Push Kapasiti Kita, Hari-Hari

Sesuatu perkara yang tak dijangka bila masuk order artikel dari fiverr, biasanya ia adalah regular order freelance penulisan artikel ini satu dua ja, bernilai $10 gitu. Tapi tetiba pula masuk order, bernilai $130. Oh no..panic attack. Apa patut Shai buat??

Silap kita juga yang tak sangka langsung dapat order sebanyak tu, sebab dateline nya adalah sekitar 5 hari namun untuk order kali dia ini, client siap order yang perlu dihantar dalam masa 24 jam (extra $5). Apa lagi, memang melompat dan kalutlah kita. :___D

Mula Menulis Order Freelance Dengan Gigih

Aduhai, panik sekejap dan selepas berkira-kira, Shai maklumkan kepada client tersebut agar cancel sebab tinggal beberapa belas jam sahaja lagi (dari total 24 jam tersebut) namun client kata tak kisah pula.

Ok, mula planning untuk menulis. Fuuh.. Tulis dengan steady dan berterusan selama beberapa jam, menggunakan suatu app (akan Shai review nanti) untuk paksa diri menulis, kerana kelemahan Shai ni, suka sangat bertangguh. Hehe..

freelance writing

Berterusan menghadap komputer menulis, hingga tidak sedar telah petang pun. Dan syukur, siap juga 10 artikel, dengan extra servis yang berjumlah $130 itu. Tangan dan belakang memang dah cramp lah. Hehe.. namun puasa hati, kerana tak sangka, boleh siap artikel sebanyak itu, dalam masa beberapa jam.

Pengajarannya..?

Senang cerita, kunci penting yang Shai belajar ialah sentiasa bertanggungjawab dan jaga amanah yang diberi, walau betapa remeh tugas tersebut (Allah nampak tau). Kita ada ja cara yang sesuai dengan diri untuk push kapasiti hidup kita (samada dalam rutin harian, kemahiran, dan ilmu yang ada) untuk jadi lebih baik dari hari semalam.

Tak bergerak maju ke hadapan, bermaksud kita berada di tempat yang sama kan?

Walau sesibuk mana pun, setiap kali masuk waktu perlu juga solat pada masanya, simply sebab tu kewajipan hakiki dah. Dan yang bestnya, kalau solat awal waktu, kita virtually ‘panjangkan’ masa kita tau.

Kalau tak percaya, cuba buat dalam sehari dan rasa perbezaanya.

KLIK SINI, manfaat solat awal waktu pada rezeki kita dari pelbagai aspek dan arah.

Ada hikmah besar rupanya, dari rezeki yang Allah bagi ni. Syukur.

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk fokus dan capai apa yang anda nak. 😀

signature mommylotte

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge