Bentuk Badan Saya Gini, Senaman Apa Yang Sesuai Ek? PART 2

Dalam entri sebelum ni saya kongsikan tentang 6 bentuk tubuh yang asas wujud di alam ni, dengan saya kongsikan 3 yang pertama iaitu bentuk “A” atau pear, bentuk “V”, dan juga bentuk “block” (cam lego gitew).

Okeh, kita move on kepada 3 yang seterusnya.

Bentuk “Lean Column” atau Pembaris

Macam mana rupa pembaris, macam tu lah rupa dekat tubuh – lebar bahu, pinggang, dan pinggul adalah S.A.M.A. hehe.. sebelum pemilik tubuh ni mengomel dan cemburu tengok body2 perempuan yang begitu curvy dan solid, ingat tau, anda generally lean, metabolism sangat tinggi, dan susah nak naik berat badan (untung le…penulis artikel ni cemburu dengan anda).

Kunci untuk keseimbangan tubuh adalah dengan membina simetri ke atas tubuh anda. Senaman kardio tidak berapa penting (yela.. dah awak tu mudah kurus. Hehe) tapi lebih molek anda masukkan sekali dalam jadual agar jantung anda maintain kuat dan efisyen.

Strength training adalah yang menjadi focus anda dengan tujuan peringkat awal sebagai MEMBINA. Setiap kumpulan otot perlu dilatih sekali seminggu iaitu bahgian upper, middle (perut tu), dan juga lower agar jisim otot bertambah dan seterusnya menghasilkan bentuk badan yang lebih seimbang. Aim untuk angkat berat lebih dengan kurangkan repetitions (rujuk tip di sini).

images (2)

Bentuk Apple

Biasa tengok kat iklan2 kuruskan badan kan? Bentuk apple ni agak common dengan pertambahan berat (berat tu, lemak lah..hihi) di bahagian tengah dengan kaki yang kurus2 je..

Memandangkan anda mudah kumpul lemak kat perut. Kardio adalah wajibbul ghunnah untuk pembakaran lemak secara keseluruhan, dengan kardio yang lebih fokus pada upper dan middle area (nak buang lemak2 gaban tu dengan cepat sket boleh klik kat sini). Sementara lemak masih ada tu, lebihkan kardio dan jaga makan tu jangan tambah gelebeh di perut ye.

Strength training juga perlu, dengan menumpukan di bahagian kaki untuk create balance dengan upper body. Contoh senaman yang sesuai ialah the all-popular squats dan leg presses. Fokus untuk BINA muscle dulu ya.

Bentuk “Hourglass”

Bentuk yang paling diidamkan sebab ia dikatakan sempurna – seimbang lebar bahu dan pinggul, dengan definisi pinggang yang jelas. Scarlett Johansson, Kim K, dgn Christina Hendricks ada bentuk yang seimbang sejak lahir, tak payah susah2 nak carik balance balik. Yang lagi best, sel-sel lemak pun terbahagi dengan samarata (tak seperti epal, yang fat cells cenderung untuk degil berkumpul kat perut je).

Kardio dan strength training – senang cerita, rajin2 kan buat dan amalkan rutin2 yang berbeza supaya tubuh sentiasa alert dan adapt.

jadual

Semoga membantu anda dalam memilih workout yang sesuai dengan tubuh. Share2 and spread this post kalau bermanfaat untuk kawan2 yang lain! 😀

Untuk lebih selamat, Shai amat cadangkan bacaan lanjut iaitu gaya pemakanan yang sesuai mengikut jenis tubuh.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge