UiTM ke Setia City Mall – a review

Al-kisahnya bermula lepas adik kita Ammar-chan invited us to this event kat fakulti FSPU dia; event utama yang mengumpulkan budding architects dengan firm and potensi kerjaya di event tu. Mula terfikir nak g jugak kalau ada model/sculpture yang menarik tapi memandangkan kalau bawak Naz nanti si hero comel ni capai dan ‘main’ sculpture orang tanpa sedar kan naya je..hehe..

the person will likely to quietly weep

Be safe, kami mai bawak Ammar p jalan2 seminggu awal 17/1/2015 untuk bagi dia lepas geram dengan Naz and celebrate his birthday awal sket – kita lunch dulu kat food court seksyen 2, ngn lauk nasi ulam and abc yang murah. Syukur, sedap pun sedap!

Selesai makan tengah hari tak tau nak p mana sbb masa kami tinggal di Shah Alam dah explore dah jadi Ammar cadangkan kita jalan2 ke Setia City Mall (SCM), curious jugak nak pergi jadi bertolaklah ke SCM dengan guna waze henpon Ammar (jimat bateri sket).

Walapun fobia ketika IOI Mall masih belum hilang lagi.. akan dikongsikan di entri lain kali.

Tiba di Setia City Mall   – Pandangan Pertama

Pada pandangan pertama, kelihatan bangunan shopping complex yang agak menarik (takdalah cam ‘wow’ factor, tapi still buat kita teringin nak tengok apa yang ada di dalam). Parking yang mudah sebab guna TnG, dan sekejap saja dah masuk ke shopping complex ni.

Ada 3 tingkat, dan bentuk cam L-besar, dan secara umumnya, kebanyakan jenis brand yang popular dan tak popular ada di sini (heh). Ada high-end brands cam Harvey Norman, Crabtree & Evelyn, Inglot, smpi lah ke Etude House dan Brands Outlet dan F.O.S – boleh kata sama cam dalam MidValley range.

setia city mall FB

Kami pusing2 satu mall dan perhati gak jenama2 kedai/kemudahan yang ada (ooh.. I’m drooling kat Inglot, nail polish O2M dia yang air wuduk boleh meresap tu). Cukup seronok sebenarnya sebab memerhati dengan kaca mata seorang ibu, boleh kata kemudahan yang disediakan memang strategik dan sangat mesra-keluarga.

Still fobia masa g IOI mall dan jenuh mencari ATM tempoh hari.

Contoh mudah, ATM agak merata2 dia letak, layout yg sangat straightforward, tak perlu pening2 (MidValley kena pikir South North East West court jugak).

Selingan kelakar sekejap. Dok cerita kat adik membebel pasal IOI yg susah giler nak jumpa ATM, tau2 nampak ATM seketul2 kat sebelah. Hehe..

Malah, yang buat kita teruja ialah banyak kemudahan kerusi dan bench yang disediakan. Tak boring pun kerusi2 tu sebab dia berwarna warni! Ada beberapa spot di mall yang kerusi tersebut diletakkan di kawasan yang berkarpet yang agak luas.

SCM
kerusi yang agak comel dan selesa. banyak tempat depa letak kerusi2 camni

 

Mudah lah kalau nak duduk bersila pun orang tak pelik, tak sejuk tulang, n selesa utk anak duduk/main sekejap.

Pusing2 lagi, kebetulan ada display kereta volkswagen (wak segan). Kita tak minat model lain cuma Beetle yang berkenan dan chumil ni. Dah lah depa improve kt blkg bg nampak sleeker (dulu distinct dia punya curve bumbung ke bonet), jadi kita pun duduk dan belek2. Dalam memang sleek n sexy.

Nak buat cemano, suami tak restui. Sebab 2 pintu utk 4 seat jadi bahaya kalau apa2 jadi. The same also goes for Mini Cooper.. Jadi compromise lah dengan fokus utk model Countryman instead, utk restu suami. Hehe..

Tip: nak tarik aura kereta idaman/apa sahaja impian, kena spesifik baru dia mai cepat tau. Insyallah.

Ada salesgirl mai approach, offer free test drive n free coffee so just mai lah.

IMG_20150117_153631

Well, dah jadi ibu/wanita ni, apa2 sahaja yang free adalah terbaik kan (cam Misae) jadi kita mai lah dok kat meja yang disediakan. Ooh.. Coffee gourmet lagi you.. Apalagi, order lah mocha n latte. Siap ada deco yang cantik. (syukur jugak sebab dah manis naturally tanpa perlu tambah gula).

Dapat gak legakan perut sebab makan tengah hari tadi air minum pun abc. Hehe..

Minum dan suami borak2 dengan barista yang ada, tanya khabar semua lah (suami peramah sket). Heh heh.. Baru tau, minuman kat mc cafe ni automated punya drinks, bukan kena buat by hand n skills. Ceh.. Jadi rasanya mungkin sama (maybe sedap?) tapi tak boleh personalized lah kot.

Ammar ada suggest utk dok luar sebuah taman/park dia cantik. Nak pergi jugak tapi pkul 5 pun terik lagi takpalah. Lain kali mai.

Kesimpulan review Setia City Mall

Pada pandangan kita, puas hati jugak di SCM ni, lebih2 lagi utk ibu, kemudahan yang strategik dan tempat duduk yang banyak sangat essential.. Yelah, anak meragam, kita kadang2 tak terjangka jugak. Hehe..

 

Ada yang dah pergi? Korang rasa camna pulak? Share plzz..

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge