1 nafsu ja. Malah anda dah merendahkan standard anda ke tahap hampas sampah. Kata lelaki kuat minda dan tenaga? Sebab tu tanggungjawab anda tinggi. Bila diakhirat ada kemungkinan ibu, adik beradik perempuan, isteri, dan anak perempuan akan tarik anda ke neraka sebab anda tak jaga mereka sebaik mungkin.

muslim-husband-wife

Kahwin dua kalau tak adil pun bahu akan senget di padang Mahsyar.

anda bangga dapat nampak dan rasa rahsia perempuan tu tapi anda tahu tak anda telah ambil hak dan masa depannya? kalau ada anak yang terhasil, anda sanggup jaga atau dengan mudah berkata ‘pergi mampus’ sahaja?

Allah nampak semuanya, tak kira sesiapa pun kalau kita buat jahat/aniaya pada orang lain itulah yang kita akan dapat. Silap hari bulan Allah akan jatuhkan anda sehingga menangis bersujud di sejadah, walaupun baru minggu lepas anda bangga, ego, riak, dan takbur melakukannya.

Sori, agak emosi sedikit entri ni. Namun inilah yang Shai dah lama perhatikan, dan pernah suarakan, hanya dapat cebikan dan tempelak semula. Menganggap benda itu takkan berlaku pada kita dan tak perlu hiraukan pun.

Nah, Shai tulis sini untuk tatapan umum, ambil lah yang mana bermanfaat. Tak nak takpa, mungkin anda lebih tahu caranya.

Kalau kita ambil langkah sepatutnya, insya Allah pasti akan dilindungi. Kalau tak jaga bagaimana? Lepas amanah pula?

Apa Yang Boleh Kita Lakukan?

Banyak langkah yang boleh kita lakukan, namun pada pendapat Shai yang paling penting ialah kita perlu sedar satu fakta utama: semua benda tak kira buruk dan baik berada di smartphone kita, tak kiralah Asus ke Apple. Dan sumber media ini dikawal oleh orang bukan Islam, maka nilai dan standard moralnya tak sama dengan nilai ketimuran, apa lagi nilai Islam.

*kan baru bulan lepas gitu Kabinet US meluluskan perkahwinan gay untuk satu US. Sebelum ini terhad di beberapa negeri mereka ja. Kabinet dapur sungguh!

Boleh Ke Sekat Anak-Anak?

Kerana itu kaedah menyekat anak dari mencuba benda baru tu agak tak relevan zaman sekarang ni. Serupa dengan anak kecil juga, bila ada tangan, kaki, dengan akal dia habis semua benda dia nak cuba, nak panjat, nak godeh sampai mengucap banyak kali maknya. 😛

anak kalau dah nak main, mana dia peduli mak ayah dia nak tidur. hehe
anak kalau dah nak main, mana dia peduli mak ayah dia nak tidur. hehe

Begitu juga dengan anak remaja. Masa ini tak kira lelaki perempuan dah mula rasa nak melawa, ada taste, minat, dan personaliti tersendiri. Ada anak perempuan mungkin minat skirt peplum, ada yang biasa dengan jeans ja. Ada anak lelaki minat The Wanted, ada yang suka headbanging dengan Linkin Park.

Terpulang kepada mereka,asalkan mereka jaga tanggungjawab dan berakhlak baik dengan sesiapa sahaja.

kain batik
ada ke anak perempuan remaja suka pakai kain batik? wow.

Sikit2 “no”, sikit2 tak boleh.. fedup gak anaknya kot.

Kuatkan Jatidiri Sampai Anak Pun Tak Heran

Pada pendapat Shai, asalkan ibu bapa tekankan nilai Islam dengan nilai-nila murni kekeluargaan, insya Allah apa sahaja budaya/nilai yang tak sama dengan Islam diorg tak heran. Sebab  Islam kan menyeluruh.

Contohnya:

  • Anak perempuan diajar kuat dalam kelembutan, anak lelaki diajar jadi gentleman/pemimpin
  • Anak lelaki juga diajar kerja perempuan yang asas, serta anak perempuan dilatih kerja lelaki yang asas, agar yang lelaki ada sifat tanggungjawabnya dan perempuan ada sifat keras dan tegas pada benda yang sepatutnya.
mata tu dijaga sebaik mungkin (ihsan pakcik Google)
peliharalah mata anak kita dengan nilai positif sahaja (ihsan pakcik Google)
  • Jaga dan penuhi tanggungjawab asas seperti solat fardhu serta puasa.
  • Dedahkan kisah Nabi, sahabat, dan wali seperti Ali dan Fatimah, Nabi Muhammad dengan Khadijah, serta Rabiatul Adawiyah agar anak akan model/tiruvasi cara zaman tersebut yang kuat berpegang Islam. (takdalah nak idolize Kardashians ye kot).
zaman Nabi pun ada yang sahabat-sahabat power tau
  • Paling sensitif untuk remaja ni bab seksual. Namun elok mereka fahami yang perkara tersebut adalah fitrah, dan Islam ada caranya melalui perkahwinan. Kalau tak sanggup lagi jadi isteri yang kena ikut cakap suami atau suami kena tanggung dosa bini, tambah ilmu dulu. Jangan risau bab kahwin kerana ia salah satu benda yang Allah suka dan syaitan benci. Seronok berjiwang pun ada ‘catch’ dia juga.

allah cukup untuk kita

With big powers comes with big responsibility oke.

Kesimpulan

Seperti yang Shai katakan sebelum ini, entri ini agak emosi sedikit. Namun terpaksa juga diluahkan sebab dah terlalu geram.

Shai pasti rata-rata akan tak suka dan mencebik mengenai benda ini. Cubalah rajin selak2 berita masalah sosial ni yang bukan sahaja menyentap dada, ia juga buat kita terfikir mengapa teruk sangat sampai ke tahap ni sekali.

anak adalah amanah

Kerana anak umpama kain putih. Anda biarkan ia terdedah, akan ada orang lain yang akan mencorakkannya. Dan sekali kain tu terkoyak, jahit macam mana pun tetap nampak bekasnya.

Feel free to share.

signature-mommylotte 2

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

3 Comments

  1. agree..suka artikel ni..moga Allah lindungkan zuriat keturunan kita semua di Malaysia dari perkara sebegini

    1. amin2. lagi2 Nabi pun dah pesan, nak kawin kena tengok keturunan juga.. sebab nak elak benda gini lah. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge