Mula Memasak Lepas Tercabar Tengok Masterchef

Baca headline tu konfom korang rasa a bit skeptical – saya boleh bayangkan – tapi  tak mengapa kerana jawapan kepada persoalan dan pertanyaan yang bermain di minda ada jawapannya.  Lepas baca konfom korang terkejut punya lah.

Oke, sebermulanya kisah (yang dipendekkan sedikit) masa kita preggy tu kita dok kat rumah mentua.
Masa tu masih lagi awal2 bulan, orang kata masih dalam first trimester gitu.

Alahan Dan Loya Ketika Mengandung

Masa tu ya Rabbi..  Loya dan alahan yang azab sangat2. Makan tu muntah minum ni luak. Makan laju pun muntah. Kunyah tak habis pun keluar semuanya.

Paling sadis, air masak pun tak boleh minum sebab konfom luak balik, walhal air masak lah yang boleh kata minuman peberet kita

hey, saya amalkan gaya hidup sihat oke, lepas terjadi benda ni kat saya.

Akibat makan tak betul dan air masak tak boleh minum,  tubuh kita jadi lesu, mengigil, dan kering kusam kulit.  Urinary tract infections (UTI) tu dah common dah smpi kena makan habatussauda gak untuk hilangkan simptom UTI tersebut.

Nak telan habatussauda tu pun, kena kemam gula2 dulu, telan habatussauda sket, baru minum air sementara gula2 tu masih dikemam. Sebab nak bagi perisa kt mulut.

The same thing also applies Kalau nak telan b-complex dan asid folic. Ubt tahan muntah ada doktor cadangkan tapi sebab masa tu tak berapa mampu, kita tahan je lah sendiri2.

Ha.. Memang tahan muntah betul. Akibat keadaan loya dan alahan yang azab tu, badan kita smpi susut 5 kg gk masa tu. Risau gak kot2 jadi apa2 kt baby sebab kerap sangat muntah2 ni, takut memberi kesan.

Sudahnya, sementara menahan diri loya alahan semua ni, stok gula2 kena sentiasa ada.

Pagi2 kita tak boleh makan apa pun, kena tunggu dalam pukul 10am lebih cmtu,  pukul 1 tepat akan rasa penat yang amat sehingga tertdur dlm sejam.  Dan yang paling tak best, rasa unusually panas. Tak tahu kenapa rasa bahang sokmo.  Smpi kalau kena tdur aircon pun, suhu kena 20 darjah celcius sepanjang malam.

Kering kulit dan segala benda dalam rongga weh.. 😉

Anyway, walaupun rasa azab gitu, terpaksa redha lah nak buat camna.. Just hoping that its a good sign that the delivery process in the coming months will be smooth sailing je.

Kalau tau awal-awal, mesti kita dah usaha nak buat macam akak ni. Lepas dah tahu rahsianya, steady terus anak sampai 5.

Alhamdulillah, alahan dan loya semakin berkurangan masuk trimester kedua. Masa tu boleh kemana2 sket tanpa takut2. Air masak still tak boleh minum, jadi kena air manis /kemam gula2. Kalau nak jugak minum air masak, kena selang seli dengan nasi kerana ada perisa yang masih ada dalam mulut.

Ha.. Pasal nasi ni yang paling tak boleh blah.

Saya tak boleh mkn lauk sebarangan. Tak tahu kenapa, tapi lauk dan juadah seperti sup, gulai, dan rebus memang saya tak boleh telan kerana terlalu tawar bagi tekak saya.

Makanan Ni Je Yang Boleh Perut Mengandung Ni Terima

Yang perut boleh terima (malah siap boleh tambah nasi lagi)  adalah juadah yang pedas, bergoreng2,dan berempah (cam kari mamak gitu). Yang tu boleh dimakan, walaupun loya dan alahan masih ada, dia sekadar jangan makan banyak pada satu masa, dan kunyah pelan2 je (kalau melahap konfom luak balik).

Oh ya, air manis, ribena, atau air bergas pun boleh diteguk. Air teh, apa lagi air masak peberet pun memang tak boleh.

Korang baca ni mesti berkerut kening kenapa cam complicated sgt pesen alahan ni.  Huk huk.. Kalaulah boleh explain kan bagus, tapi kita sendiri takda penjelasan kenapa alahan saya camni.. Redha je lah.

Yang membuatkan keadaan bertambah teruk, walaupun tekak saya hanya boleh terima lauk2 yang disebutkan ni, saya tak boleh nak buat sendiri lauk2 tersebut kerana selain tak mampu sangat masa tu.

Saya Tak Reti Masak!!

Ya, saya tak reti langsung. Even nasi goreng pun rasa terlalu complicated bagi saya.

Bukan sebab anti tugas memasak dan menyediakan lauk. Tapi saya jadi repulsive dengan sikap dan contoh yang dikaitkan dengan tugas memasak.

Disclaimer :mohon baca bahagian selepas ini dengan lebih objektif a.k.a minda yang terbuka.

Kenapa Saya Mengelak Untuk Masak Dekat 24 Tahun?

Saya melihat contoh ini merata2 sejak kecil oleh itu saya terus associate bahawa tugas memasak hanya akan rendahkan nilai dan harga wanita. Seolah2 takat menikus sediakan lauk utk orang lain makan tanpa sebarang penghargaan – bitter, negatif, under appreciated, dan haggard.

Bandingkan dengan imej wanita yang bekerjaya, korang mesti nampak apa yang kita maksudkan. 🙂

Stress Mother Running Late With Kids

ibu yang multitasking dan kerja pejabat gitu – orang pandang tinggi beb!

 

Akhirnya Saya Mula Nak Memasak – Tercabar kot!!

Anyway, dipendekkan cerita, selepas bergelar isteri nilai-nilai domestik mula menyerap dalam diri dan saya tengok gak lah rancangan masakan yang ada dalam Food Channel kat Astro.

Especially, rancangan Masterchef Junior Australia yang sangat memberi kesan. Pertandingan tu dikhaskan untuk kanak-kanak dan chef-chef yang menjadi panel is very supportive, bagi galakan pada yang kecik2 nak memasak, dan sangat passionate membantu peserta ni baiki teknik masakan diorg.

Saya tak ingat nama peserta ni. Dia comel, aktif, dan kepakaran dia dalam pastri – dan dia baru je umur 8 tahun!!!

Fuuh.. i already fall in love with cooking and now an 8-year-old kid is able to whip up scrumptious pastries. Unlike me.

Tercabar gak saya. Tambah pula rancangan masakan lain seperi Barefoot Contessa; Diners, Drivers, and Dives; dan Giada at Home – chef masakan yang simple, stylish, malah ada lelaki yang memasak pun masih nampak manliness lagi.

Bukan lagi zaman yang lelaki memasak adalah aww belaka.

Saya Angkat Kuali Dan Sudip Untuk Belajar Memasak

Dalam tempoh mengandung tu, saya dan suami sepakat pindah dan plan bersalin di GH Seremban. Kira i learned my lesson gak lah, saya terus minta mama ajar saya masak, sambil absorb feel dengan rancangan masakan kat astro tu.

Syukur jugak, style masakan mama yang perut saya boleh terima ni jugaklah yang agak mudah nak disediakan – campak-campak-siap pesennya. Awal-awal terkial-kial juga saya, tapi syukur dalam masa singkat saya boleh gak diharap nak masak apa yang patut untuk adik2.

Belum kira lagi ceramah mama “I told you so”  -.-“

Bagaikan Tenaga Baru Yang Datang Menjelma

Selepas gigih saya tahu serba sedikit untuk memasak – makan dengan cukup dan rezeki anak mencurah-curah – saya kembali bertenaga dan aktif. Apatah lagi kerap gak dinasihatkan untuk sentiasa bergerak dalam tempoh mengandung ni, memang macam lipas kudung saya bergeak.

Takda kerja kat rumah pun saya adakan. Asalkan gerak.

Hasilnya, ketika survey-survey di GH, saya dan suami ambil keputusan untuk jalan menuruni bukit ke tempat parking (bus shuttle agak lambat masa tu). Seronok gak, saya turun bukit dengan steady je, Cuma haus sedikit.

Kalau suami, em.. mengah-mengah dia nak turun. Hehehehehehe…..

memasak sihat

Kini, makanan yang sesihat mungkin adalah pilihan utama saya

 

Tidak Toleh Kebelakang Lagi – Saya Akan Terus Memasak!

Alhamdulillah.. kini saya jumpa dan tahu tujuan dalam diri kenapa saya memasak – demi kesihatan suami dan anak (selain mengenyangkan perut sendiri) – dan tak semestinya bila saya memasak saya akan menjadi se-haggard begitu.

Malah, isteri yang masak untuk keluarganya besar pahalanya, contohnya seperti memotong bawang, letih menguruskan rumah, dan menahan panas di dapur – amalan tersebut ada pahala dan darjatnya. Best kan?

Kesimpulan yang saya belajar, walaupun menjadi isteri di rumah yang hari-hari-hari kena memasak, kita masih boleh menjadi bergaya dan steady uptodate dengan macam-macam benda.

Semuanya, atas diri sendiri dan kita yang tentukannya. 🙂

Sori entri cam panjang. Mohon maaf kalau ada terkasar bahasa. Nak resipi campak-siap mama, boleh je contact saya (ada kat menu bawah ni)

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge