Bentuk Badan Saya Gini, Senaman Apa Yang Sesuai Ek? PART 1

Walaupun senaman pada asasnya adalah satu aktiviti yang bagus dan tak perlu nak pertikai2 lagi, kalau kita tahu dan mengenali bentuk badan kita boleh jadi satu info tambahan yang berguna sebab ia akan 1) menjadikan senaman kita lebih efektif, 2) bantu kita untuk narrow down rutin2 workout yang ada yang sesuai ngn bentuk tubuh kita, 3) selain bantu kita jugak nak tengok mana- senaman yang boleh trim sini, tambah sinun..

Yelah, kalau bahu kita dah lebar, asyik2 buat senaman upper kan bertambah sado naya je kalau kita ni prmpuan.. haha.. tak balance jadinya kan.

Tapi ingat tau, bentuk badan kita asalnya memang terjadi sebab genetik. Kalau parents kita atau atok nenek kita generally tinggi, tinggilah jugak anaknya. Kalau maknya jenis curvy, hihi.. kemungkinan besar anaknya pun ada shapely body, seperti lirik dalam video ni

So, without further ado, lemme introduce you to these SIX basic body shapes yang wujud di muka bumi ini.

6 Bentuk Badan Asas yang Boleh Dikenali

body shape whole
Mana satu bentuk tubuh anda? Klik untuk besarkan

Bentuk “A”

Rupa “A” ni, cam sudu atau buah pear. Tubuh orang yang memiliki body frame mcm ni mempunyai berat yang terkumpul di bahagia bawah tubuh (pinggul, paha, dan di arse) manakala bahagia upper secara relatifnya kecil.

Nak balance: lebar dan sasakan sket bahu dan belakang tubuh kita. Jangan risau yang wanita, tak sado mana pun.

Pilih senaman kardio yang bertumpu kat bahagian lower untuk buang lebihan lemak  dengan cara yang terbaik cam jalan ka, jogging, dan berbasikal; manakala strength training pilih yang fokus kat bahagian bahu, belakang dan dada cam push ups, lateral raises, dll. Kurangkan repetition untuk setiap set sebab kita akan tambahkan bulk untuk balance dgn pinggul anda yang lebar dan cantik tu (tak sado punyalah….).

Squat ke gapo2, tambahkan repetitions untuk bagi trim dan tone, bukan untuk bulk atau makin melebar bontot korang.

notes tip

Bentuk “V”

Bentuk V atau segitiga terbalik ni memiliki bahu yang lebar berbanding pinggulnya (juga dikenali sebagai endomorph) jadi pilih senaman yang fokus di bahagian lower untuk balance kan balik.

Amalkan senaman kardio yang boleh tambahkan bulk di pinggul cam stepper machine (naik tangga pun sama gak – aim untuk naik 3 tingkat dalam 5 minit. 😉 ) manakala tumpukan strength training yang fokus kat lower body can squats (cam biasa.hehe) dan lunges.

Nak lagi cepat, pegang something yang berat cam anak 3 tahun, kampit beras ataupun tong gas 😛 dan keep in mind untuk kurangkan repititions dalam 6-8 gitu.

Bentuk segiempat tempat/ “H-frame”

Biasa orang yang bertubuh gini agak athletic, dengan bahunya dan pinggang lebar – jadi kurang seimbang dan simetri (yelah, kita musti nak bentuk pinggang tu wujud ye dok). Nampak cam rectangle block gitu. Jadi target anda ialah bagi definition kat pinggang biar balance dan cantik je.

Tumpukan senaman cardio yang akan trim upper body dan slim out di pinggang supaya terserlah ke-curvy-anny manakala  strength training yang menjadi pilihan utama adalah deadlifts, squats dan leg press, serta lunges untuk balance balik keseluruhan tubuh dengan cantik.

leg press
contoh senaman leg press. tak dapek g gim dgn equipment gini, gunakan saja resistant band (sebelah kanan) untuk kesan yang sama

Okeh, habis part satu.. nak part 2 gi sini. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge