Boleh Tak Makan Telur Je Semasa Diet Atkins?

Solusi paling mudah, cepat, tanpa perlu pening kepala ketika diet Atkins adalah semestinya dengan mengambil telur sahaja. Takpalah, kita faham lah tu sebab Atkins ni ada struktur dan fasanya, pantang larang kena ambil kira lagi.

Sebab tu sebelum nak Atkins, kena study dan sediakan apa yang diperlukan dahulu, untuk elak dari cheat. Jadi berbalik kepada persoalan, apakah kita hanya boleh makan telur je ketika Atkins?

Pengambilan telur dalam Atkins

Secara mudah, tak apa pun sebenarnya, kerana telur lulus belaka dalam setiap fasa Atkins dan boleh ja ambil, kerana kandungan karbohidratnya rendah dalam 0.6 g saja setiap biji.

Jadi kalau relatifnya fasa 1 had pengambilan karbohidrat dalam sehari adalah 20 g, maka anda boleh makan 33 biji telur sehari!

Sepapan sehari tu weh.. banyak giler.

atkins

Dr.Atkins pegang frying pan tu, ada telur tu ha

Kebaikan Telur

Telur dianggap satu bentuk makanan yang mudah dan tinggi kandungan nutrisinya. Telur mengandungi zink (yang berguna untuk kekuatan kuku dan rambut), karotenoids seperti lutein dan zeaxanthin (yang biasa ditemui dalam makanan yang tinggi vitamin A), lecithin untuk tingkatkan keupayaan otak dan pencernaan lemak (untuk kurus tau!), selain vitamin D untuk melindungi jantung dan dari penyakit kanser.

KLIK sini, untuk ketahui tentang isu pengambilan Lecithin untuk Atkins.

Nerve-Cell-4 brain otak

Lecithin bagus untuk kukuhkan ‘coverage’ sel-sel otak agar berhubung 😉

Telur Bukan Banyak Kolesterol Ke?

Kajian dah buktikan bahawa pengambilan telur tidak akan memberikan kesan buruk kolesterol kepada tubuh anda (yeay!), yang perlu diambil kira ialah makanan yang berproses, mengandungi lemak trans, dan lemak terhidrogen tu lah yang akan naikkan tahap kolesterol HDL kita tu.

Namun begitu, ada kemungkinan risiko kolesterol tetap ada pada anda, lebih-lebih lagi, kolesterol dalam darah dah sedia tinggi (mohon ambil something yang boleh cekau lemak dan trigilserida dalam salur darah ya) atau jenis sensitif pada kolesterol, elakkan ambil lebih dari 3 biji kuning telur ye.

Yang putih telur tu, bedal je.

Dalam buku Protein Power, ada kemungkinan juga anda perlu hadkan pengambilan telur kerana mungkin anda sensitif kepada sejenis asid dalam telur, iaitu asid arakidonik (arachidonic acid) sejenis asid lemak, yang akan menaikkan tahap kolesterol dalam darah (ini khusus kepada yang mengalami alergi, asma, dan kulit merah rashes).

dha

contoh asid lemak arakidonik.

Kalau anda tetiba ada kulit merah-merah dan gatal, cer stop dulu ambil telur dan daging merah. Kalau hilang rashes tu, kemungkinan anda sensitif dengan asid arakidonik.

Kesimpulannya, mengambil telur semasa diet Atkins ni oke ja, cuma berhati-hati ya.

Lebih dari sekadar telur: KLIK SINI untuk dapatkan idea-idea resipi Atkins yang lulus setiap fasa.

Semoga membantu! Pakat-pakat share info ini untuk kebaikan bersama! 😀

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge