Sakit Gastrik Teruk: 6 Penawar Segera

Sakit gastrik teruk ni, memang azab pada siapa yang kena. Lebih kurang macam sakit sengugut, ada yang sampai kena masuk wad disebabkan menderita sakit gastrik ini. Anda boleh cuba amalkan makanan yang tersenarai dalam post ini, agar ia membantu anda mengurangkan sakit dan seterusnya mengambil langkah pemulihan untuk penyakit ini.

Sakit Gastrik Teruk penawar segera mudah

6 Penawar Sakit Gastrik Teruk

  1. Air

Penawar yang paling mudah, air akan mencairkan kepekatan asid dalam perut sehingga stabil. Cukupkan pengambilan air setiap hari agar dapat mengurangkan episod azab menderita sakit gastrik ini.

Pada masa sama, elakkan minuman berkafein, apa lagi air yang bergas kerana karbon dioksida tu lah yang akan mengeruhkan keadaan di perut tu. ^^v

  1. Air kelapa

Sebagai pemulih tambahan, boleh juga try minum air kelapa (yang asli suci murni tu). Manis semulajadi, ia juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral untuk pulihkan keadaan perut akibat sakit gastrik ni.

image

  1. Halia

Mengandungi anti-inflamasi dan anti-bakterial yang merawat jankitan kuman dan bakteria dalam perut tu, malah mengurangkan simptom gastrik cam sakit perut, loya, dan poot poot kentut ๐Ÿ˜›

Favorite Shai juga kalau tetiba sakit perut memulas: buat teh kelat dengan hirisan kecil halia. Insya Allah dalam sejam eloklah tu. ^^v

Air halia juga berfungsi sebagai agen detoks, untuk membunuh kuman dan mengelurakan toksin. Klik sini juga, untuk mengetahui manfaat air halia sebagai detoks, untuk turunkan berat badan

  1. Kunyit

Satu lagi personal favorite Shai. Serbuk kuning ni mengandungi bahan dipanggil curcumin yang bersifatanti-bakteria dan juga merawat inflamasi yang legakan keperitan dan rasa terseksa gastrik. Sebagai persediaan, buat serbuk kunyit ni dalam kapsul dan telan. Karang kuning gigi pulaknya.

image

  1. Yogurt

Bahan makanan yang bagus untuk perut kerana kandungan probiotik melawan bakter H.pyolri dalam perut (benda alah tu lah yang buat sakit gastrik tu) serta melindungi tisu perut dari dirosakkan bakteria tersebut.

Amalkan dalam bentuk botol atau supplemen dengan berterusan, insya Allah bakteria tersebut dapat dibuang sepenuhnya. ๐Ÿ˜€

  1. Jus perahan kentang

Boleh cuba ni, jus potato ini bersifat antacid dan beralkali (anti asid) dan berupaya untuk memulih kecederaan yang berlaku akibat sakit gastrik yang pedih, serta stabilkan kembali kandungan asid yang sedia ada dalam perut.

Buat perahan jus ini dan minum sebelum makan, untuk melindungi perut siap-siap.

Konsultasi gastrik dengan Shai?

Jika suka dengan penerangan Shai setakat ini, alhamdulillah syukur. Inshaa Allah kalau whatsapp Shai untuk one-to-one chat pasti lebih membantu korang lagi.

Shai akan buat konsultasi yang sesuai dengan keperluan dan keutamaan diri, serta bajet anda. Cuma tahan sabarlah ya sebab kalau Shai buat konsultasi ni akan berjela-jela punya cerita untuk bantu korang dapat info yang penuh (selain tak reti nak adjust2 info, asal berkait semua aku cerita. haha)

Perbincangan simptom dan langkah pencegahan gastrik. Banyak lagi whatsaap chat gini, panjang berjela semuanya ๐Ÿ˜›

Ebook Khusus untuk Sakit Gastrik Yang Dialami dan Penyelesaiannya

Hasil dari pengalaman konsultasi ini (termasuk juga pengalaman sendiri yang menyeksakan :P), Shai ada buatkan satu ebook yang merangkumi segala aspek berkaitan tentang gastrik dan sistem penghadaman kita.

Dalam ebook ini, ada:

  1. Penerangan yang padat dan mudah dengan gambar jelas,
  2. Tools/jadual yang membantu korang (dan juga doktor korang) untuk setelkan isu gastrik ni
  3. Memudahkan korang untuk rangka diet, rekod makanan/ubatan yang diambil, serta pelbagai senarai dan panduan makanan yang boleh dan tidak untuk gastrik, dll untuk rujukan korang.

3 ciri-ciri ebook ini yang boleh digunakan selagi mana korang alami gastrik, dengan RM10 sahaja dan info yang terkandung relevan sampai bila-bila kerana sentiasa di update dengan info baru.

Senang, korang terus buka ebook ini bila sakit gastrik datang, walaupun tengah malam sekalipun, masa klinik dah tutup. ๐Ÿ™‚

Ya, Shai maklumkan awal-awal, ebook ini harga promo padaย RM10,ย sebelum kembali ke harga asal.

Klik gambar ini jika korang tak nak sakit sebab gastrik korang lagi.

Semoga bermanfaat untuk anda!

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

8 Comments

  1. camne cara makan kapsul kunyit tu? berapa. kapsul kunyit sehari kena ambil?

    • Saya pernah ambil, 1 kapsul sebelum tidur. buat sendiri dengang beli kunyit timbang dari kedai rempah dan masukkan dalam kapsul plastik boleh telan tu. ๐Ÿ˜€

    • Ya betul tu. Saya sendiri mengamalkan kapsul kunyit yang dibuat sendiri. ๐Ÿ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge