Ikea Hack Dekat Rak Besi Hyllis

Amboi, sejak banyak surf2 ni bukan main dok cari cara terbaik untuk hack perabot ikea yang ada ni. Dan antara yang paling menjadi perabot kegemaran Shai selepas sofa Klippan (yang biasa punya, kureng sket dengan leather) ialah rak Hyllis. Lepas dah beberapa kali pasang (ada 3 rak dekat rumah kot, dan Shai planning nak tambah lagi. Hehehehe), Shai berani nak hack serba sedikit rak Hyllis yang ada. Cer tengok, mana tahu korang pun boleh guna. 😀

Rak Hyllis

Rak hyllis yang Shai ‘taksub’ sangat ni, adalah rak yang simple ja. Hanya perlukan screwdriver dan ikut panduan yang diberikan, dalam 30minit pun boleh siap pasang.

Untuk hack rak jenis ini. Hanya melibatkan shelves dan penggunaan skru utuk pasakkan rak tersebut. Nothing special, really, tapi ia sangat membantu untuk kegunaan di rumah, lagi-lagi yang ada anak kecil yang buas dan semua benda nak capai macam Naz ni. T.T

Hack Untuk Rak Hyllis

Contohnya seperti rak ini yang Shai gunakan untuk dalam bilik tidur, Shai decorate lah sedikit dengan membalut papan besi shelves tersebut dengan pembalut bercorak. Kalau tak nampak boring atau terlalu ‘industrial’ dengan efek besi pula. Hehe..

hack ikea hyllis (3)hack ikea hyllis (2)

Untuk shelve atas tu, Shai dapat idea untuk pasang nya secara terbalik, kerana ia memudahkan juga untuk letak barang2 dan mengurangkan kebarangkalian untuk jatuh pecah berkecai. Hehe.. boleh juga semua shelves dipasang begitu – ia terpulang pada keperluan diri. 😀

hack ikea hyllis (1)

Manakala untuk penggunaan skru, Shai gunakan aja skru yang telah dibekalkan, Cuma untuk dua skru diatas, Shai gunakan skru yang agak panjang sedikit, agar dia terkeluar begitu, dah boleh digunakan untuk menyangkut baju/pakaian.

Tip: pastikan skru yang yang hendak digunakan untuk menyangkut baju, dipasang selari pada bahagian shelves yang telah dibentuk/dilipat ke dalam, ada kalau tak skru tu akan tolak keluar besi tu, terkepak tak cantik pula.

Korang ada rak Hyllis? Camna korang hack pulak, lain tak dengan Shai buat? Share lah di komen ya. :

signature mommylotte

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge