Resipi Budu Blended Shai

Kerana resipi buat cicah ni, Shai pernah makan nasi sampai 5 pinggan dalam satu masa. Perghh.. mama buat variasi resipi budu ni, tak boleh blah rasanya. Terangkat you! Dan yang bestnya, resipi ini sangat mudah dibuat, dan tahan juga dalam seminggu. Lai-lai..copy resipi ini dan buat untuk makan sat lagi.

budu

Resipi Budu Blended Shai

Straight to the point ja, copy dan buat resipi ni terus tau.

Bahan-bahan yang diperlukan (cukup untuk sebekas besar)

Potong kiub kecil/halus 3 bahan ini, dan masukkan terus ke pengisar

  • 1 Β½ biji bawang merah besar
  • 1 biji tomato besar
  • 3 biji cili padi (hijau atau merah tak kisah)

Tambahkan 4 bahan ini ke pengisar tadi dan blend.

  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil bukit gula
  • 3 sudu budu (elok cap Ketereh tu)
  • ΒΌ cawan air

Kisar sehingga bahan tersebut sebati betul-betul dan tuangkan ke bekas yang disukai, tambahkan 2 biji perahan limau kasturi dan kacau sebati, kemudian sejukkan sebentar bagi uumph sikit.

Variasi yang boleh dibuat

  • Kalau budu/garam lebih akan lebih kick
  • Budu ekstra warna gelap sket
  • Gula/limau kasturi ekstra akan lebih manis
  • Tomato ekstra akan berwarna merah
  • Bawang ekstra, lebih manis dan lebih banyak β€˜paste’ dia

Ni hasil Shai buat budu blended hehe..

 

Try lah buat dan kongsi-kongsi hasil kawan-kawan buat budu blended ni πŸ˜€

signature mommylotte

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge