Asal Shai Mula Ambil Budu

Haha..apa punya entri da.. Saja-saja Shai nak kongsikan mengenai pengalaman Shai ambil budu. Yelah, kita orang Penang yang tak pernah-pernah jejak Pantai Timur (sekali je kot, pergi konvoi family dulu-dulu) Jadi bila masanya nak merasa budu kan?

Budu, dari Photo by Ivan Ng ( http://food.recentrunes.com )
Budu, dari Photo by Ivan Ng ( http://food.recentrunes.com )

Walau dah masuk matrikulasi dan berkawan-kawan dengan orang belah timur pun Shai still takda β€˜kekuatan’ nak test budu. Tapi kalau sambal belacan on je. Lagi pedah sampai meleleh air mata lagi bagus. Shai ni kuat sket makan pedas dan kalau tak pedas tu rasa kureng je.

Akhirnya merasa budu

Nak dijadikan cerita, akhirnya kita cicah nasi dengan budu juga lepas kawin dengan en.somi (ore Besut tapi ngaku hok kelate. Hehe). Pertama kali makan rasa masin jugalah ^^v.

Lama-kelamaan dah terbiasa pula dengan tangy and salty flavour nya, jadi selepas tu (lebih-lebih lagi ketika duduk di Besut), kalau ada nasi ulaman tak kisah punya cicah-cicah budu ni. Janji layan. πŸ˜€

Dan sekarang juga begitu, cuma kalau ada bahan-bahan lain yang cukup resipi, Shai lebih suka buat resipi budu blended yang lebih kick dan layanzz. Alang-alang, budu ni ada antioksida kan?

Yang kelakar dulu, masa kat rumah takda kicap kan (lupa nak beli), Shai tuang suku botol budu buat kuah makan nasi dengan ayam.adoiyai.. πŸ˜›

budu
KLIK SINI untuk resipi

Kawan-kawan camna? Make budu dok?

signature mommylotte

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge