Resipi Buih Susah Letup

Resipi ini tak berkaitan dengan makanan ye. Hehe..sekadar resipi buih susah letup cuba jaya yang Shai buat tempoh hari – tak sangka menjadi! Lai lai Shai tunjukkan resipi nak membuatnya. 😀buih susah letup unpoppable bubbles (1)Resipi Buih Susah Letup

Shai stumbled upon resipi ni masa dok browsing-browsing 9gag dulu (haha..Shai dulu aktif dalam 9gaggers jugaklah) dan ada resipi unpoppable bubbles ni. Dan bahan-bahannya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan untuk resipi buih susah letup

  • Secawan air
  • Serbuk pencuci Joy
  • Gula dalam secubit
  • Tepung jagung

Bahan-bahan ini dicampurkan dalam satu bekas dan digoncang hingga sebati. Shai gunakan sunlight je, dan guna botol bekas air mineral ni untuk test.

resipi buih susah letup

Yang kelakarnya, time kita buat resipi ni jugak en.somi ada belikan beberapa solution bubbles, pistol buih, dan juga tempat tiup buih dari Daiso. Haha..apa lagi esok paginya kami test solution resipi buih susah letup ni.

Tahan lama ke buih ni?

Terbukti tahan lama bebeh! Cam dalam gambar ni, buih yang ditembak guna pistol buih tu, buih-buih ini ambil masa dekat 10 minit jugak untuk meletup. Kalau tak diusik, dia dok diam punya je.

hihi..dah berbentuk strawberi je buih tu

hihi..dah berbentuk strawberi je buih tu

Sampai berbekas kat kereta tu hehehe.. sayang anak punya pasal.

Cer kawan-kawan buat resipi ni, best giler sebab buihnya steady je tak letup-letup. Dan sekarang kat rumah ada banyak stok solution buih dan pistol, boleh kata tiap-tiap malam main dengan Naz sampai melekit lantai dengan sabun hehe. Kadang-kadang juga gatai tembak pistol buih keluar dari kereta yang bergerak, damai je tengok. ^^v

signature mommylotte

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

6 Comments

    • Sama-sama. Best buat ni, hari-hari kitorg main. 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge