Sakit Gastrik? 5 Makanan Yang Perlu Diambil Untuk Elak Anda Sakit Lagi

Sakit gastrik bukan boleh dibuat main-main tau sebab sangat lah, sakit. Dan jika anda berpotensi mengalaminya (lebih-lebih bila nak puasa ni kan) elok jika anda jadikan senarai makanan ini dalam kehidupan seharian dan makanan-makanan ini tidaklah setawar yang anda sangka!

Kerana sakit gastrik ini berada di perut, adalah wajar bagi anda untuk memastikan makanan yang diambil tidak akan menyebabkan perut terganggu lebih dari sepatutnya (perut orang gastrik ini agak sensitif sket), di mana ia disebabkan oleh kandungan asid hidroklorik dalam perut.

Untuk mengetahui samada anda mengalami tanda-tanda sakit gastrik, klik sini

Oleh itu, makanan yang sesuai adalah yang jenis wholesome gitu, bersifat alkali dan bagus untuk kurangkan sket keasidan dalam perut.

Asid perut orang gastrik ni special betul!

5 Jenis Makanan Untuk Sakit Gastrik

Karbohidrat

Karbohidrat diperlukan untuk tubuh kerana ia membekalkan tenaga segera (cuma masalahnya, kita ambil terlebih-lebih ni ha..seperti yang dibuktikan dalam diet Atkins). Namun untuk sakit gastrik, sangat elok untuk mengamalkan makanan berkarbo yang bersifat kompleks (roti gandum, beras perang..) kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan, dan tidak memberi kesan kepada insulin anda (dalam jangka panjang).

roti gandum wholemeal bread

Protein

Sumber protein sangat bagus untuk diamalkan (malah nisbahnya elok melebihi sumber karbo jika anda mengambil sumber karbo simple yang banyak cam nasi putih, roti putih..hehe) dan protein yang bagus adalah yang bersumberkan tumbuhan yang lebih mudah dihadam, diserap, dan tidak akan menyebabkan simptom gastrik anda bertambah teruk.

Protein yang bersumberkan ikan juga bagus kerana selain protein yang lembut untuk gastrik, ia juga bersifat anti-inflammasi, membantu untuk redakan kesakitan gastrik itu.

Khas bagi yang mengalami gastrik, eloklah elakkan terus sumber protein daripada susu/produk tenusu kerana ia dikuhatiri menyebabkan gastrik lagi teruk (azab gastrik ni wehh)

Sayuran Dan Buah-Buahan

Ini wajib kot, kerana sayuran dan buahan ni bersifat alkali dan penuh dengan vitamin dan mineral. Pastikan jangan ambil yang peberet je – pelbagaikan untuk cukupkan spektrum nutrisi vitamin dan mineral.

healthy food

Contoh makanan yang sesuai

Air

Air ni haruslah kan dan anda perlu dapatkan jumlah air yang cukup (1 liter untuk setiap 25kg) supaya dapat buang toksin, cuci darah, serta memperkemaskan aliran tubuh.

Untuk sakit gastrik ni, air kelapa pula sangat membantu untuk redakan sakitnya.

  • Mengandungi elektrolit untuk keperluan aliran dalam tubuh
  • Meneutralkan inflamasi tubuh
  • Mengurangkan rasa sakit gastrik nih

Probiotik

Biasanya orang yang sakit gastrik ni, disebabkan bakteria H.pylori jadi amalkan makanan yang mengandungi probiotik cam supplemen probiotik, tempe, yogurt, dan kimchi untuk neutralkan bakteria tersebut dari menganggu perut anda

Ada supplemen probiotik yang dijual di pasaran, dan salah satu jenama yang Shai percaya adalah daripada 21st Century (digunakan turun temurun oleh mama. La ni Shai tambah dengan jenama Shaklee sekali).

Ada 8 CFU dalam setiap kapsul. Kira bagus kerana cadangan memilih supplemen probiotik haruslah dalam julat 5-10 CFU. Klik sini untuk ke website 21st Century

Makanan Yang Elok Dielakkan Untuk Sakit Gastrik

Secara ringkas, apa-apa makanan yang memberikan kesan inflamasi (kecederaan) pada dinding perut tu elakkanlah – ia termasuk:

  • Makanan yang bersifat asid
  • Minuman yang mengandungi kafein dan bergas
  • Makanan yang diproses, fast food tu sangat no-no

Contoh mudah, ikuti senarai makanan di bawah.

Tabiat Bagus Untuk Sakit Gastrik

Orang sakit gastrik ni ada sedikit songehnya dalam makanan harian, maka elok langkah-langkah ni diamalkan agar perut tak mudah nak meragam je.

gastrik

Percayalah, sekali anda terkena gastrik, anda mungkin akan mengalaminya sehingga bertahun-tahun, disebabkan lining usus di perut yang dah tercedera akibat asid dan bakteria penyebab gastrik. Shai pernah terkena masa kecil dan sungguh tak nak laluinya lagi.

Jika anda atau mengenali sesiapa sahaja yang mengalami sakit gastrik, cer tunjukkan entri ni kepada mereka. mana tahu, lepas ni takda lagi sakit-sakit gastrik tu dah. 😀

Konsultasi gastrik dengan Shai?

Jika suka dengan penerangan Shai setakat ini, alhamdulillah syukur. Inshaa Allah kalau whatsapp Shai untuk one-to-one chat pasti lebih membantu korang lagi.

Shai akan buat konsultasi yang sesuai dengan keperluan dan keutamaan diri, serta bajet anda. Cuma tahan sabarlah ya sebab kalau Shai buat konsultasi ni akan berjela-jela punya cerita untuk bantu korang dapat info yang penuh (selain tak reti nak adjust2 info, asal berkait semua aku cerita. haha)

Perbincangan simptom dan langkah pencegahan gastrik. Banyak lagi whatsaap chat gini, panjang berjela semuanya 😛

Untuk ikhtiar lain dengan menggunakan supplemen dalam merawat gastrik anda, boleh whatsapp Shai untuk konsultasi dengan Kod PERUT GASTRIK ke 017-915 3260, dan sekiranya perlu, anda boleh ikhtiar dengan set gastrik Shaklee di bawah.

Jangan risau, Shai cadangkan pun ikut keutamaan dan bajet korang. Nanti apa-apa Shai jugak kena bertanggungjawab. Dan lain orang lain pesen gastriknya jadi Shai kena tengok dulu untuk cadangan solusi alami dan produk shaklee yang sesuai, jika sepadan.

Untuk makluman korang, harga runcit untuk setiap produk dalam set gastrik shaklee ni:

  • ESP (850g, tahan 1 bulan ++ untuk kegunaan gastrik):  RM161.25
  • Sustainable Vita-C Plus (180 tablet beso, tahan 6 bulan untuk penggunaan biasa): RM97.50
  • Alfalfa Complex (saiz S punya, ada 330 tablet, boleh ambil ikut suka jangan lebih 10 biji, tahan 6 bulan ++): RM57.50
  • Multivitamin dan mineral Vita-Lea (ada 120 tablet beso, tahan 4 bulan maximum):  RM97.75
  • Zinc Complex (ada 120 tablet, tahan 4 bulan maximum juga): RM35.78
  • Peppermint Ginger Plus (90 tablet, tahan 3 bulan): RM47.50

Ada free gift tak Shai?

Ada yunk. Pembelian dengan Shai dapat 2 jenis add-on value serta free gift (kalau ada ESP dalam konsultasi, kalau takda tak dapat lah :D, melainkan korang sendiri nak). Boleh diskaun kalau banyak, pm tengah. XD

Korang ingat ni je:

  1. Whatsapp terus apa masalah yang korang hadapi dengan gastrik ni, dan berapa bajet korang untuk ikhtiar dengan set gastrik ni (tak semestinya semua pun). Tapi bagi lah salam dulu hehe..
  2. Shai akan konsult dulu, hadap semua pertanyaan Shai yang detail2 nak tanya, untuk cari penyelesaian terbaik untuk korang
  3. Shai akan berikan beberapa solusi/cadangan, untuk korang pilih mengikut keperluan. Jadi no pressure. Kita sama-sama tak kena gastrik lagi dah oke? 😀

Semoga membantu!

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

33 Comments

  1. Assalamualaikum sy nk tanya kalau gastrik sebenarnya boleh ke x minum susu sbb ada yg kata boleh ada yg kata x boleh..macam mana ye

    • Wassalam wbt sis. Gastrik by right tak berapa sesuai minum susu kerana ia sendiri bersifat asid. Namun jika boleh dan serasi tiada masalah. 🙂

  2. Salam puan admin. Sy sedang berdiet atkins seminggu da. Dari smlm sy perut sy rasa kurang selesa. Ulu hati pedih. Mlm tadi sy muntah sampai da tak ada apa dlm perut sy. Kepala pening mcm nk pitam. Sy mmg ada gastrik. Pagi ni rasa kurang sakitnya. Patut ke sy teruskn diet sy tu?

    • Atkins tak sepatutnya menyebabkan puan gastrik, kerana daripada dua faktor:1) tak boleh berlapar, makan ja asalkan yang lulus ikut fasa; 2) pengambilan sayur, lebih2 lagi sewaktu induksi, fasa 1. Jika puan memang ada gastrik, tidak mengapa teruskan diet atkins jika mahu, hanya adjust mana yang perlu.

  3. Salam kak Shai. Sebenarnya kalau org yg gastrik ni dia elok x makan maggi? Sbb kwn saya ni dia suka mkn maggi. Kemudian tidak menjaga cara pemakanan yang sepatutnya mengikut masa. Jadi bile kena gastrik tu dia jadi teruk. Mcm mana ya nak nasihat dia?

    • Bakar stok megi dia. XD Atas diri sendiri yunk. Kita tegur sekali dengan baik dan berhemah, dia belum mahu terima biarkan ja. Doa dalam diam semoga dia sedar. Kalau nak berkias2 boleh juga. Ada orang dah kena sekali gastrik dia tobat dah nak makan tak berjaga, ada orang kena berkali2, sampai ke tahap tak boleh patah balik baru nak baiki cara pemakanan yang betul, ada yang takda kesempatan langsung, untuk ada peluang nak perbaiki semula. lumrah hidup gitu 😀

  4. assalamualaikum, baru 3 hari yg lepas saya kena sakit yg sangat kuat… mulanya lepas makan bahagian Ulu hati rasa x selesa, makin lama makin kuat, sampai saya Betul Betul dah x tahan, tiba tiba jantung terus berdebar sgt laju dan susah nak bernafas… adakah kerana gastrik…?

    • Jantung berdebar laju (palpitations) ada juga kaitannya puan. Simptom2 lain yang puan tuliskan juga menjurus kepada gastrik. Puan baru pertama kali kena ya? Sebaiknya puan dapatkan nasihat doktor dahulu kerana ada simptom jantung degup laju.

  5. Salam, nak tnya skit.. Slh stu simptom y paling btkan sy x slsa ialah muntah dan mual.. Dsbbkan kentut x lalu, angin prgi ke bhgian dadah dan rsa ingin muntah dan mual shja.. Mmg skit gestrek ada simptom2 bgtu ke?

    • Shai dah reply di whatsapp. Kita konsult di sana ya 😀

  6. Saya Sakit Dada sebelah kiri mencucuk2 ingatkan sakit jantung. Last2 gastrik.. Sakit sampai tak lalu nak makan duduk bdiri semua tak kena. Boleh tlong syorkan mana2 ubat tak? Prgi jumpa dokter bagi ubat yg sama dh tak bkesan. Tolong info sikit ubat terkini.trima kasih..

    • Mohon cikpuan pm di fb atau whatsapp saya terus di 017-915 3260? Saya perlu tahu lebih lanjut juga simptom yang dialami, ubatan yang diambil dan pelbagai aspek untuk cadangkan ikhtiar yang sesuai 😀

  7. Saya dh 5 thn dpt gastrik…n smpi skrg masih ada…mcm2 ubt mkn still xbaik…sakitnya x terucap dgn kata2….

    • Saya ni, sekarang tgh gastrik ni….2 hari dah terlantar di katil saja

      • Uish 2 hari? tuan/puan ada pergi klinik untuk pastikan dahulu? Teruk bunyinya ni

  8. Sis..saya ada gastrik..masuk kpj mula2 kena susah nk bernafas.. ingat jantung problem..buat engiogram doc kata jantung normal..so dada masih lg rasa sakit sebelah kiri..kadang naik sampai ke kepala…saya bingung sampai bila gastrik ni ada reda..adakah pesakit gastrik yg lain rasa seperti saya? Kongsikan

    • Ada yang tidak dapat sembuh, sekadar mencegah, ada juga yang boleh sembuh sepenuhnya – bergantung kepada kondisi gastrik kita melarat sampai mana, dan kadar bakteria penyebab gastrik itu juga tuan. Solusi terbaik, ialah melalui nasihat doktor, jika perlu ubatan, serta amalkan cara pemakanan yang tidak menyebabkan gastrik, secara tak langsung akan mencegah daripada sakit berulang lagi, maka sel2 yang cedera akibat gastrik dapat dipulihkan, inshaa Allah. Untuk ikhtiar, boleh lihat di post ini http://mommylotte.com/2015/07/17/penawar-segera-untuk-sakit-gastrik-teruk/. semoga membantu!

  9. assalam..sy bru menjadi ahli gastrik sejak 3 bln lps 😂..mlm tadi pergi hospital sebab dh 3 hari rasa angin bermain di dada..setelah ujian darah dan ECG dibuat alhamdulillah bukan masalah jantung atau sebagainya..cuma angin gastrik..doc bagi ubat syrup apa nama ntah mcm kapur tu..alhamdulillah ada rasa kurang angin gastrik tu..adoiiii Allah saje yg tau penghidap gastrik ni..mcm2 dlm kepala otak berfikir apa punca penyakit dan mcm mna nj mengatasi..trm ksh dgn info MOMMYLOTIE..mudah2an dpt membantu utk sy

    • Sadisnya panggil ahli gastrik. :_D. Benar tuan, ubat kapur biasa saya dengar. Kerana ia bersifat base, untuk neutralkan asid yang terlebih dihasilkan. Sama-sama tuan, semoga info sedikit sebanyak di post ini membantu orang lain seperti mana membantu tuan, agar tidak terganggu dengan masalah gastrik lagi. (sebab ramai sangat pm kat fb n whatsapp saya pasal gastrik ni).

    • Hehe…sama la kita.ahli baru..Ingat jantung juga rupanya angin gastrik..selamat berpantang bro…

  10. dah 4-5 hari saya rasa sakit di bahagian perut saya memang ada gastrik tpi yang ni paling teruk i wake up every morning ambik breakfast semua tapi perut msih rasa sakit tambah lagi bdan saya rasa sakit semua dan tak boleh tdur boleh jelaskan knapa bnda tu terjadi?

    • dikhuatiri gastrik tuan dah melarat ke bahagian lain? Kerana tuan dah lama mengalami sakit gastrik ya. Saya nasihatkan tuan untuk mendapat nasihat dengan doktor untuk rawatan dahulu sebelum langkah mencegah

  11. sya nie sakit perut dh 3 hari dari 3/3/2017…pastu perut mcm mengembung sedikit….dan terasa sakit..kadang² menggaggu tidur sya…. apakah sya nie kena gistrik?? dan apakah langkah yg perlu sya ikuti untuk saya atasi sakit perut nie…..

    • Macam simptom bloating juga ni. Mungkin banyak makan yang tinggi asid/pelbagai jenis makanan bercampur2 pada satu masa? Makan berserat dahulu (roti gandum, oat) untuk detoks usus dahulu sebaiknya

  12. Petua dr Guru yg mengajar sy…
    Amalkan minum air rebus “bunga betik jantan” setiap hari… InsyaAlloh…

  13. Saya ada gastrikk jgk. Berat badan dari60kg now dh 53kg . Makn apa pun muntah sangatlh perit. Jrang merasa kepuaasan mkan skrang ni. Buah pissag amat membantu saya bila lapar. Buah yg beerasid xsesuai ntuk saya. Mcm lemon atau oren. Mkann berminyak atau pedas lagi xboleh mkn. Mcm mana saya nk pulihkn gastriik? Ianya boleh kena cancer ke? Tak berbhaya ke kalau ngadung

    • Maaf atas kelewatan membalas komen sis ya. Hati2 tau, gastrik berulang kali boleh berisiko untuk cancer (stomach cancer biasanya). Setahu saya, kalau yang keturunan biasa kena, hanya perlu pantang makan tertentu dan berhati2 agar tak terkena gastrik. nak pulih 100% tu saya tak pasti, sebaiknya minta doktor tengokkan. Mana tahu, ada peluang sembuh sepenuhnya. insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge