Fast and Furious 7: Review

Terus terang dulu, review ini dari perspektif seorang perempuan dan bukannya dari professional drifter ye. Hehe.. Idea nak tengok ni lepas saja2 cadangkan kat en.somi nak tengok wayang, terus dia cadangkan nak tengok Fast 7.

Well, movie2 camni bukanlah my cup of tea but since en.somi cerita ceriti movie ni cam ada purpose dan dia collaborate dengan kerajaan US (yang obviously akan lebihkan negara mereka sendiri) jadi why not nak tengok? Hehe..

Tambahan pula agak curious nak tengok macam mana editor2 movie ni jenuh nak adjust balik selepas Paul Walker mati kemalangan sebelum filem ni habis penggambaran.

On The Way Tengok Wayang

Kami dua bukanlah kaki wayang pun. First time tengok pun movie ice age 4 (jangan gelak) masa kami still fasa dating-nak-tunang. Sebab obvious, saya sendiri kureng nak spend time duduk setempat dalam 2 jam melainkan movie tu terbukti bagus n superb, dan ia jenis movie yang wajar untuk tengok dengan sound system yang power.

Sebab itu, alang-alang ada rezeki lebih ingat nak bagi surprise sket kepada en.somi dengan tengok wayang versi 3D.

tiket wayang fast and furious

Tengok TGV, tengok GSC, tiket 3D yang siap dengan special effect dia mangaih..ada dekat RM60++ gak untuk dua kepala. Takpalah, sekali skala. Lepas google2 kesimpulannya nak tengok dekat Pavillion. Alang-alang boleh buat kerja di ofis en.somi, samada sebelum/selepas movie.

En.somi kata takmo nak 3D sangat sebab yang penting nak tengok storyline dia. Zuhud kununnya. XD

Sampai Gsc Pavillion

Menapak di Pavillion terus naik ke GSC nak tengok pukul berapa di kaunter. Tau2 saja yang paling dekat 3D punya adalah pukul 1045 am dan ketika kami nak beli tiket, dah pun pukul 1050am! Apa lagi, en.somi beli tiket, kita beli makanan (jajan sebenarnya) yang patut. Berpusu-pusu lah kami naik ke cinema atas tu (rupanya kat tingkat atas pun ada kiosk makanan dia daaa)

Tip: Kalau lewat 15 minit pun takpa sebenarnya. Awal2 tu ada trailer, pengumuman dan iklan semata ja.

Review Fast And Furious 7 Tanpa Spoiler

Sinopsis Ringkas Fast and Furious 7

Movie ni sambungan dari prequel sebelumnya Fast 6 dan dari orang yang tak pernah tengok movie Fast and Furious sebelum ini (hehehe) memang banyak kena tanya2 lah dengan en.somi. Basically dia fokus kepada revenge dari orang British Jason Statham kepada kumpulan racing2 ni (khususnya pada Domic Toretto lakonan Vin Diesel), karakter Brian O’ Conner (Paul Walker) jadi  family man, dan karakter Letty (Michelle Rodriguez) yang hilang ingatannya sebelum ini.

Secara mudah tanpa bagi spoiler sangat, filem ini banyak suspen, scene nak naik ke klimaks pun agak panjang tapi cukup untuk bagi kita berdebar-debar nak tengok kesimpulannya, dan (of course lah) action yang kena pada timing tanpa dibuat secara over.

Lagi2 part Letty bertumbuk dengan empat bodyguard (wanita oke) sekaligus, sebab nak hack masuk sistem.

Scene Terakhir

Dan yang agak touching ialah part editor adjust susunan movie ini agar karakter Brian tetap maintain sampai ke minit terakhir. Yang ni memang superb.

Part akhir ini juga diakui oleh review2 movie lain yang sepakat setuju yang paling cantik dibuat sambil mengambil kira pelbagai faktor luaran (sensitviti keluarga).

Apa yang kureng dengan movie ni? Selain ada bebrapa plot lompong yang sekali imbas cam terlalu banyak kebetulan. Ada 3B yang terlalu over. Pandai-pandailah teka. -.-“

fast-and-furious-7-poster-404x600

poster yang sangat menunjukkan ciri-ciri keseluruhan movie ni

Kesimpulan Dari Wayang Ini

En.somi tanya best tak? Kita punyalah excited, terus nak cerita dan mengulas detail2 semula tentang movie tu. 😀

Serius, movie ni kalau tengok di wayang (tak kisah 3D ke biasa) memang berbaloi sampai habis; dan ini kata-kata dari seorang yang tak berapa minat genre movie ini. Even Forbes pun rekomen movie ni sebagai best of the bunch.

Ulasan mengenai seat 3D yang Dbox di GSC ada di sini

Dan ini trailer movie nya.

Korang dah tengok? Share2 lah kat komen ya. Kalau buat pembaca wanita, filem ni boleh layanzz gak. Ada action, ada elemen kekeluargaan. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge