Nutrisi Makanan Yang Anda Ambil, Masih 100%?

Terjumpa satu status ini, membuatkan kita terdiam sejenak. Dan ia selari dengan beberapa pandangan dari pakar pemakanan (hasil carian pakcik G dan freelance. Hehe), kerana apa yang kita makan sekarang, tak sama sepenuhnya dengan apa yang atuk nenek kita amalkan. Mujarab sekalipun, kesannya agak lambat dan kerana kebanyakan nutrisi makanan yang kita ambil, adalah HAMPAS.

Tersentap kak ton. Biar betik?

Kandungan Nutrisi Makanan Tak Sama Dengan Dulu

Betul lah apa yang dikatakan dalam status fb ini (empunya juga adalah Konsultan Pemakanan Bertauliah), termasuk pelbagai pendapat dan sumber rujukan yang mengatakan, apa yang anda dapat, tak sama dengan apa yang anda ambil.

sebab perlu supplemen

Walaupun pelbagai berita gembira melaporkan tentang pengubahsuaian genetik untuk hasil tuaian yang banyak, buah yang gemuks – kandungan nutrisinya masih rendah berbanding suatu ketika dahulu.

Rujuk sini, analisis dari WorldWatch Institute : http://www.worldwatch.org/node/5339

Kesan yang Dapat dari Kekurangan Nutrisi

Skurvi, kwashiokor (betul ke ejaan ini?) adalah perkataan biasa yang kita tahu dalam silibus sains tentang nutrisi kan? Hehe.. tu mungkin kesan ekstrim yang insya Allah, kita tak kena lah, tapi kita masih berisiko untuk menghidap pelbagai penyakit akibat kekurangan nutrisi vitamin dan mineral yang diperlukan.

Kita ambil contoh dekat ja, kesan yang kita dapat, jika kekurangan nutrisi

Contoh paling mudah, zat kromium yang biasa diabaikan walaupun ia sangat penting untuk monitor dan jaga glukos dalam darah dari berbolak balik dengan laju. Jika ia berlanjutan lama akan meningkatkan risiko anda untuk dapat diabetes. Tambahan pula, makanan ruji kita dalah nasi putih, yang komponennya sama dengan serbuk gula biasa ja.

Terbukti, pesakit diabetik ni biasa kekurangan kromium, dan ia adalah salah satu sub-faktor mengapa anda susah nak kurus (faktor lain ialah organ hati). Untuk itu, elok diambil makanan yang akan mencukupkan keperluan kromium, termasuklah vitamin dan mineral lain yang tubuh kita perlukan.

Bukan itu sahaja, kekurangan nutrisi pun mengakibatkan kita letih dan lesu semacam, kerap pening kepala dan senang kena demam. Malah kalau dah sakit. lambat pula nak sembuhnya.

Untuk orang sibuk, situasi ini lah yang perlu dielakkan atau kerja mereka akan menimbun nanti. Susah pula..

mom running
jadi ibu+jaga anak+jaga suami+jaga rumah+kerja, pasti memerlukan anda melahap pelbagai vitamin dan mineral yang ada

Kalau terluka (hati?) pula, lambat nak sembuh silap hari bulan tinggal parut je sebab kulit lambat repair.

KLIK SINI untuk bacaan lanjut kesan kekurangan nutrisi di WebMD.

Usahakan diri untuk cukupkan nutrisi tubuh anda sebaik mungkin. Percayalah, anda juga yang untung tau. 😉

signature mommylotte

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge