Bila Hati Anda Sihat, Mudah Nak Kurus Sebenarnya

Nak menguruskan badan tu bukanlah satu proses yang mudah (Shai sendiri dah banyak terima komplen dan keluhan dari ibu-ibu yang buntu sangat2 cara nak kurus) namun ia bukannya mustahil pun.

Kadang2, tubuh kita mengalami pelbagai faktor yang menyumbang kepada sebab tubuh kita susah sangat nak slim nih. Contohnya, adakah anda ada periksa tahap kesihatan hati anda?  Mungkin tu lah penyebabnya mengapa anda tak turun2 berat lagi sampai sekarang.

Ya, tahap kesihatan hati kita juga berkait, bila nak bercerita tentang kurus. Ia bukannya sekadar fikir nak buang lemak macam mana, kalau hati pun tak berfungsi dengan optimum, tak guna juga.

Dan masalah kesihatan hati yang dimaksudkan adalah kehadiran lemak hati (fatty liver)  yang berkumpul banyak dalam organ tersebut.

Apa itu lemak hati (fatty liver)?

Secara mudah, lemak hati ini adalah gumpalan lemak yang berkumpul dalam organ hati, hingga menyebabkannya hati kita tidak dapat berfungsi dengan baik.

Hati kita ni, bukan sekadar untuk perasaan tau. Hehe.. Ia adalah salah satu organ detoksifikasi yang utama, berfungsi untuk pelbagai kerja, termasuklah menghasilkan darah, hormon, protein, dan pencernaan lemak.

hati yang sihat dan rosak

hati yang berlemak, jelas kelihatan lemak menyaluti luar hati tu

Ya, untuk pencernaan lemak, hati kita akan menghasilkan satu komponen yang dipanggil Lecithin, untuk pecahkan lemak kepada komponen kecil, sebelum dikumuhkan keluar, jika lemak tersebut tidak digunakan.

Lecithin ni pun biasa digunakan oleh mat saleh kalau nak kurus tau. KLIK SINI bagaimana ia digunakan.

Antara tanda anda mengalami masalah terlebih lemak hati ni, anda buncit/boroi yang tak hilang2 sampai sekarang. Bertambah lagi adalah. Uiks!

Dan ia berlaku disebabkan gumpalan fatty liver ni yang telah menganggu dan seterusnya menyebabkan hati menyimpan lemak tersebut dalam tubuh kita – khususnya disekeliling organ seperti jantung dan pembuluh darahnya, hati, limpa, usus, dan lain-lain (dipanggil visceral fat). Dan secara tidak langsung, telah merendahkan kadar metabolisme tubuh kita dan melemahkan kelenjar tiroid.

Cadangan saya? Pulihkan kesihatan hati dahulu agar anda dapar kurus dengan mudah.

Apa yang perlu saya lakukan pada hati, agar mudah untuk kurus?

Lakukan perkara ini untuk cuci-cuci hati anda dari lemak hati yang dah bergumpal tu, barulah hati dapat bekerja dengan optimum, serta mencernakan lemak dengan lebih efisien.

Kurangkan gula, karbohidrat, dan lemak berbahaya

Ini obvious kot – mengurangkan tiga unsur ini akan memberi kesan yang signifikan untuk nampak perubahan pada hati anda, di mana hati tidak terbeban untuk cerna dulu stok-stok karbohidrat, lemak tak sihat, dan gula yang sedia ada untuk detoksifikasi yang efisien.

good foods bad foods

Banyakkan sayur mayur, lemak sihat dan lemak yang sihat

3 unsur ini terbukti untuk membantu hati dan perut anda – ia tinggi kandungan alkali serta membantu anda untuk kenyang dengan lebih lama.

Contoh sayur adalah macam-macam, pilih aja mengikut selera hati perut anda. Janji takda perisa tambahan yang over-over tau dan segera pada kebanyakan masa.  KLIK SINI untuk baca senarai makanan yang mencuci hati kita.

Untuk protein, ambil makanan yang tinggi kandungan protein (seperti dalam senarai ini) atau dengan lebih mudah, protein shakes pun bagus sebab tepung tu dihasilkan protein semata-mata (malah lebih bagus sebab ada gabungan pelbagai protein dalam satu tin).

Mana satu protein shake yang sesuai untuk saya? KLIK SINI untuk penjelasan penuh.

Protein-Shakes-for-Women

Untuk lemak yang sihat, minyak seperti zaitun, kekacang, serta minyak ikan – minyak ini tinggi kuasa anti-inflamasi untuk pulihkan kecederaan hati akibat lemak bergumpal tu, serta membantu untuk rasa kenyang dengan lama.

Shai guna sendiri ni, minyak ikan untuk bakar lemak, baru tahu dia juga mencuci hati kita. Hehe.. KLIK SINI.

Tonik untuk hati

Yang tonik ni, elok diambil sebab ia berguna untuk boost kecekapan hati kita. Biasanya tonik ni dibuat daripada herba terpilih, yang terbukti berzaman untuk pulihkan kecederaan hati, buang lemak bergumpal tu, serta kurangkan bebanan hati untuk kumuhkan bahan buangan.

Contoh herba yang biasa digunakan untuk cuci hati ini adalah milk thistle, dandelion, rempah kunyit, dan sayur bit (femes di US). KLIK SINI untuk senarai penuh herba-herba tonik hati yang ada.

kandungan dtx complex

antara senarai herba yang biasa digunakan oleh mat saleh untuk kesihatan hati

Ada tak tonik hati yang bagi kesan cepat? KLIK SINI.

Tentang lecithin, tubuh kita dah hasilkan pun. cuma tu lah, bila makin tua, makin slow jumlah lecithin yang dihasilkan,menyebabkan tubuh akan menyimpan lemak yang tak sempat dicernakan (tambah lagi kita tak diet, masaklaa). KLIK SINI untuk info lanjut tentang lecithin, yang khusus untuk kurus, atau KLIK SINI untuk tahu bagaimana ia digunakan. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge