Aturan Asas Mekap

Banyak produk boleh pening mana aturan asas dalam mekap ni. Nasib baik, korang terjumpa entri ni, senang kerja, tak payah pening-pening. Penting untuk kita mengetahui aturan yang betul dalam mekap sebab selainย untuk kita layer sesuatu produk dengan betul, ia juga akan bagi hasil kemas. Kira flawless la.. takdo bercapuk je muka nanti. Jadi macam mana nak mula?

Aturan Asas Mekap, cara guna makeup yang betul, mekap

Untuk mudahkan korang nak bermula, follow sahaja step-step di bawah mengikut gambar ini.

Sebelum moisturizer, boleh guna serum dan/atau essence jika perlu

Perlukah saya sediakan semua alat-alat mekap?

Secara ideal, ya. (kopaklah duit aku..nak flawless punya pasal). Namun suka Shai nak kongsikan:

Hanya pilih yang menjadi keutamaan dan keperluan (tona kulit dan isu masalah kulit, jika ada), dan semestinya bajet anda juga.

Klik sini kalau nak tahu cara dapatkan kulit yang truly flawless, gebu dan licin dengan lama.

Kelengkapan alat penjagaan muka

Pencuci muka/cleanser

Item ini paling asas yang wajib kita ada. Haruslah kot kalau korang tak nak kulit berlengas melekit. eww..ย Sabun buku tak dikira ya kerana ia mempunya pH dan komposisi bahan yang tidak sesuai dengan kulit muka. Pilih pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda, dan untuk mengetahui yang sesuai ialah yang tidak buat kulit muka anda rasa tegang selepas dicuci.

*Shai sekarang guna pencuci Oxy yang whitening tu. Pekat dan puas hati guna. Toner pula jenama Aiken – toner tidak perlu melainkan kulit muka masih ada cela seperti blackheads/whiteheads yang memerlukan penyegar meresap ke dalam kulit untuk mencuci.

Pelembab/moisturizer

Pelembab penting kerana fungsinya ialah melindungi kulit dari kotoran dan pencemaran di luar, serta melembapkan (dia juga isi ruang-ruang kosong dalam wajah, biar nampak full and plump gitu).

Seperti pencuci muka, pilih pelembab yang sepadan dengan jenis kulit anda: berasaskan air (water-based) atau jenis ringan seperti losyen untuk kulit berminyak, manakala yang jenis berkrim (berasaskan minyak: oil/emollient based) untuk kulit kering. Kulit sensitif pula perlu pelembab yang istimewa sedikit tau. Rujuk gambar ini.

Cubajaya setiap pelembab yang ada sehingga berjumpa yang serasi. Setakat ini yang pernah Shai guna adalah jenama Clean & Clear, Fair & Lovely sebagai treatment krim di rumah (menjadi woo), dan pastinya campuran minyak zaitun dan minyak castor untuk pelembab menyeluruh.

moisturizer
klik gambar ni untuk baca review kita tentang pelembap ni

Serum dan essence

Item ini bergantung kepada kondisi kulit anda juga, dimana ia khusus jika anda kerap di bawah pancaran matahari/ cepat kering/sensitif/lebih dari 30 tahun. Kedua item ini bersifat pekat dan memulih dari dalam, lebih power daripada moisturizer.

Shai guna Fair & Lovely sebagai essence dan minyak zaitun yang dipanaskan sedikit sebagai serum muka.

kalau korang dah masuk 30-an, bawak-bawaklah pakai serum ye.. anti-aging gitew.

Gambar ini pula menunjukkan berapa banyak yang anda perlukan dalam setiap produk:

Kelengkapan dan aturan asas mekap

Okay, bab mekap ni agak tricky sikit sebab kombinasi setiap orang tak sama. Jadi akan dipecahkan ke alat mekap asas dan komplimentari.

Alat mekap asas

Bedak asas/foundation

Seperti nama dia. Benda yang asas. Hehe.. Pemakaian bedak asas ni penting sebab ia seperti moisturizer untuk menutup cela asas dan lompong di kulit, selain menyediakan kulit yang rata untuk mekap yang lain. Banyak jenis dalam bedak asas yang ada (cecair ka, mousse, atau yang solid) dan ada juga tahap coverage dia (cam ikut korang nak light2 je ke atau nak all-out coverage mengalahkan pengantin).

Ni baru basic tau, belum kira teknik nak buat contour dan shading.

Shai tak pakai lagi foundation sebab tak cukup masa. Jadi alternatifnya adalah dengan BB cream sahaja. ๐Ÿ™‚

Powder/loose powder/bedak debu

Tujuan utama powder ini adalah untuk menghilangkan kesan lekit pada foundation khususnya yang jenis cecair. Ia berbeza sedikit dengan jenis two-way cake di mana ia adalah bedak kompak yang boleh digunakan sebagai foundation dan juga loose powder.

Kalau pakai loose powder je macam mana? Cepat hilanglah dekat muka dan cepatlah nampak cela jika ada. Sebab takda beza sangat dengan bedak bayi biasa melainkan warna kulit sahaja – dia untuk touch up je kot. ๐Ÿ˜€ Sebab tu juga, loose powder ni coverage sangat2 rendah.

Shai pakai jenama Maybelline yang Clear Smooth. Yang BB Poreless Silk pernah pakai, better coverage dari Clear Smooth.

Blusher/pemerah pipi

Yang ni haruslah kalau nak pipi yang kemerahan.. Macam foundation, dia ada pelbagai warna, jenis, dan tesktur jadi kena pilih yang sesuai dengan warna kulit. Nak apply, hanya senyum (jangan lah senyum psiko) dan pipi yang jelas kelihatan, itulah area yang perlu disapu dan di-blend.

dan pastikan, jangan setepek kt pipi tu cam badut. haha..

Blusher ada didatangkan dalam pelbagai formula seperti krim, bedak padat, tint (cam Benefit/PureBySO tu) dan juga finishes (shimmer atau solid).

Blusher juga lebih kurang seperti bronzer namun bronzer digunakan lebih untuk hasilkan kesan glow dan contouring. Lihat gambarajah di bawah.

Alat mekap tambahan

Primer

Item ini dipakai sebelum foundation. kerjanya adalah untuk bagi mekap (dari eye shadow ke blusher) duduk setempat dan tahan lama. dia lagi power dari pakai pelembap semata. Ia wajib jika anda tiada masa nak touch up makeup anda.

Concealer

Ia tak wajib kalau kulit korang cantik elok je.. tapi kalau dah penuh dengan segala macam bekas parut jerawat, luka kucing cakar, mata panda, bawak-bawak lah pakai. Biar semengah sket dalam mekap. hehe..

Concealer ni pekat berbanding foundation, jadi guna sedikit aja pada tempat yang bermasalah, dan blend sehingga tak kelihatan.

Bronzer

Extra lah kalau nak glowing2 sket. Boleh menggantikan blusher atau digunakan sebagai kontur.

Highlight

Fungsinya terbalik dengan bronzer, di mana ia untuk pamerkan ciri-ciri muka kita dengan jelas. Dan ya, highlight digunakan untuk kontur. Rujuk post ini bagaimana highlight digunakan dalam teknik shading dan kontur.

Okeh, harap korang jelas ya, minta maaf kalau ada yang terkonfius. Apa-apa pun, jadikan mekap2 ni sebagai tanda kita appreciate and happy dengan ciri-ciri unik kita.

Untuk bacaan lanjut tentang teknik makeup yang asas (dan tengah trending) iaitu contour, highlight, dan strobing. Klik sini

Yang pasti, untuk pastikan makeup anda tahan lama, menyerlah kesannya, dan tidak bercapuk, sebaiknya jaga kulit anda dari dalam (yang ni Shai pegang betul-betul), dan extra rutin seperti serum, skrub perlu dilakukan. Sayang makeup kalau bercapuk tau, jadi sebaiknya betulkan dahulu isu kulit untuk kepuasan mekap yang menyeluruh.

Dari infografik yang Shai kumpulkan di sini, mesti sedikit sebanyak korang rasa nak give up sebab banyak sangat nak guna kan (of course ia juga bermaksud berapa banyak nak kena beli dekat Sephora tu).

Untuk pemakaian harian atau rushing tak perlu pun sebanyak tu. Korang kalau ibu/kulit berminyak/sibuk atau kesemuanya sekali, baca lanjut di post ini, Shai kongsikan rutin Shai bermekap untuk harian, bermula dari asas iaitu kulit.

Semoga membantu ladies dan saudari2 untuk bermekap dengan jayanya. Untuk tips/teknik yang advance namun sangat mudah, korang boleh studi teknik di sini tau. Sambil baca sambil cuba. Post ni Shai approved. ๐Ÿ˜€

Update 2018: Dan Shai dapat lip matte baru daripada Elianto ni, korang boleh baca sini untuk ketahui review Shai sendiri (real punya, bukan sponsor ye).

*post ini akan diupdate dari masa ke semasa sebagai rujukan setempat, jadi share post ini di facebook korang untuk manfaat bersama, nanti senang nak tengok balik jika ada update terbaru. ๐Ÿ˜€

*jika ada MUA yang nak advertise service, komen aja di sini nanti Shai approve (sertakan info terperinci untuk pelanggan hubungi anda).

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

27 Comments

  1. Hi salam, nak tanya, macam mana nak start makeup with moisturiser, baby pore, serum, primer? Mana yg patut start pakai dulu ya? Tq… ๐Ÿ˜Š

    1. Yang pore tu apa ya. Macam biore pore strip ya?๐Ÿ˜… untuk moisturizer, serum, primer ada aturannya di infografik pertama ๐Ÿ˜ƒ

  2. Klau sunscreen dh ada makeup base, perlu pkai primer tak? Also, setting spray dulu atau sunscreen? Thank you๐Ÿ˜Š

    1. Makeup base itu lah primer nya..dan sunscreen kena pakai paling awal dahulu sebelum pelembab. Setting spray sets makeup jadi paling last๐Ÿ˜ƒ

  3. Info yang bernilai !
    Tapi kan everyday sebelum make up kita memang kene apply skincare dari toner – serum – moisturizer – sunscreen , lepas tu start dari make up primer – foundation – bedak dan lain2 ye ?

  4. Seronok baca sbb minat juga ber makeup ni…. tapi masih blurr sbb tk pndai makeup sgt & tak tahu nak mulakan dgn produk apa…. biasa MAC apa basic prod yg perlu… Tksh

    1. mana-mana jenama sama sis. yang basic ada di infografik pertama. boleh ganti dengan BB/CC cream juga untuk mild coverage:D

  5. Assalamualaikum๐Ÿ˜€
    Tq for sharing sis. Anyway kpd sesiapa yg nk service mekap bajet dgn hrga bajet area penang(dlm pulau shj) boleh whatsapp saya Mira di 011 28292412 tq๐Ÿ˜˜

  6. #primer penting untuk makeup#
    Kepada sesiapa yang berminat untuk makeup…
    PERKHIDMATAN MAKEUP BAJET
    AREA SENTUL DAN SEKITAR KUALA LUMPUR.
    BOLEH CALL 018-3636986

    1. Kena tgk jenis sunblock juga. Kalau jenis chemical (sunscreen namanya) kena pakai dulu sebelum primer. Kalau jenis fizikal (sunblock), pakai selepas moisturizer. Lepas tu primer dan seterusnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge