Antara Fungsi dan Kerja Hati Kita Hari-Hari

Kalau ditanya apakah fungsi hati kita mesti terkedu sat kan? haha.. Normal lah tu.. biasanya hati melibatkan perasaan yang kita ambil berat sket berbanding hati kita yang sebenar. Lepas baca ni, konfom kita semua akan sayang hati kita betul-betul.ย 

Apakah Fungsi Hati kepada Kita?

Hati sebagai kilang detoksifikasi

Hati ni, secara asasnya adalah tempat dimana proses detoksifikasi yang utama berlaku (selain usus, ginjal, dan juga sistem limfatik yang ada di sekitar dada kita tu), khususnya protein dan makanan yang telah dihadam, serta komponen racun/toksin yang ada dalam sistem kita.

Uiks, macam mana ada toksin dan racun dalam badan kita?

Yelah, yang kita dok makan, hidu, sedut, dan serap segala macam benda yang ada disekeliling kita, boleh kata hampir semuanya mengandungi toksin tau (pollutant orang putih kata). Contohnya macam kita hidup asap lori, terkena pencuci baju kat kulit, sapu krim/lotion pada muka, malah dalam makanan fast food, bersepah komponen yang tak sepatutnya dihadam ada diambil oleh kita.

Maka hati kita yang akan bekerja untuk gabungkan bahan toksin tersebut dengan komponen yang kurang beracun sket, untuk dikumuhkan keluar.

Bagaimana untuk boost fungsi hati agar ia mudah cuci-cuci? KLIK SINI.

detox-pathways
punyalah power hati ini, sampai ada dua fasa untuk detoks tau

Hati mengawal paras gula dalam darah

Hati juga amat penting, lebih-lebih lagi anda ada atau berpotensi untuk menghidap diabetes. Hati akan tukarkan sejenis hormon tiroid (tiroksina) ke komponen yang lebih aktif untuk permulaan mekanisme biologinya (kalau tak cukup, kita akan menghidap hypotiroid tau) dan seterusnya akan menghasilkan bahan faktor toleransi glukosa (GTF) untuk digunakan insulin untuk kawal paras gula dalam darah.

Kalau tak cukup GTF ni, alamatnya paras gula akan naik mendadak dalam sistem, meningkatkan risiko untuk diabetes.

Insulin ni yang femes dengan penyakit diabetik ni.

Hati untuk cerna vitamin yang jenis larut lemak

Vitamin ni ada dua jenis yang beza larutnya tau. Satu jenis larut dalam air (cam vitamin B dan C) satu lagi jenis larut dalam lemak.

Yang larut dalam lemak ni yang kena hati-hati untuk tak overdose sebab kalau tak nanti jadi toksik. Contohnya cam vitamin A, kalau overdose dan masa tu tengah mengandung, nanti beri kesan serius pada baby. Maka hati akan cernakan lemak (bagi dia saiz kecik2 sket) dan membantu vitamin A, D, E, K untuk serap dengan efisien.

usop bakar lemak

Hati untuk kurus?

Hehe.. betul tau, hati memang berfungsi untuk kurus pun. Secara tak langsung lah, di mana ia perlu untuk pencernaan lemak melalui penghasilan komponen lecithin. Jika fungsi hati berada di tahap yang optimum, mudah lah sikit nak kurus.

Dan selamat untuk dikatakan, orang yang perut buncit/boroi tu biasanya hati dia tak berfungsi dengan efisien, di mana lecithin tak dihasilkan dengan cukup.

Klik sini untuk ketahui lanjut tentang lecithin, serta review saya menggunakannya (walaupun takda penyakit hati oke!).

hati untuk kurus
takkan nak jadi sebelah kiri kot.

Apa akan jadi jika kita tak jaga hati kita dengan betul?

Segala macam simptom akan hinggap ke kita, dan seterusnya akan menjadi melarat kepada penyakit yang sukar dirawat.

tanda penyakit hati
mula-mula kita kena simptom penyakit hati dulu…

 

penyakit hati
Lepas tu melarat sampai ke penyakit

 

Keppentingan fungsi hati ini perlu diambil berat tau, kerana mengikut statistik, penyakit hati ni juga salah satu dari ‘silent killer’ – kita tak tahu bila hati dah sakit (secara medikal ye) sehinggalah ke tahap serius.

Kesimpulan

Dan biasanya untuk mengelakkan penyakit hati ini dari berlaku (lebih-lebih lagi jika anda ada keturunan terdekat yang mengalaminya) amalkan herba ini yang biasa diambil oleh mat saleh, untuk perlindungan hati anda, begitu juga dengan makanan yang ada di dapur untuk hati anda. Tunggu entri tersebut pada 15/4/2015 ya. ย ๐Ÿ˜‰

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge