Fasa 2, 3, dan 4 Dalam Diet Atkins

Selepas anda berpuas hati dengan penurunan berat badan dan tubuh pun telah steady dengan proses ketosis, bolehlah anda beralih ke fasa seterusnya dengan senang hati (yeay!).

Tak seperti fasa 1 yang agak strict, fasa 2,3 dan 4 ini agak lembut kerana di fasa ini anda boleh mula meningkatkan had karbo yang boleh diambil, sehinggalah anda boleh makan nasi di fasa 4.

Tapi serius bila dah boleh makan nasi, konfom rasa cam takut2 sket, sebab dah terbiasa tak ambil nasi. Heheh..

Okeh, serba sedikit penerangan fasa-fasa yang lain dalam Atkins, dan boleh baca lanjut penerangan serba sedikit dengan asas tentang diet Atkins.

atkins_food_pyramid_400x300_mvlfi_qyo6x

Asas pembahagian makanan dalam Atkins

 

Fasa 2, 3, dan 4 dalam Diet Atkins

Fasa 2 – Penurunan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss; OWL) Dalam Atkins

Fasa ini adalah tempoh anda dah boleh membakar lemak sebagai sumber tenaga dengan baik (hasil dari proses ketosis dari fasa 1). Ketika ini anda boleh menambah had karbo makanan pada kadar 25 gm, dengan pertambahan 5 gm beransur-ansur setiap minggu.

Tempoh OWL ini adalah sehingga anda mencapai 3-5 kg target berat ideal anda.

Fasa 3 – Pre-Maintenance Dalam Atkins

Fasa ini adalah ketika anda dah sipi ke target berat badan anda.

Masa ni dah boleh tambah kepada had karbo kepada 10gm seminggu dan buat test/cubajaya sehingga anda jumpa Atkins ‘Karbohidrat Equilibrium (ACE) – had karbo yang anda boleh makan asalkan berat anda tak naik.

banner

Fasa 4 – Lifetime Maintenance Dalam Atkins

Fasa ini adalah apa yang anda akan makan dan amalkan sampai lah dah tua. Hehe..

Ketika ini anda dah capai berat badan ideal anda dan anda juga mendapat kesihatan yang baik dan tenaga yang optimum. Teruskan apa yang anda biasa amalkan dalam fasa 1 sehingga 3 untuk mengekalkan berat badan yang ideal, forever and after. 😛

Kalau anda dah tak sabar2 nak cepat kurus dengan Atkins, pengambilan makanan tambahan akan membantu anda untuk konsisten dan kurus, cuma dengan kadar yang lebih cepat, seperti yang dicadangkan oleh Dr.Atkins sendiri.

Immense kredit to Kelab Diet Atkins [Malaysia]

Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu  (iaitu fasa 4), edisi ketiga dan terakhir.

Ebook ini agak tebal, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar. Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup.

Inshaa Allah ia akan membantu anda, sepertimana pengguna dalam testimoni ini.

Shai belanja salah satu testimoni terkini, penggunaan ebook edisi ketiga ini, selepas seminggu dua. Alhamdulillah syukur

 

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

2 Comments

  1. Hai saya ida nak sgt try diet atkin utk second baby ni boleh x bg saya copy ebook. Nak sgt cuba baby pun dah 2bulan 20hari. Ni email.saya wawengida88@gmail.com

    • Mohon pm saya terus di fb ya. Ada di icon fb kanan atas page ini 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge