Induksi Untuk Bakar Lemak – Fasa 1 Dalam Atkins

Fasa 1 ini adalah fasa yang terpenting dalam diet Atkins dan in fact – fasa ini yang menentukan ‘hidup mati’ anda dalam proses untuk kurus. Bunyi cam keras kan? Itu sudah pasti sebab diet ini agak strict pelaksanaannya namun fleksibel mengikut kesesuaian diri asalkan anda capai target berat idaman.

Namun rule ini hanya apply pada orang biasa cam kita ni.

Untuk ibu yang menyusu dan nak jugak berAtkins, ada special rule sendiri, boleh baca kat sini.

Seperti yang dikongsi dalam post 101 tentang Atkins, terdapat 4 fasa utama dalam diet Atkins dan khas untuk entri ini saya story-mory dengan lebih detail tentang fasa induksi – fasa ‘hidup mati’ hehehe…

Penerangan Tentang Fasa 1 Induksi

Apakah Fungsi Induksi Ni?

Fasa 1 ini menekankan anda untuk menghadkan pengambilan karbohidrat (karbo) serendah-rendahnya sehingga 20 gm sehari, dan swap makanan karbo tinggi yang biasa diambil, kepada makanan yang tinggi protein.

Tujuan had secara drastik ini bukanlah untuk susahkan hidup anda (and putting you in misery) kerana ia tidak lebih dari membantu tubuh anda untuk beralih ke lemak yang tersimpan (yang dah bergelumang bertahun-tahun dalam perut tu) sebagai sumber tenaga dan bukan glukosa seperti biasa.

0

Dengan had 20 gm ini, simpanan glukosa (dari sumber karbo yang banyak selama ini) akan habis dalam 2 hari – nak tak nak, tubuh kena cekau lemak (dan bukan otot) untuk dijadikan sebagai sumber tenaga.

Suka saya tekankan di sini; kalau anda crash diet (berlapar tak pepasal selama beberapa hari) tubuh anda akan cekau LEMAK DAN OTOT sebagai sumber tenaga. Ya, anda akan kurus, tapi anda akan lembik dengan kulit gelebeh.

Tujuan Induksi Direka Untuk Anda

  • Trigger tubuh untuk bakar lemak SAHAJA sebagai tenaga
  • Menstabilkan gula dalam darah, disamping melindungi tubuh anda dari gejala-gejala kekurangan gula dalam darah/yang berbolak balik dengan laju
  • Kurangkan keinginan untuk makan/minum benda-benda manis

anigif_enhanced-buzz-22604-1403891744-4

Berapa Lama Tempoh Induksi?

Tempoh yang dicadangkan adalah selama 2 minggu untuk tubuh mula mengalami ketosis dan membakar lemak (tanda-tanda anda mengalami ketosis di sini).

Namun begitu ia bergantung juga kepada jumlah kilo yang anda nak buang dan kadar metabolisme. Kalau slow dan banyak lagi kilo yang nak kena buang, lebih baik memanjangkan tempoh induksi (ada yang buat sampai sebulan!) unuk speed up sket kurus tu. Baca sini untuk tahu cara terbaik untuk boost kadar pembakaran lemak.

Induksi juga boleh diteruskan jika tubuh anda masih belum serasi dengan pattern makan Atkins yang aneh ni, serta keinginan terhadap makanan manis belum hilang. Di mana, kebiasaanya ia disebabkan kekurangan zat sini, zat sinun (contohnya kromium) yang memerlukan anda mengambil sumber tambahan untuk counter kesan2 tersebut.

Ketosis ni bukan boleh buat main woo..

Bagi yang mengalami tahap kesihatan seperti tahap tekanan darah/gula dalam darah masih tinggi, boleh juga teruskan Induksi sehingga ada penurunan yang mengalakkan.

Tapi jangan lebih 6 bulan tau kerana ditakuti tubuh kekurangan nutrisi.

Selepas anda berpuas hati dengan jumlah berat anda, anda boleh beralih ke fasa 2, di mana anda boleh menambahkan jumlah karbo sebanyak 5 gm seminggu secara berperingkat, sehingga anda detect pertambahan berat badan.

Jika karbo xx gm ni yang buat anda naik berat badan, simply patah balik 5 gm cam minggu lepas dan periksa (di sini, mesin tmbang berat badan akan jadi bestfriend anda).

Kunci dalam Atkins adalah mencari had toleransi kabohidrat – jumlah karbo yang boleh anda ambil sampai berat anda tak naik dan ia berbeza mengikut individu.

Ada Syarat Lagi Dalam Induksi?

+ pastikan anda mengambil air yang cukup (1 liter untuk setiap 25 kg berat semasa anda) supaya lemak dan toksin yang bergumpal boleh dibuang jauh-jauh

+ makan bila anda lapar. 3x minimum dan jangan poteng makan/berlapar

+ anda berkemungkinan tinggi untuk kena sembelit jadi pastikan karbo yang anda ambil dari sayur mayur. Kalau tak suka makan sayur, ambil supplemen yang fiber tinggi seperti psyllium husk atau alfalfa.

+ adalah dicadangkan untuk mengurangkan ‘rasa terseksa’ ketika induksi, ambil multivitamin yang cukup dan mudah diserap untuk kesan segera.

+ jangan cheat. 🙂

Apa Yang Boleh Saya Makan Masa Fasa Induksi?

Percaya tak, kalau saya katakan dalam Atkins anda boleh makan banyak namun masih boleh kurus? Kuncinya adalah untuk follow polow dan ambil makanan yang boleh dan jauhi yang tidak dalam Atkins.

Kalau tak, anda dikira ‘cheat’ jadi rosak lah proses ketosis dan seterusnya anda perlu tunggu 3 hari sebelum boleh mula balik.

Kalau tak larat, mungkin pengambilan makanan tambahan akan membantu untuk melawan rasa ‘terseksa’ ketika ketosis – seperti yang direkomen oleh Dr.Atkins himself.

banner

Senarai makanan yang boleh dan dilarang ada di sini.

Jika Fasa 1 berjalan lancar (bila anda turun dengan cepat dan ketosis pun ada dengan cantik) boleh terus ke Fasa 2 kalau mahu. 😉

Immense kredit to : http://bicikut.blogspot.com/2011/04/13-april-2011.html

Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, edisi ketiga dan terakhir.

Ebook ini bermanfaat jika anda a) seorang ibu yang mencari cara terbaik, sihat dan selamat untuk kurus, b) yang baru nak berjinak2 dengan diet Atkins tanpa rasa pressure, sebelum progress ke Fasa 1 kemudiannya, atau c) yang sekadar mahu ia sebagai langkah awal untuk elak terkena kencing manis dan sakit jantung, yang datang dari pemakanan tidak sihat/keturunan genetik.

Ebook ini agak tebal, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar. Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup.

Edisi Final dengan cover lebih mantap

Sementara dalam pembikinan, Shai amat alu-alukan feedback dan idea dari anda. Kalau ada cadangan boleh utarakan di komen (sila letakkan email yang biasa anda guna) dan yang bagi feedback tersebut akan dapat ebook ini secara percuma saja, sebagai menghargai jasa baik anda. Komen tersebut tidak akan dipublish demi menjaga privasi maklumat anda, jadi anda boleh share apa yang anda nak sangat2 ada dalam ebook ini, demi nak kurus.

Nota: Feedback yang betul2 dan ikhlas nak share lerr..kalau sekadar tangkap muat Shai bolayan

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge