Bukan Sekadar Berdiri Atas Kerusi

Tempoh hari Shai ada kongsikan pada kawan-kawan, yang Shai excited giler lepas confirm dapat pergi ke seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada  21-24hb Mei di menara PGRM Cheras. Tak dapat dibayangkan betapa bersyukurnya dapat pergi, sebab dari hari kita pergi ke seminar Hidup Luar Biasa dah teringin nak pergi tapi risau fikirkan siapa nak jaga Naz mucuk nanti kan.. dan alhamdulillah, Allah permudahkan jalan. 😀

Sebahagian Persiapan Ke IMKK

Kebetulan (pastinya bukan sebab Allah yang tentukan, betul tak?) mama ada kat rumah di Seremban, Shai balik 3 hari lebih awal untuk bagi Naz biasakan dengan neneknya. Amboi, mentang-mentang cucu balik, bukan main beli macam-macam manjakan Naz. Mucuk ni pula awal-awal cam malu-malu tapi lepas dah warm up dia pulak yang aktif

Follow IG kita yang ada sebelah kanan entri ini, serius korang tak sangka macam mana Naz boleh warm up dengan uncle dia. Comel sangat!

sukalah dia tengok Disney Channel dengan skrin beso. -.-“

Sambil duduk di rumah rehat sedikit dalam menyediakan kerja siap-siap, sempat manja-manja dengan mama untuk ajar buatkan kek coklat kukus. Okeh, bab gini Shai mengaku siap-siap; dari awal kawin memang tak reti masak (nak buat nasi goreng pun rasa begitu kompleks) apatah lagi nak buat kek atau biskut raya – kirim salam sajalah.

healthy food
Dulu, I kirim salam je lah kalau nak masak-masak nih. Hehe..

Mama memang pro bab2 ni, you can practically ask her to whip up any cuisine. 😛 Anak perempuan dia sorang ni yang agak hopeless feminist.

KLIK SINI kalau nak tahu macam mana Shai boleh ‘berhijrah’ sampai pandai masak. Hehehe..

kain batik
oh ya, even dulu Shai sangat anti dengan kain batik atau apa sahaja yang berkain. hehe.. Sekarang lain, kena ayu. XD

Buat kek tu pun, sebab birthday en.somi 21hb Mei tu. Takmolah asyik rely pada kek beli walaupun kita tahu sedap kan. Nak gak air tangan bini kannn..

Dan semestinya, penyediaan supplemen yang sesuai dalam program ini perlu juga (dekat 16jam kot program) jadi Shai sediakan OmegaGuard untuk minda (apa bezanya dengan fish oil lain?) , Vitamin E untuk maintain kulit chantek, dan of course yang peberet ESP.

Maka pada 20hb tu, Shai on board naik komuter (selepas beberapa tahun) untuk berjumpa en.somi dengan Farina (CFO company en.somi) di KL Sentral, sebelum tidur kat rumah Umairah (COO company en.somi) di Gombak, yang dekat dengan Cheras.

*korang, sejak bila tiket komuter jadi macam resit? Dulu bukan kad warna merah tu ke..

Bermula Program IMKK

Pendaftaran bermula pada hari Khamis tu, dari 8am-2pm, maka kita rilek2 sket dengan daftar pada pukul 10am gitu, dan rehat di tempat seminar, sementara menunggu ia bermula pada pukul 2pm.

Mula program, adalah dengan bersenam ringan sket dengan muzik yang beats memang club-worthy lah (selection includes Flo-Rida tracks, Sia, LMFAO, Lady Gaga) anything yang bass dia memang layanzz.

Seminar ni untuk menari dengar lagu hedonisme camni ke? Tunggu dulu…

imkk (4)
Dalam program, jelas tertulis tak dibenarkan untuk rekod/ambil gambar sepanjang program berlangsung. Tapi masa ni DAO bagi keizinan, apa lagi semua dok snap dan selfie.

Rutin Program IMKK

Permulaan program adalah berkenalan dengan Dr.Azizan Osman sendiri, serta memulakan sesi kelas dan mencatat nota – dan rutin ini berulang sepanjang 4 hari program – habis dalam pukul 12am gitu.

Jadi secara asasnya, habis pukul 12am kami akan balik untuk tidur, dan bangun semula dalam 530am untuk bersiap dan tiba di PGRM pukul 7am gitu untuk daftar dan cop kerusi duduk.

Selain itu, kami juga perlu menyiapkan beberapa tugasan dalam buku, yang ditetapkan dalam sesi perbincangan dan perkongsian.

Dan percaya tak, sepanjang Shai join, ini adalah salah satu program yang orang akan berebut untuk duduk di seat depan.

Sinopsis Program IMKK

Secara ringkasnya, program ini bertujuan untuk push kapasiti limit dan minda kita yang apa sahaja yang kita impikan, tidak mustahil – sikap skeptik dan pesimis ni terlalu normal dalam budaya kita sebenarnya.

Bukanlah suruh kena set target bagai nak rak (apalagi nak fikir duit je), tapi set target yang sesuai dengan kemampuan dan kapasiti kita dan yakin apa yang kita minta itu tidak mustahil untuk Allah makbulkan, dengan langkah dan cara yang kita perlu lakukan dari awal lagi.

Dan of course, niat tu, untuk membantu orang lain dan menambahkan saham akhirat kita.

dr azizan osman imkk (2)
Pakat-pakat posing. Mana tau masuk frame kan. Shai dok row ke-8 dari depan tu, jumpa tak? hehe

Kesimpulan

Harga program memang mahal serius namun Shai sangat-sangat yakin ia sangat bernilai untuk sesiapa yang nak berusaha memperbaiki diri secara fizikal dan spiritual.

Tak kisah pun korang bisnes ke atau kerja atau tak kerja langsung, ia program untuk semua peringkat umur, dan ia amat membantu untuk membuka minda kita secara telus dan merapatkan diri dengan Allah tanpa ceramah yang bombastik. Semua perkongsian adalah santai, namun boleh jadi sentap pada sesetengah orang.

Ada yang kata IMKK ni macam kursus kahwin, ada yang kata macam kem untuk keperibadian anak, selain program berkaitan kewangan – dan ya memang pun, IMKK merangkumi semua yang ada dalam diri kita.

imkk intensif magnet kekayaan dan kejayaan
Posing sekejap dengan en.somi

Nak cerita panjang lebar, kan korang pening-pening pula. Benda tak nyata ni susah nak explen. Hehe.. Tapi yang pasti, ni pelaburan yang takkan merugikan korang. In fact, korang pulak rasa macam nak program ini berjalan sehingga 4 minggu, sebab tenaga dan aura positif sepanjang sesi sangat mengagumkan, dan ia tak mustahil untuk dicapai.

Senarai Apa yang perlu disediakan sepanjang program IMKK ni?

Bawa botol air dan pastikan anda minum banyak air sepanjang program berlangsung kerana tempoh itu minda dan tubuh akan detoks dengan agak intensif (haruslah dengan namanya kan). Ada yang sampai demam seminggu tau. Shai pula, seluruh kepala pening2 je masa tu.

Nak bawa biskut/gula-gula/jajan pun boleh dan crew yang terlibat akan bekalkan juga ketika waktu rehat. Kalau makan yang berat2 tu, kena cari sendiri lah (akan diberitahu dalam lampiran yang diemelkan).

TIP: Beberapa hari dan sepanjang program, digalakkan untuk kosongkan hati dan minda, agar mudah menyerap ilmu dari guru yang mengajar. Harga seminar ini satu hal, ilmu tu elok diberkati juga. 😀

Nerve-Cell-4 brain otak
memang banyak neuron terbina dan terhubung sepanjang program ini

TIP LAGI: Hati-hati ketika memilih makanan. Hari ke-2 Shai ada sedikit food poisoning makan gerai tepi jalan (sabo je la), termiss juga sesi malam selama 2 jam. Syukur, krew yang ada amat membantu kita masa tu. Sakit woo..

Seatnya diasingkan lelaki dan perempuan, jadi don’t worry ya.

*Next program IMKK bulan September ni di PGRM juga. Korang terjah kat page Dr.Azizan Osman untuk tanya tentang program, tempat, dan seat yang korang nak

*Ni bukan  review berbayar, tapi perkongsian yang ikhlas. 😀

*Korang ada yang dah pergi? Share lah kat sesi mana korang pergi dan pengalaman. 😀

signature mommylotte

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

3 Ulasan

    1. Salam sis Aine. Saya stay di rumah kawan yang berdekatan Cheras. hehe.. waktu imkk kedua di IDCC, di hotel pegasus tu. 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge