Mandi-Manda Di Templer Park

Tempoh hari en.somi dah pergi ke Templer Park ni dengan team bisnes dia untuk shooting produk baja sawit dia (kelas gitew). Hasil explore dan pemerhatian (lebih-lebih lagi aspek keselamatan bila membabitkan beruk yang wujud di situ) membuatkan en.somi terfikir nak bawak kita dengan Naz ke sini untuk bermandi-manda.

Haruslah kannn… Dah isterinya jenis hantu nak mandi dan Naz pun menurun dari umminya dengan suka mandi-mandi. Heh heh..

Idea datang dari keboringan, maka en.somi cadangkan untuk bawa kami p Templer Park untuk berkelah. Yeay!

Tiba Di Hutan Lipur Sungai Kamching

Lokasi hutan lipur ni tak jauh mana pun, kerana ia berada dalam sempadan antara daerah Rawang dan Gombak. Jalan nak pergi pun, melepasi Tesco Rawang dan flyover ke highway Guthrie ke Shah Alam (di sebelah kanan flyover ni) dan dah nampak dah jalan masuk ke hutan lipur tersebut.

Silly of us, tak jangka hari pergi tu hari cuti, maka agak ramai jugalah pelawat akan datang ke situ. Takpalah, main redah je dulu.

Awalnya ingat nak berpiknik di situ tapi en.somi tak bg sebab akan ada yang mengekor pulak jadi sebagai langkah keselamatan, penuhkan perut dulu sebelum tracking dalam hutan.

Keadaan Di Templer Park

First impression memang menarik dengan pokok rimbunnya, sungai yang mengalir dengan jalan yang jelas dah buat kami excited dah, especially Naz, yang pantang nampak air bertakung. Mula lah tak senang duduk (kami dah belajar pengajaran masa g pool kat KLCC tu).

Naik bukit agak semput lah, dengan en.somi mendukung Naz dan menggalas bagpack (kita dah offer nak carry the bag pun dia takmo; my hero) dan  naik bukit dekat 100m gitu. Terpaksa dukung Naz juga sebab bahaya nak bagi dia lari di lereng bukit.

Nasib baik la dah biasa workout, ni kacang lah jugak. Heh heh..

Ada banyak spot untuk mandi-manda (yang kita panggil sebagai tingkat, untuk mudahkan rujukan) dan kita naik bukit, sampailah ke tingkat 4. Nak naik lagi sebenarnya tapi rasa tak larat dah, better save energy untuk mandi. Hehe

air terjun templer
tempat kami mandi di gambar kanan, gambr kiri adalah ‘tingkat’ bawah nya

Naz apa lagi, terus nak turun pijak-pijak air yang ada.

Abahnya pun terkocoh-kocoh nak tukar seluar untuk bawak Naz. Mula-mula kena pimpin jugaklah sebab batu yang tak rata. Air yang mengalir sangatlah sejuk dan menyegarkan, mengigil jugak si kecik ni.

Dipendekkan cerita, kami mandi selama 2jam++, sehingga tengahari. Walaupun kena wrestling dengan Naz yang nak stay dalam air sungai gak. Turun bukit, abahnya dukung sambil selimutkan naz dengan tuala  dan lepas tu boleh lagi dia merengek nak mandi balik. Adoiyai..

templer park (5)

Bersiap-siap untuk pulang, mujur baru masa tu lah beruk mai nak carik-carik makanan yang ada. Aduhai.. dah lah mak beruk, nampak bebeno dia tengah lapar tu, bagi lah biskut sket. Nak tunggu lama-lama lagi kita tak sampai hati tengok. huhu..

Turun ke bawah semula, kami makan di cafe yang disediakan di hutan lipur tu. Ada juga pertunjukan burung kakak tua dan ular (jenuh lah mak Arab dok pegang cium ular). Kita pun nak pegang tapi caj Rm40 tak silap jadi takpalah. Hehe..

Balik tu, semua terjelepuk tidur.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

4 Ulasan

    1. Best kak, cuma lelah nak naik ‘tingkat’ yang ada di bukit tu. Tapi, memang puas hati 😉

    1. Mai lah kat air terjun tu kak, pasti puas hati nak lepak situ. Banyak tempat yang teduh utnuk berkelah dan mandi-manda 😀

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge