Review! Vitalea for Children

First time dengar, dua tahun supplemen untuk kanak-kanak ni dihentikan penjualan sebab nak baiki formulanya untuk lebih baik – kali ni lebih pekat dan lebih banyak spektrum nutrisi, untuk satu tablet.

Seperti namanya, supplemen ini direka khas untuk kanak-kanak, untuk cukupkan pengambilan nutrisi dalam hariannya – yelah..kadang-kadang yang kecik ni banyak songeh nak makan nasi, dan kadang-kadang tu tak cukup nutrien pula kan. Sebab tu, 1 tablet ni akan memudahkan ibu-ibu nak pastikan anak mereka dapat khasiat yang cukup.

BONUS pula, tablet ni pun sesuai kalau orang dewasa yang tak boleh nak telan – tablet ni boleh dikunyah, dengan rasa anggur masam-masam gitu.

Kalau dah beso pun takmo telan tak boleh cakap apa lah..hehe

Rupa sebotol Vitalea for Children

Sebotol supplemen ini mengandungi 60 biji tablet yang agak besar saiznya. Secara spesifiklah, agak gedabak sebab lebih kurang cam saiz seposen. Hehe..

saiz vitalea

Sebab nak bagi rupa cam gula-gula kot, mempengaruhi budak nak makan. Hehe..

Rasanya agak kemasaman, cam anggur yang sangat masam. Boleh tahan gak lah rasanya. Naz pun, awal-awal dia tolak dulu sebab cam pelik je rasanya. Lepas tu ok dah, siap mintak 3 sekaligus. Hehe..

vitale children2
penutupnya dibuat child lock. sebab sedap sangat kot tablet dia ni. hehehe

Kandungan Vitalea for Children

Ni dia, senarai vitamin dan mineral yang terkandung dalam setiap tablet – spektrum nutrisi yang dilihat melebihi berbanding jenama lain.

vitale children

Testimoni Vitalea for Children dari saya sendiri

Beli pun sebab promo bulan lepas. Hehe.. jadi alang-alang pakat cuba kat Naz ni. Mula-mula dia tolak juga, sebab masam semacam je rasanya. Tapi lepas tu, bukan main suruh kita buka, mintak sebijik-sebijik. Amboi…

Sebab Naz masih dalam julat 3 tahun, kita bagi dia sebiji sehari.

Kebetulan suatu hari tu dia demam, ketika tidur pulak tu tiba-tiba dahinya panas. Tuam-tuam dengan air asam jawa pun tak surut sangat.

Esok paginya seperti dijangka, agak meragam sket lah dia. Nasib baik demam, kita layankan je lah. Bagi dia  sebiji tablet ni, dan sebiji lagi kita larutkan dalam air.

vitalea dalam air

Syukur pula dalam pukul 3 ptg gitu, Naz dah hampir sembuh demam dengan elok – dahi tak panas dan lincah seperti biasa. 😀

Mungkin nutrisi yang ada dalam tablet membantu Naz untuklawan kuman-kuman demam dengan efisien.

Sebab berkesan sungguh tablet ni, saya share kepada kawan saya untuk anaknya. 😀

Kesimpulan

Antara perkara yang positif dalam supplemen untuk kanak-kanak ni:

  • Berbentuk tablet, mudah dikunyah oleh kanak-kanak
  • Membekalkan nutrisi secara menyeluruh, senang gak lah kerja untuk ibu bapa. Hehe
  • Mudah larut jika ingin diberi dalam bentuk air – penghidratan segera
  • Tanpa pengawet atau perisa tambahan. Hanya yang berkhasiat sahaja serta pekat
  • Sebotol boleh tahan sehingga 2 bulan

Yang kontra dia cuma satu ja. Mahaaiiiiii kalau dikira harga runcit. Namun memandangkan setiap tablet itu pekat dan cukup vitamin mineralnya, kira berbaloi lagilah kan, jika dibandingkan dengan kos kalau anak dah demam sekali, habis RM30 kurang-kurang, sebijik tablet hanya RM1.40 sehari ja. hehe..

Tambah lagi bulan ni ada promosi buy 3 free 1, kira murah juga sebab harga sebotol jatuh jadi RM83 ja.

Kalau tak dan nak beli 3 botol sekaligus, boleh ja beli ramai2 untuk cukupkan korum. Anda boleh wassap saya terus untuk book tempat anda atau KLIK SINI untuk lihat syarat dan korum terkini.

Klik sini, untuk ketahui cara/trick untuk dapatkan Vitalea for Children dengan harga murah. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

    1. Hehe..betul tu kak. lepas akak bagi mmg kena simpan elok2 kalau tak diambil curi2 XD
      anak kita smpi 3 biji dia bedal, ngamuk suh bg. adoi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge