Hidupku Bergantung Kepada Liposuction

“biarlah tubuh ni disiat-siat.. asalkan suami akak tetap di sisi”..

Ni bukan kisah saya ya. Tapi kisah ini saya baca dalam majalah Jelita yang agak lama juga. Majalah ni mama langgan dan gatai juga kita ni, masa tu sekolah rendah dah baca isu-isu orang dewasa. Tapi oke apa, dari dok membaca majalah ‘pertanian’, lagi banyak ilmu yang dikutip dan diteladani, membantu kita lebih matang dalam kehidupan dan rumahtangga, seperti kisah ini.

Akan ada sedikit perubahan, tidak seperti yang dipaparkan dalam majalah tersebut, namun intipati dan pengajaran, tetap sama dan benar belaka.

smart-liposuction-3a

Kak Ani, Cantik Tapi..

Kisah ni bermula dengan wartawan dari majalah Jelita ni, menemubual seorang wanita yang agak berumur, tapi cantik jugalah. Semestinya golongan orang kaya memandangkan mereka bertemu di pusat kecantikan, dan wanita ni, sedang menunggu waktu appointment dia untuk liposuction.

Wanita ini – kita panggil aja sebagai Kak Ani – sudah berkahwin selama 20 tahun lebih dengan suami. Bermula dengan perniagaan suami berdikit-dikit, akhirnya berkembang menjadi Datuk, hidup senang, dan sering menerima jemputan ke majlis sosial.

muslim-husband-wife

Kak Ani ni cantik orangnya, ada berdarah kacukan gitu namun hidupnya, tidaklah berapa indah sebelum berkahwin kerana dia sebenarnya anak angkat aja, yang tidak berapa rapat dalam keluarga, malah sering dipulaukan hanya kerana dia berstatus ‘orang luar’.

Selepas berkahwin, Kak Ani semakin tak rapatlah dengan keluarganya, sebaliknya lebih fokus kepada kehidupan baru, disamping membantu suami, sehinggalah mereka hidup senang dan bahagia dengan dua anak hasil perkhawinan mereka.

Masalah Bermula bila Sukar nak Kurus

Masalah bermula, apabila Kak Ani ni, macam susah nak dapat berat ideal dia macam dulu. Seperti dia kata, lepas bersalin anak kedua secara caesarian, badan dia naik bagai dipam-pam. Apa sahaja yang diikhtiarkan pun tak berkesan dan dia buntu nak cari penyelesaiannya.

Suami? Mula-mula diam ajalah tapi lama-lama datang juga sindirannya. Lebih-lebih lagi jika dulu biasa isterinya dibawa bersama ketika menghadiri dinner dengan orang kenamaan. Lama-lama lepas tu suami mula malu nak bawa.

Apatah lagi maruahnya sebagai isteri tercabar, disebabkan berat dan isi terlebih ni, suaminya kerap masuk ke bilik air menghempas pintu, membiarkan keinginan isteri tersekat dan berendam dalam air mata.

Apatah lagi kerana berat lebihan ni menyukarkan dirinya untuk solat. Setiap kali nak rukuk je akan terkeluar air, memaksa diri membersihkan diri dahulu sebelum solat semula. Setiap kali.

“nak buat macam mana.. ini je yang berkesan untuk kita. Saya pula, tiada tempat bergantung dah selain suami. Anak yatim, anak angkat. Dipulaukan keluarga.. Anak dah besar, mereka pun ada kehidupan sendiri”

Liposuction in France
sanggup disiat, disedut macam ni?

“tak mahulah suami jeling-jeling perhati wanita lain.. saya pun kena buat sesuatu, mujur suami bayarkan semua ni. Takpalah, ni pun untuk dia juga”. Katanya sambil tersenyum. Hambar.

Tepat jam 3 petang, staf memanggil namanya. Kak Ani bangun bagaikan pasrah aja dengan hidupnya begini, asalkan ada suami di sisi.

Nota: adaptasi dari kisah (benar) yang dibaca dalam majalah Jelita, saya olah semula mengikut apa yang terlekat dalam memori. Jika ada khilaf dan juga sumber rujukan, mohon share ya.

Nota 2: kisah ini bukanlah menjadi alasan untuk suami expect 100% sempurna daripada isteri (tengok cermin dulu plzz) cuma sekadar iktibar, agar kita tak pandang enteng tentang kesihatan diri, di samping pasangan kita juga mengambil berat keadaan kita, tak kiralah anda suami, atau isteri. 🙂

Nota 3: kisah ini yang sangat memberikan kesan pada saya. Walaupun saya puji sebab dia ambil inisiatif untuk kebahagiaan suami, tapi tulah..liposuction ni payah dan tidak menyelesaikan masalah asasnya.

Kak Ani mungkin boleh jadualkan liposuction tiap-tiap bulan (boleh cecah RM3k tu) tapi sampai bila, lebih-lebih lagi ada cara lebih mudah untuk kurus kan.. mungkin sebab masa tu tahun 1997++ tak kenal kot diet Atkins ke, Calorie Counting ke.. saya tak tau.

Tapi, kesian.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge