Saya Tak Nak Anak Akak Makan Ni..

Hari yang berlalu biasa – berblogging, godeh2 website (macamlah pro sangat), menulis artikel dermatologist ni order, workout, personal coach kurus, dan juga urusan rumahtangga seperti ‘memperbetulkan sepah’. Tibalah satu ketika ni, keinginan untuk membuat sesuatu yang baik, bila didatangkan peluang.

Secara ringkas, akhir-akhir bulan kita share promosi bulan tersebut: Vitalea for Children yang dah dua tahun takda dalam production, la ni datang balik semula dengan improved formula (lagi pekat dalam satu tablet).

Adalah kawan baik saya mintak pm, dan syukurlah, ada orang nak berminat nak beli dengan kita. Jadi kita pm kawan kita ni semula, dengan pelbagai kelebihan multivitamin ni dengan niat nak membantu anaknya. Dan tiba-tiba:

vitamin

Ah sudah.. aku nak cakap macam mana.

Saya memujuk secara baik, yang tak kisahlah bila ada rezeki boleh beli dengan saya, insyAllah.

Beberapa hari kemudian, tengok dia upload gmbr anak dia makan megi dengan anak dalam grup secret kami. I just stared at it and can’t comprehend.. aduhai.. kesiannya.. gaji tak cukup untuk adakan keperluan asas anak.

Kebetulan, bulan tu memang tengah promo, orang dok pakat-pakat borong. Saya kentalkan hati untuk beli dua botol.

Yela, harga ahli+harga promo memang sangatlah murrrraaahhhh….

Sampai aja botol2 tu kat rumah, terus pm dia Tanya alamat sume. Hehe.. bagitaulah ada surprise kan. 😉

vitamin 2

vitamin 3

Saya niatkan multivitamin ni untuk anak kecik dia, takpalah, anak akak yang masih bersekolah pun, perlu nutrisi yang sempurna dalam pembelajaran dia. Mana tau, lepas ni anak akak tu jadi pandai dan bijak masuk sekolah menengah kaw2 punya. Hehe.. tinggi aku berangan pulak ye.

kurang fokus

Akak tu ada bgtau jugak, yang bongsu tu tak suka gigit (sebab masam kot). Boleh je larutkan tablet tu dalam air masak anak, ala-ala minuman penuh vitamin je kan. Cair lah sket kemasaman dia. Hihi..

vitamin 4

Kesimpulan

Bukan nak action (weh, kita nak nangis kot!) bila tulis dalam entri ni, tapi ni sebab pengalaman lalu, masa kita tak berapa mampu nak adakah keperluan anak, jadi Naz tend to be a bit behind in his developmental range. Maksudnya, beranjak kebelakangan.

Harapkan obimin je masa mengandung (lepas tu aku tobat terus tak ambil pil pink ni, sebab ini) dan lepas bersalin nak berpantang pun ala kadar sebab Naz kuning teruk sangat.

La ni, Alhamdulillah.. dari RM10 yang terasa sangat besar, boleh lah RM10 buat beli something for him. And I’d do my best to make him catch up to keep up (baca sini  dan sinun on usaha kita demi Naz).

Ibu mana, yang tak nak anak dia cukup khasiat kot.. aku tak boleh la wei.

Dan saya nak bantu, sebab apa-apa pun saya tabik pada ibu yang sanggup berusaha nak bagi anak dia yang terbaik. Demi amanah kepada anaknya. Saya suka!

PS: kalau akak tahu entri saya ni tentang akak. Mohon ampun ya. Tajuk kasi gempak je. 😛

PPS: tak disangka, lepas tu ada kawan baik jadi ahli dengan kita, sebab tau misi kita nak bantu ibu-ibu sebaik mungkin (laki tak kira, minta maaf)

PPPS: ada ibu-ibu nak lagi vitamin untuk anak? Stok ada lagi ni. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge