#Humor – Amalkan Ini Bila Datang Ke Rumah Untuk Beraya 

Raya ni kawan-kawan akan balik beraya di mana? Shai ucapkan Selamat Hari Raya siap-siap pada pembaca dan doakan korang selamat dalam perjalanan pergi dan pulang (dan tak jem sangat balik nanti hehe). Saja-saja nak menulis, mengenai adab-adab berziarah yang sedikit sebanyak melalui pengalaman sendiri. ^^v

Warning. Entri ini agak sarkastik.

beraya ke rumah

Antara amalan semasa hari raya dan sangat3 digalakkan dalam Islam mestilah amalan ziarah melawat datang rumah ni – kita kenal-kenal anak sapa, mak mana, dan juga boleh rapat-rapat tambah kawan baru kalau ada yang kita boleh klik, selain update perkembangan terkini. Yelah, mana tahu kalau ada saudara mara yang susah boleh kita rapat-rapat dan bantu untuk mereka. 😀

Dalam Islam khususnya, ada perincikan beberapa adab yang bukan sahaja semasa berziarah, sebelum nak ziarah pun ambil kira juga, untuk pastikan bila kita melawat dan pulang happy2 sentiasa.

Contohnya:

Adab Sebelum Berziarah Rumah

Memilih masa yang sesuai untuk melawat. Biasanya waktu 10 pagi hingga 9 malam kira oke kalau tuan rumah memang dok rumah dan tidak ada urusan lain yang perlu dilakukan.

Memaklumkan untuk datang, sebaiknya sehari dua sebelum melawat atau kalau emergency/kebetulan dekat-dekat dengan rumah, 30 minit oke lah tu. Khusus untuk isteri tuan rumah, beri peluang masa sikit untuk nampak kemas, buat air dan hidang makanan, serta susun cantik2 rumah untuk sambut kita datang ni. 😀

KLIK SINI untuk ketahui cara terbaik untuk maintain bertenaga di bulan puasa
KLIK SINI untuk ketahui cara terbaik untuk maintain bertenaga di bulan puasa

Adab Waktu Berziarah Tuan Rumah

Bagi salam. ^^v Dan sebaiknya berdiri dengan berjarak dari pintu rumah (jika ia terbuka). Bukan apa, dok bagi salam dengan muka tersembul kat pintu nampak isi tuan rumah yang tak tutup aurat kan awkward  jadinya.

Bersalaman yang applicable je, sambil2 minta izin nak masuk

Mengawal pandangan. Tak elok mata gatai nak buat analisis terperinci pinggan brand apa dia pakai, dan kain langsir jenis apa yang dia guna. Tuan rumah pastilah tak selesa.

mata tu dijaga sebaik mungkin (ihsan pakcik Google)
mata tu dijaga sebaik mungkin (ihsan pakcik Google)

Perlu juga kita ambil berat keadaan tuan rumah dengan memendekkan waktu menziarah. Selain masa yang dikongsi lebih bermakna, masa yang optimum yang singkat tu juga membantu tuan rumah untuk bersedia menerima tetamu lain.

*ini termasuklah kalau kebetulan ada cerita best kat TV masa menziarah rumah, tak perlulah nak melepak tengok cerita habiskan kuih biskut raya yang ada. Kalau nak juga tengok, balik rumah dan download. Hehe..

biskut raya tart nenas
tart nenas, peberet Shai all the time! (ihsan pakcik Google)

Tabiat Perbandingan Dan Sikap Kompetitif

Dan sebaiknya intipati cerita biarlah yang baik-baik dan ambil berat sahaja. Tak perlulah nak update untuk banding anak siapa paling hebat (dan bambam kalau yang samada bf dan fm), kerja siapa paling power, mahupun kereta siapa paling besar.

Lighting_McQueen_HKDL
kalau kereta layanzz untuk dibawa ketika raya apa salahnya kan?

Leceh. Dan tidak membantu dari segi perasaan, apatah lagi dikalangan yang tak berperasaan bersaing sebegitu, yang tua pula lebih-lebih. Hari raya kan untuk bermesra-mesra. ^^v

Adab Selepas Berziarah Tuan Rumah

Dah kenyang dengan makan dan update cerita (bukan gosip) terbaru, bolehlah slow2 gerak dengan minta izin tuan rumah untuk pulang.

Kalau boleh, bagi duit raya atau hadiah kepada anak-anak kecil 😀

Kesimpulan

Moga tahun ini kita beraya dengan suasana yang positif dan gembira penuh mesra je.

Dan selamat Hari Raya kawan-kawan semua 😀 😀

signature mommylotte

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

1 Comment

  1. Peringatan yg bagus sebab raya 2016 dah nak dekat ni.
    Kalau yg bawa anak, bgtau kalau dpt duit raya, balik rumah baru buka. Jangan buka depan tuan rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge