Terapi Syukur – Satu Pengajaran

Semalam (10/2/2015) adalah hari yang penuh pengajaran dalam hidup kita. Banyak benda dan petunjuk yang ditepek sekali kat dahi kita, sebagai peringatan dan sejujurnya, kita pulak rasa malu dengan diri sendiri.

Alkisahnya, pagi nak menghantar Naz ke rumah pengasuh dan dia bangun agak lewat. Dengan tubuh kita yang tak berapa pulih dari keletihan yang amat sangat (dah tahap kronik, sebenarnya), boleh pulak pagi-pagi tu dia buat perangai uk ek dia.

naz demam

Isy.. mencabar kesabaran betul, sampai kami dah bersiap dia boleh mengamuk2 tak nak ikut.

Hantar Naz dengan dia mengada-ngada cam ulat sepanjang perjalanan (berat bukan main lagi) dan balik semula ke rumah (sempat lagi beli sarap sekejap) dan bersedia untuk mula kerja yang harus disiapkan (10 artikel order, 3 story nak dibuat entri, follow up personal coaching, dll) tiba-tiba.

Laptop aku hang!!!!

Bunyi 8x beep setiap kali on dan satu hapak tak nampak kat screen. Masalah gini biasa bila laptop mengumpul caj2 terlalu bayak jadi solusinya ialah discaj. Benda gitulah yang kita buat dan serius, komputer kesayanganku ni (asalnya suami punya) tak on-on langsung.

what i've done

Hati dah sah-sah gundah gulana. Cuak kot banyak kerja tak disiapkan, dengan kita memang dah bersemangat hari tu.

Sedih, doa, n bengkek pun ada gak. Haha.. celaru gak lah hari tu, update apa belaka guna hp, jadi agak terlambat sedikit. Sampailah kita terjumpa posting ini:

Terapi Syukur

Scrolling news feed, terjumpalah nanny kita Lyna Noh (website dia sini) membincangkan tentang terapi syukur. Kubaca satu persatu perkongsian tu sambil menghadamkan.

Aduh, berdebuk kat dahi.terapi syukur 1

Terang-terang tertunjuk kita tak bersyukur mana pun. Mulut membebel mengomplen je keje nya.

terapi syukur 2

 

 

terapi syukur 3

Terasa malu pada diri sendiri, walaupun diri ini berusaha untuk lengkapkan masterchecklist, siap ada jurnal kesyukuran pun hati masih terasa nak marah dan tak redha dengan apa yang berlaku.

Walaupun Ada Benda, Tak Dihargai Pula

Walaupun laptop hang, henset kita canggih gak, berganda-ganda dari dulu (asal pakai model ztec apa ntah, then Lenovo yang biasa-biasa, la ni baru pakai A889).

Walaupun produktiviti berkurang ke 50%, tapi itu lebih baik dari 0%.

Walaupun laptop hang, bukan tak boleh pakai terus, dia hang sekejap je.

Time laptop ni elok, kita pulak buat benda yang tak berkaitan kerja. Adess…

Tu lah.. you only appreciate it when it’s lost from you

Baru Tersedar

Masa yang dihabiskan kat laptop adalah sebahagian yang menjadi distraction ja. Dulu sekali laptop rosak sekejap, boleh je kerja siap, rumah bersih sket (hehe).

Aduhai…

Pengajaran terbaik, bersyukurlah, kepada Allah swt. 🙂

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

3 Comments

    1. tau takpa kak. masa tu nak nangis rasa. dah lah kita terbiasa menulis dengan trusted keyboard kita..ni pki touch screen hp. camno? 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge