6 Makanan yang Ada di Dapur Mencuci Hati

Dengan gaya pemakanan kita pada hari ni yang agak kompleks tapi ‘segera’ berbanding zaman tok nenek moyang kita, tak terkejut lah kita kalau dikatakan tahap kesihatan hati dikalangan kita agak tak sihat sebenarnya. Malah, kita sendiri tak sedar tahap kesihatan hati kita dah capai tahap kritikal, melainkan bila dah kena buat appointment dengan doktor. Maka elok kita ambil makanan yang mencuci hati kita.

Pelbagai fungsi hati yang dia lakukan untuk kita tanpa sedari jadi sayang bebenor kalau kita abaikan dengan makan dan ambil apa sahaja ikut selera nafsu kita.

KLIK sini untuk ketahui fakta menarik tentang hati kita. Mesti tak sangka punya.

Secara mudah, memandangkan kita asyik makan makanan yang bebankan hati kita sampai dah bergumpal lekat likat toksin dalam hati (sampai luka-luka jadinya), apa kata kita makan makanan yang mencuci hati, seterusnya mengurangkan beban hati agar ia dapat berfungsi dengan optimum.

Takdalah hati kita nak kerja OT memanjang ye dok.

Makanan Apa Yang Boleh Mencuci Hati Kita Dari Toksin?

Bawang Putih

Kandungan komponen allicin yang tinggi telah dibuktikan dengan membantu hati untuk mencerna lemak dan stress akibat proses oksidasi (proses ni yang hasilkan radikal bebas, yang buat kita tua tu). Allicin tu bukan dengan sekadar kunyah bawang putih je ye. Hanya perlu potong dan tumbuk agar komponen tersebut dapat diaktifkan sebelum dimakan bersama-sama.

Tip: tumis bawang putih sebelum tuangkan telur yang telah dipukul, untuk sarapan terbaik – gabungan protein dan allicin.

garlic

Sayuran Hijau

Ni haruslah kot. Sayuran hijau yang tinggi kandungan klorofil (bukan klorofom) sangat membantu untuk hati cepat sket cuci-cuci badan kita, dimana ia akan pecah/tukar/gabung racun, toksin, hormon, dan ubatan yang berbahaya kepada yang agak selamat untuk dikumuhkan.

Selain itu ia juga mengelakkan hati dari luka-luka, dipanggil sirosis hati.

Secara umum, lagi hijau sayur tu, lagi bagus untuk hati kita. Mungkin tu sebabnya diet Atkins tekankan mengambil sayuran hijau. Hehe..

good foods bad foods

ambil yang kanan untuk cuci hati kita

Spirulina

Superfood yang menyahkan kolesterol dan gabungkan logam berat yang terkandung dalam tubuh untuk dikumuhkan – mudah sket kerja hati nak cuci-cuci nih.

Spirulina ini juga, mengandungi sumber serat yang tinggi, bagus kalau asyik tak lawas tau. hehe.. KLIK SINI untuk sumber fiber yang terbaik untuk anda.

Lobak

Sayuran ni tinggi kandungan vitamin A yang bantu tubuh untuk serap dan kumuhkan bahan buangan dengan efisien.

Nak tahu sumber vitamin A yang tinggi (alang-alang kulit awet muda sekali) boleh KLIK SINI.

carrot painting

gambar painting lobak kita lukis. KLIK SINI untuk baca pengalaman kita melukis, sampai kena ban untuk prepare UPSR. hehe

Minyak Sihat

Ada juga lemak yang sihat ya? Hehe.. lemak yang tak sihat tu jenis tepu dan trans fat tau. Lemak sihat ni – seperti minyak zaitun dan minyak ikan –  berguna untuk lawan kesan lemak hati (lemak kita terdiri daripada hati pun, dalam 10%) dan mengurangkan jumlah trigilserida dari berkumpul banyak dalam organ ini.

Manfaat minyak ikan terkini dibuktikan untuk kesihatan hati, selain untuk kulit pinkish dan kurus. KLIK kat 2 link yang digariskan tu. 😀

Kunyit

Herba yang mengandungi komponen curcumin, antioksidan yang tinggi dan sangat mengurangkan kesan inflamasi yang berkait dengan pelbagai penyakit, termasuklah kecederaan di hati.

Herba ni asalnya dari India kan, tapi sangat lah femes di US. Sampai tahap kemaruk dengan turmeric kunyit nih.

kandungan dtx complex

Contoh sumber kunyit (turmeric) yang pekat. KLIK SINI.

Adakah mengambil serbuk kunyit memberikan kesan baik kepada hati? Ya, jika tu serbuk kunyit asli ya.

Kesimpulan

Amalkan makanan ini untuk cuci hati kita secara berterusan agar hati kita maintain sihat je. Takkan nak tunggu sampai mata kuning kot. 😛

Selain itu, terdapat juga beberapa sumber herba yang biasa digunakan dalam mencuci hati kita, seperti di gambar atas nih. KLIK SINI untuk baca info lanjut mengenainya.

Ada cara yang mudah untuk cuci hati dengan kesan cepat? KLIK SINI.

tanda penyakit hati

Share artikel ni ya, lagi-lagi jika anda kenali kawan/keluarga yang mengalami simptom di atas ini. 🙂 Moga anda dapat membantu mereka.

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge