5 Tips Pemudah Cara Ketika Berpuasa

Salah satu benda yang agak memberatkan orang untuk berpuasa adalah perlunya untuk menahan lapar dan dahaga lebih dari 10 jam sebelum waktu berbuka (kat luar negara pun sampai 20 jam tau), namun jika dikirakan, berpuasa ini banyak manfaatnya, sehingga yang mat saleh pun ada amalkan tau. Dan semestinya ada cara terbaik untuk kita urus dan aturkan agar waktu berpuasa pun kita tetap steady macam hari-hari biasa.

Kebaikan Berpuasa

Terdapat banyak kebaikannya kita berpuasa, apatah lagi di waktu Ramadhan bererti pahala melimpah-limpah masuk kedalam poket kita.

Selain itu ia memberi peluang pada organ, khususnya di usus untuk berehat dari memproses makanan dan mencuci sisa dan keladak yang ada dengan bersih, dan juga mengeluarkan toksin yang terkumpul dalam aliran darah untuk dikumuhkan dengan sempurna.

Good-bacteria usus detoks

Usus kita yang mengandungi bakteria bagus,untuk bantu mencuci usus dengan lebih mudah dan berkesan

Untuk mendapatkan manfaat berpuasa dan pahala sebaik mungkin, perlunya untuk kita buat perubahan kepada gaya pemakanan kita seharian.

baby-asleep tired letih penat

5 Tips Untuk Bertenaga Dan Mudah Ketika Berpuasa

1. Pastikan Tubuh Sentiasa Mempunyai Kandungan Air Yang Cukup

Waktu berpuasa adalah di mana tubuh kita akan berehat dari mencerna makanan dan fokus untuk kumuhkan pelbagai bahan kotor yang dah terkumpul di dalam organ dan tisu, maka pengambilan air yang cukup adalah sangat-sangat perlu untuk elakkan anda letih dengan teruk ketika berpuasa.

2. Elakkan Atau At Least Kurangkan Minuman Berkafein Dan Bergula

Kandungan kafein dan gula hanya akan menyebabkan air masak yang diminum digunakan untuk mencairkan dua komponen ini. Kalau tak boleh juga, limit pada segelas sahaja.

gula-gula

3. Lebihkan Pengambilan Protein Dan Karbohidrat Kompleks Dalam Pemakanan

Kedua-dua jenis makanan ini bernilai glisemik yang rendah dan akan membantu memberikan anda rasa kenyang dengan lama. Ambil ekstra lauk dan oat/roti gandum lebih-lebih lagi ketika bersahur untuk tenaga yang konsisten sehingga berbuka.

*Nota: Tip ini amat perlu jika anda telah/cenderung untuk mengalami sakit gastrik. Klik sini untuk ketahui samada anda ada mengalami tanda-tandanya.

roti gandum wholemeal bread

dua item ini bagus dimakan waktu sahur

4. Lebihkan Sayur Dan Buah-Buahan

Spesifiknya, cukupkan segala macam vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh sebab benda-benda ini yang akan digunakan sekali dengan air untuk neutralkan bahan kotor dan keladak dalam tubuh masa tengah berpuasa tu. Kalau tak mampu nak telan 3 mangkuk sayur sehari, ambil multivitamin terus, habis cerita. ^^v

healthy food

Tips sayur dan buah ini amat penting lagi-lagi jika anda mengalami gastrik (kerana penghasilan asid yang berlebihan). Klik sini untuk senarai umum makanan yang anda boleh ambil jika sakit gastrik, serta penawar segera untuk gastrik.

5. Amalkan Hidup Sihat

Ya, masa berpuasa juga bukan alasan untuk skip apa sahaja rutin yang sihat tau, hanya ganti dan adjust mana yang perlu – contohnya kalau biasa jogging petang, ganti lah dengan terawih 4 rakaat ye dok. Balik terawih tu jogging lah sat. Hehe.. Klik sini untuk baca perkongsian bagaimana anda boleh workout, walaupun di bulan puasa.

healthy_family

Sambil-sambil tiu, apa sahaja amalan yang tidak sihat seperti melepak lepas makan, merokok,ataupun tidur selepas makan, sebaiknya dielakkan untuk tubuh membiasakan diri sihat dan aktif.

Buat penat je tubuh detoks masa berpuasa, kita tambah benda yang bukan-bukan semula +.+

Insya Allah, lepas habis bulan ramadhan mesti rasa lain dan lebih sihat. 😀

Untuk ketahui apa yang berlaku dalam tubuh anda sewaktu berpuasa, klik sini. Shai buat dalam bentuk infografik yang menarik. 😀

Perhatian!

Khusus untuk ibu yang masih menyusu dan mahu kurus dengan selamat pada masa yang sama, untuk berpuasa pastinya membebankan tubuh anda.Untuk itu, Shai sediakan ebook khas untuk ibu yang masih menyusu, yang mahukan solusi terbaik dan kekal kurus. Ya, Shai sendiri sampai hari ni pun masih amalkan cara pemakanan Atkins tau. 😀

Cover ebook seperti di bawah, Cantik tak? ^.^

Ebook ini agak tebal, shingga 70m/s, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar. Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai ebook Atkins untuk Ibu Menyusu ini.

signature mommylotte

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

3 Comments

    • sangat betul.lagi-lagi pada awal minggu berpuasa 😀 detox all out

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge