Saya Seorang Ibu, Boleh Atkins Jugak Ke?

Ramai dah ibu-ibu dok mencari penyelesaian untuk kurus (sapa tak nak body cam zaman anak dara balik kalau ada caranya kan?) dan saya pun begitu juga. ๐Ÿ™‚

Jawapannya

ya, seorang ibu tak kira berapa anak yang dilahirkan mampu berjaya untuk kurangkan berat badan melalui Atkins.

Saya Seorang Ibu, Boleh Atkins Jugak Ke

Beberapa Syarat yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum berAtkins

1) Jika ibu-ibu masih preggy dan ingin kurus (mungkin berat naik mendadak dan dinasihatkan misi untuk kurangkan berat sket), ibu-ibu perlu berdiet dengan cara lain kerana walaupun Atkins agak laju kadar penurunan berat badan, regimen diet ini agak drastik.

woman_wondering_bone_health

Syarat dan point2 ini penting untuk kesejahteraan anak dan ibu jika nak berAtkins

Dan sehingga kini, belum ada keputusan konklusif dan mutlak untuk ibu-ibu preggy untuk berAtkins. Tapi kalau lepas beranak boleh.

Jadi sementara waktu, diet yang berkhasiat adalah lebih utama untuk keperluan bayi dan keselamatan ibu (dah macam pamplet klinik kesihatan pulak bunyinya) ๐Ÿ˜›

2) Jika ibu-ibu dah beranak dan masih berpantang serta ingin berdiet secara Atkins, boleh ajaย tapi ibu-ibu dinasihatkan untuk mula berAtkins apabila baby comel ibu-ibu dah capai umur 6 bulan.

Dan lebih molek, dah mula ambil makanan separa pejal.

Kerana diet Atkins ini bersifat ketogenik, takut2 ketones yang terhasil ketika berdiet tu akan ganggu dan menyelit masuk ke susu ibu, seterusnya memberi kesan kepada baby.

Baby saya dah 6 bulan, jadi boleh la kalau saya nak berdiet Atkins?

Boleh ibu-ibu.

Jom kita berAtkins. Ibu-ibu boleh kenali dan hadamkan sebar sedikit penerangan ringkas tentang diet Atkins di siniย dan bagaimana ia bermanfaat untuk kesihatan anda.

Dan saya galakkan ibu-ibu untuk terus dapatkan ebook โ€˜Atkins Untuk Mommysโ€™ ni direct daripadaย penulisnya.

Dalam ebook ini ada penerangan ringkas tentang Atkins dan bagaimana ia boleh disesuaikan untuk ibu-ibu walaupun ada baby lagi. Menu dan jenis makanan pun ada, sekali dengan senarai senaman dan makanan tambahan, berpandukan Dr. Atkins sendiri. Mudah kan?

Cover Ebook

Ini cover ebook lama (edisi kedua) untuk edisi ketiga yang terkini dan lebih lengkap, sila klik gambar di bawah

Klik sini, untuk lihat hasil coaching saya, berdasarkan ebook edisi kedua ini.

Pst… Kim Kardashian dulu cepat kurus lepas bersalin tu, dengan Atkins ni lah. ๐Ÿ˜‰

 

 

Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, edisi ketiga dan terakhir, seperti gambar di atas. dan sukacitanya ia DAH SIAP! Yeay!

Klik gambar ini untuk info lanjut mengenai ebook edisi ketiga ini ๐Ÿ˜€

Ebook ini agak tebal, shingga 70m/s, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar.

Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai ebook Atkins untuk Ibu Menyusu ini.

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

16 Comments

  1. Saya dah 1y10m menyusu anak..now nk krus balik la dah nk rya….
    pls nak jugak ebook ini..

    • Wassalam wbt. Saya telah emailkan ebook tersebut. Mohon semak ya. Nantikan juga ebook atkins untuk ibu menyusu yang ketiga (dan terakhir) di post terbaru di blog ini. Semoga bermanfaat. ๐Ÿ˜€

  2. Hai sy da nk setahun buat diet atkins. Sejak ank sy berumur 8 bulan. Tp sy bingung dengan cara pengambilan karbo dlm fasa 4 ni. Sy slalu srpn telir rebus dua biji. Tgh hari sy mkn nasi sedikit kdg2 x ambil bila sy dah mkn makanan yg ada karbo. Bolehkan tuan/ puan bg sy info tentang pemakanan yg sesuai utk fasa 4.

    • pemakanan yang sesuai untuk fasa 4 basically semua makanan boleh. cuma hadnya pada karbohidrat iaitu tidak lebih 80-100g sehari (anggaran amaun bergantung kepada diri, sama diketahui sejak dari fasa 1 atau trial dan error). jadi segala makanan berkarbo (nasi, roti, pastry,malah minuman dalam tin) kena berjaga untuk tak lebih had. contoh mudah, nasi sepenumbuk, separuh pinggan dengan sayur, suku pinggan dengan daging. ๐Ÿ˜€

    • Assalamualaikum dan salam sejahtera sis.

      Saya minta maaf sangat2 kerana lambat membalas pm sis, kerana terlalu sibuk bebrapa ketika ini.

      Saya telah emelkan ebook tersebut, mohon check ya.

      Saya doakan sis mendapat manfaat daripada ebook ini, dan maintain berat ideal sampai bila-bila. Insya Allah. ๐Ÿ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge