LARI! 5 Tips Maksimumkan Kesan Senaman Ini

Dalam banyak-banyak senaman, paling mudah ialah semestinya berlari kan? Tak perlu lari pecut serupa Usain Bolt, cukup sekadar jogging atau larian ringan yang sepadan dengan kapasiti dan kekuatan tubuh. Namun begitu, lari bukan sekadar lari, kerana ada caranya untuk maksimumkan kesan larian, supaya ia lebih berkesan dan cepat mendatangkan hasil – 5 tips simple. 

Berlari Dengan Postur Yang Betul

Mengamalkan postur yang betul ketika berlari adalah sangat penting untuk mengelakkan kecederaan (kan terpleot kaki ko camno?). Bentuk postur yang wajib dibuat ketika berlari ialah dengan rilek-rilekkan bahu, tegakkan alignment tubuh, dan fokus kepada bahagian perut/core untuk kstabilan dalam larian.

Baca sini; senaman yang sesuai mengikut bentuk tubuh. Adakah jogging juga termasuk?

Memakai Pakaian Yang Selesa Dan Sesuai

Ini haruslah untuk kita highlight-kan. Pemakaian yang betul dan kena dengan situasi (iaitu jogging) adalah wajib supaya tubuh anda selesa dan dapat memaksimumkan gerakan dengan pakaian (seluar ketat nak lari pun susah/takut terselak apa gunanya, apa lagi mengharapkan momentum tubuh ketika berjoging (nanti tak efektif).

Melainkan anda sebagai ibu nak praktis berlari mengejar anak dengan memakai kain batik, silakan. Tapi jangan lupa kasut jogging dan batang penyapu!

Isi Perut Dengan Makanan/Minuman Yang Betul

Tak perlu banyak2, cukup kalau ada sedikit sumber karbo (yang mudah hadam)+protein contohnya sekeping sandwich ayam dengan roti putih, protein shake (molek sebelum mula larian)+ sedikit madu untuk get going. Psst.. kajian telah membuktikan, pengambilan karbo mudah hadam akan membantu untuk penggunaan dan penghasilan tenaga ketika berjoging. Barulah bertenaga dan puas berlari.

Protein-Shakes-for-Women

Jangan lupa air masak yang cukup ya! Mesti 1 liter untuk setiap 25kg berat.

Konsisten. Konsisten. Konsisten

No brainer – kunci untuk kesan larian yang berkesan ialah sentiasa istiqamah ketika melakukannya. Lari sekali seumur hidup untuk 5 minit tidak memberikan apa-apa kesan berbanding lari 5 minit untuk setiap hari. Barulah boleh keep track progress kita dan lambat laun steady je nak lari pecut anytime, especially kalau ada emergency.

Alah, 5 minit sehari je.

Tingkatkan Intensiti Ketika Berlari

lari bukan sekadar lari, tapi tumpukan sepenuh perhatian agar manfaat berlari/jogging dapat dilihat di seluruh badan. Pelbagaikan juga variasi lari agar tidak bosan dengan rutin yang sama. Cer buat:

  • Lawan dengan kawan-kawan/keluarga

menjadi keluarga yang sihat adalah salah satu impian yang molek untuk dicapai

  • Lari ikut route yang biasa, tapi terbalik – perspektif lain je nanti
  • Lari ikut route yang berbeza sama sekali
  • letak pemberat di kaki untuk tingkatkan kapasiti tubuh, tanpa perlu menambahkan masa larian
  • Lari bervariasi. Cam sekejap jalan, sekejap pecut. Ni teknik HIIT, dan berpotensi meningkatkan pembakaran lemak sehingga 25%.
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge